Apabila kita rasa gatal-gatal di badan, ia akan digaru dan tanda merah itu akan makin membesar. Bak kata orang-orang dulu. tanda merah itu adalah kerana diludah jin. Beginilah orang-orang melayu yang suka kaitkan penyakit dengan dunia mistik. Tetapi betulkah tanda merah itu adalah ludah jin?

Mungkin masih ramai lagi yang mempercayai bahawa tanda merah itu adalah disebabkan ludah jin. Terutama sekali masyarakat yang masih mengamalkan adat dulu-dulu. Mengikut kajian sains ia bukanlah disebabkan ludah jin, tetapi ia disebabkan oleh allergik.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai allergik. Dr. Kamarul Ariffin, seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medikal Mythbusters Malaysia. Dr. Kamarul Ariffin akan berkongsikan info mengenai allergik dan cara untuk merawatnya.

rawatan moden untuk allergik
Image via Remaja.com

Nama-nama allergik.

Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah:

◾B. Melayu: gegata, kelopak garam

◾B. Inggeris: wheals, hives

◾Perubatan: urticaria

Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.

Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.

Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.

Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Cara rawatan Urticaria

Rawatan urticaria:

◾Antihistamine (hilangkan gatal)
— Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine
— Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi

◾Losyen/krim (hilangkan kerengsaan) 
— Contoh: calamine, pramoxine
— Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi

◾Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk)
— Contoh: prednisolone, betamethasone
— Perlukan preskripsi doktor

*Jika terdapat tanda-tanda merah kegatalan di badan, janganlah kita membuat tindakan terburu-buru untuk menamakannya ludah jin. Kajian telah menunjukkan bahawa tanda merah itu adalah disebabkan alahan atau allergik kepada sesuatu. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan atau boleh pergi ke farmasi untuk mendapat krim gatal.

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang. Artikel ini diberi kebenaran penuh oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .