Sedap dan cantik rupa acar buah amat merangsang selera. Mencari resepi acar buah yang sedap mudah? di bawah ini ada resepinya.

Acar buah merupakan anatra menu kegemaran ramai untuk dimakan bersama nasi kenduri. Mesti ramai yang teringin dan mencari cara membuat acar buah yang sedap. Resepi di bawah ini didatangkan daripada Jalilah JJ di laman Facebook.

Acar buah ini tidak menggunakan cuka kerana rasa cuka amat masam dan tajam, maka tuan punya resepi cukup hanya menggunakan sos plum sahaja. Selamat mencuba.

Resepi Acar Buah Mudah

resepi acar buah

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 150 gram lada kering direbus hingga lembut,
  • 7 biji bawang ros,
  • 2 biji bawang besar,
  • 5 biji bawang putih,
  • 1 inci halia.
    (Blender semua bahan)
  • 1 ½ botol sos plum,
  • Garam dan gula secukupnya,
  • Bijan disangai,
  • Buah-buahan kering dan jeruk 2 kg.

Cara-cara :

  1. Tumis bahan blender hingga pecah minyak.
  2. Masukan garam dan gula. Masak lada hingga merah dan warna sedikit gelap.
  3. Masukan sos plum dan kacau sebati.
  4. Masukan buah-buah kering dahulu. Biarkan seketika. Kalau pekat boleh tambah air sedikit.
  5. Masukan jeruk-jeruk. Biarkan mendidih.
  6. Beri perasa garam dan gula jika kurang.
  7. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi acar buah, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar yang menyukai kartun dan muzik. Memiliki hobi menulis mendorong ia untuk berkarya dan berkongsi di Bidadari.my

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.