Resepi Rendang Hitam Daging ini dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum di laman Facebook di mana resepi nya merupakan resepi arwah tok beliau Hajah Rahmah bt Hj Ismail dengan harapan ilmu memasak yang dikongsikan ini boleh dijadikan bekalan di sana nanti sebagai ilmu yang dipanjangkan.

Resepi Rendang Hitam Daging

rendang hitam daging

Imej via Google Image

Bahan-bahannya:

  • Daging lembu 2-3 kg (Di Rebus separa lembut)
  • Dua cawan minyak masak untuk menumis
Bahan kisar:
  • 3 biji bwg merah Besar*
  • 6 ulas bwg putih*
  • 1~2 inc halia*
Bahan tumis:
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Bawang putih, merah dan halia yang di mayang halus
Bahan Sangai dan Kisar:
  • 2 sudu ketumbar
  • 1 sudu jintan manis
  • 2 sudu jintan putih
Tambahan rempah ke dalam kuah:
  • 10 biji lada hitam (kisar sekali  jintan)
  • 2-3 sudu Rempah kari daging
  • 1 biji buah keras di tumbuk lebam-lebam
  • 4~6 sudu Cili kering pedas yg telah di kisar
Bahan kuah:
  • 2 inci Gula melaka
  • 1 senduk gula merah
  • 2-3 sudu kerisek
  • 1-2 cawan kicap lemak manis
  • air asam jawa secukupnya
  • Sedikit secukup rasa
  • 2-3 cawan santan pekat (Kalau nak kuah banyak dan pekat2, guna 1-1.5kilo santan)
  • 2 biji bawang besar dibelah 4

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak masak. Masukkan kayu manis sekejap sebelum masukkan hirisan bawang, bunga lawang,cengkih dan buah pelaga.
  2. Kacau hingga kekuningn kemudian masukkan halia, bawang putih, merah kisar tadi. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak (warnanya jernih)(Kalau masak kuantiti yang banyak@kenduri~boleh kisar lebih2 bwang besar merah dan bwng putih sebab kita nak banyak kan serdak rendang tu)
  3. Masukkan cili kering dan kacau sebentar hingga pecah minyak diikuti rempah, buah keras.
  4. Tumis hingga garing @ pecah minyak sekali lagi, masukkan gula melaka yang dah ditumbuk kecil, gula merah dan kacau sampai hancur.
  5. Masukkan daging yang dah hampir lembut tadi.
  6. Kacau sehingga sebati dan masukkan santan pekat. Tambah air 1 cawan jika perlu dan masak hingga daging betul-betul lembut.
  7. Kalau masih tak lembut? Tambah air dan masak lagi sampai lembut. Kena rajin mengacau supaya tak hangus kuahnya.
  8. Masukkan kicap, bawang potong, kerisek dan sedikit air asam jawa & secukup rasa. Biar kuah memekat sikit.
Siap Rendang Hitam Daging, bolehlah dihidang. Lauk ni enak dimakan dengan nasi beriani, nasi minyak, lemak dan lain-lain.

Resepi Daging Lain Yang Menarik

Selain resepi rendang hitam daging ini, kami juga mempunyai beberapa resepi daging yang lain yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Manalah tahu anda berminat untuk mencubanya.

Jangan lupa untuk share artikel artikel kami dengan kawan kawan. Kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen dan feedback di ruangan komen kami ye.

Penulis: Dhiaa Syamimi

Dhiaa Syamimi

Insan biasa yang berpegang kepada ilmu yang dikongsi itu takkan pernah berkurang malahan mungkin bertambah lagi. Semoga dengan sedikit coretan perkongsian di bidadari.my memberi manfaat untuk semua yang memerlukan. Sharing is caring guys :)

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.