Kali ini kita akan buat agar agar paling mudah. Agar agar sirap laici.
Agar agar sirap rasa buah laici manis dan segar. Sebelum dihidangkan disejukkan dulu di dalam peti ais jadi makin sedap.

Anak-anak mesti ketagih makan agar agar ini. Selain itu, tetamu mesti suka dan tertarik dengan agar agar sirap ini kerana bentuknya yang menarik dan rasanya yang sedap.

Resepi agar agar sirap yang sedap, mudah dan menarik ini dikongsikan oleh Zura Zul‎‎ dilaman Facebook. Sila cuba dan hidangkan agar agar sirap sebagai jamuan menarik dan sedap tentunya.

Resepi Agar-Agar Sirap Laici

agar agar sirap

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 20 gram agar agar tali, cuci dan toskan.
  • 5 cawan air,
  • 1 cawan gula,
  • 1 tin laici,
  • 2 cawan air tin laici, jika tidak cukup boleh tambah air,
  • 2-3 sudu besar biji selasih. Rendam dulu dengan air panas.
  • Secubit garam,
  • Sirap rose.

Cara-cara :

  1. Masak agar agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau-kacau bagi larut gula.
  2. Masukkan air laici tadi dalam periuk agar agar. Kacau rata dan bubuh sedikit garam. Masak hingga mendidih. Tutup api.
  3. Dalam acuan biru. Susunkan laici di setiap lekuk dalam acuan. Tuang agar agar hingga paras laici atau lebih.
  4. Ada ruang di bahagian laici yang kosong, taburkan sedikit biji selasih. Biarkan sederhana beku.
  5. Lebihan agar agar warnakan dengan sirap rose. Masukkan lebihan selasih tadi. Kacau rata.
  6. Agak agak sudah sederhana beku agar agar tadi. Tuang perlahan-lahan agar agar sirap rose kesemuanya.
  7. Biarkan beku dan simpan dalam peti sejuk.
  8. Selepas 4-5 jam boleh keluarkan memang sedap dimakan sejuk-sejuk.
  9. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi agar agar sirap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jeje

Jeje

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.