Kebanyakkan pasangan tidak kisah mendapat zuriat anak lelaki mahupun perempuan. Semuanya sama sahaja, mereka perlu dididik dengan baik agar mereka menjadi anak yang soleh atau solehah. Itu perkara utama.

Ibu bapa sudah fikirkan nama anak mereka sebelum mereka di lahirkan lagi. Zaman kini yang penuh dengan teknologi yang canggih boleh periksa kandungan sama ada lelaki atau perempuan.

Tetapi anak lelaki dan perempuan ada banyak perbezaannya. Anak lelaki mereka lebih terbuka dengan perasaan mereka dan kehendaknya. Manakala anak perempuan pula kurang menunjukkan perasaan dan kehendak mereka. Lebih-lebih lagi terhadap ayah.

Jadi, ayah perlu tahu apakah kehendak anak perempuan tapi bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 5 rahsia anak perempuan yang mungkin ayah tidak tahu. Info ini dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif. Beliau banyak berkongsikan tips untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Beliau juga pengasas “Telegram Channel Parenting” terbesar di Asia. Selain itu, beliau merupakan CEO di The Proparenting. Mari kita baca info yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq.

5 Rahsia anak perempuan

rahsia anak perempuan
Imej via wanista

1. Mereka tengok cara anda layan ibu mereka

Sesekali tu wajar juga untuk suami isteri berbalah di depan anak kita dengn syarat bertikam lidah dengan cara yang terbaik.

"

Tidak meninggi suara, berbincang dengan tenang dan gunakan bahasa yang sopan. Dari situ lah anak perempuan kita belajar tentang Conflict Resolution.

2. Mereka nak rasa keberadaan ayahnya

Sosok ayah ni biasanya seorang yang workaholic dan sangat fokus pada kerja masing masing.

Sesekali tu, kena lah tinggalkan sebentar kerja kita. Layan anak kita sepenuhnya. Tak perlu lama. Cukup 15 minit untuk satu kali sesi pun dah memadai untuk penuhkan tangki emosi anak perempuan. Peluk cium je mereka dan pandang tepat ke anak mata mereka. Itu pun dah boleh membuatkan jiwa mereka terisi sepenuhnya!

“She cares about spending time with you. Playing with you. Being with you!”

3. Mereka nak kita faham dunia mereka

Lebih lebih lagi anak perempuan yang remaja, mereka nak ayahnya kenal dunia mereka.

Cuba sensitif dengan isu dan trend terkini, tak terlalu rigid dengan pendapat sendiri dan cuba fahami dunia daripada kacamata anak anak perempuan kita.

InsyaAllah anak perempuan kita akan rasa lebih difahami dan didengari. Barulah senang mereka nak dinasihati!

4. Mereka nak kita lindung mereka

Walaupun anak perempuan kita mungkin tak suka dikongkong tetapi mereka masih perlukan seorang pelindung!

Pelindung yang mereka idamkan adalah pelindung yang boleh mendengar cerita mereka, memberi kata kata yang membangun jiwa dan menjadi orang yang pertama yang bersama ketika jatuh bangun mereka.

5. Mereka nak ayahnya penjadi Pengkagum Nombor 1 mereka

Mereka akan makin bersemangat jika ayahnya ‘perasan’ dan acknowledge pencapaian mereka.

Mereka nak kita bagi pujian ikhlas daripada hati dan mereka nak kita rasa terharu dengan usaha dan penat lelah mereka berkorban untuk banggakan kita.

*Rasulullah SAW mengutamakan anak perempuan daripada anak lelaki. Anak perempuan hati mereka lebih lembut maka didik mereka dengan sebaik mungkin. Insyaallah, mereka anak jadi anak yang solehah. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.