Anda menginginkan resepi pencuci mulut yang amat lazat dan cantik? Kali ini kami bawakan resepi agar – agar roti pelangi yang amat lazat dan rupanya juga dapat menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya.

Cara pembuatan agar – agar roti pelangi ini tidaklah susah seperti yang kita sangka. Malahan, anda boleh jadikan aktiviti pembuatan agar – agar ini sebagai sebuah aktiviti keluarga. Jadi, anda boleh meluangkan masa dengan keluarga anda dengan lebih sihat!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Akak Zainal Abidin dan telah mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Agar Agar Roti Pelangi

agar-agar-roti
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 20gm agar-agar tali
  • 6 cwn air 
  • 1 cwn gula
  • 4 keping roti Gardenia (Kulit tepi dibuang dan dicarikkan)
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Pewarna pilihan

Langkah penyediaan:

  1. Masakkan air dan agar – agar hingga larut, kemudian masukkan gula. Kacau sehingga rata.
  2. Kisarkan roti, susu cair, susu pekat dan marjerin sehingga hancur.
  3. Tuang bahan kisaran kedalam agar – agar. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan sedikit garam dan kacau sehingga mendidih.
  5. Tutupkan api.
  6. Sediakan loyang yang diletakkan di dalam talam berisi air supaya cepat beku.
  7. Tuang adunan agar – agar sebanyak 4 senduk ke dalam loyang. Biarkan selama 10 minit.
  8. Ambil 4 senduk adunan dan warnakan ikut kesukaan anda.
  9. Tuang perlahan keatas permukaan agar – agar tadi.
  10. Ulang sehingga agar – agar habis/
  11. Apabila sudah sejuk letakkan dalam peti ais.
  12. Siap!

Resepi – resepi lain yang anda boleh cuba:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang mahasiswa universiti awam. Rajin berkongsi artikel lazimnya resepi di Bidadari.My

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .