Masalah rahim jatuh, jika tidak diubati dengan segera akan menjadi semakin teruk. Tahap yang paling teruk ialah akan keluar tumbung pada vagina anda. Kalau anda mengalami rahim jatuh, jom amalkan 15 petua yang kami kongsikan di sini.

Rahim jatuh

Sumber: Suckhoe

1. Senaman kegel

Senaman kegel merupakan senaman menguatkan otot lantai pelvik yang bukan sahaja mampu mengetatkan vagina malah membantu masalah rahim jatuh. Ia merupakan senaman mudah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah atau di pejabat. Caranya:

  • Kosongkan pundi kencing anda
  • Anda boleh lakukan senaman ini sambil berdiri, duduk atau berbaring. Pilih posisi yang sesuai untuk anda.
  • Jika anda lakukan sambil berdiri, pastikan anda berdiri tegak dengan meluruskan tulang belakang. Pastikan juga bahu anda tegap, tidak jatuh.
  • Jika anda melakukan senaman kegel sambil berbaring, cuma baring dengan santai sambil meletakkan lengan dilantai.
  • Bernafas seperti biasa. Pastikan anda tidak menahan nafas ketika melakukan senaman kegel.
  • setelah mendapat posisi yang betul, tahan otot pelvis anda sambil mengira 1 hingga 20. Kemudian berehat dengan kiraan 1 hingga 20. Ulang 4 kali bagi setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.
  • Jika anda tak dapat bayangkan bagaimana cara untuk menahan otot pelvis, sebenarnya ia adalah seperti anda mengemut untuk menahan air kencing daripada keluar. Kemutan yang anda lakukan ialah menahan otot pelvis.

2. Bertangas

Amalan bertangas bukan sahaja membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor dari rahim, malah ia juga sangat membantu wanita yang mengalami masalah rahim jatuh. Stim berrherba yang masuk ke dalam peranakan anda akan membantu membetulkan semula kedudukan rahim. Untuk kesan yang lebih optimum, anda digalakkan untuk bertungku selepas bertangas.

3. Bertungku

Selain bertangas, bertungku juga sangat membantu wanita yang mengalami masalah rahim jatuh. Tungku yang terbaik ialah batu sungai yang bulat, bersaiz sederhana, dan tidak terlalu berat. Jika anda tak dapat cari batu sungai, boleh juga gunakan tungku besi. Elakkan bertungku dengan hot water bag.

Panaskan tungku diatas api dapur selama lima minit, dan balut dengan kain batik. Baring, mulakan bertungku di bahagian perut. Mulakan dari bawah perut iaitu bahagian rahim dengan gerakan menolak peranakan anda ke atas, seolah-olah anda sedang mencungkil. Seelok-eloknya bertungku dua kaki sehari selepas mandi pagi dan petang.

Rahim jatuh

Sumber: Spamawarputih

4. Berurut atau sengkak rahim

Sengkak rahim adalah sejenis urutan yang dilakukan oleh tukang urut atau bidan bagi membetulkan semula kedudukam rahim. Kebiasaannya, sengkak rahim dilakukan selepas bersalin atau keguguran. Namun ianya boleh juga dilakukan untuk membetulkan rahim yang jatuh dari kedudukan asal.

5. Berurut sendiri

Sementara mencari bidan atau tukang urut yang pandai sengkak rahim, anda boleh juga berurut sendiri untuk menaikkan semula rahim yang jatuh, Caranya:

  • Baring di atas katil, rapatkan diri ke dinding.
  • Sapu minyak panas atau minyak aromaterapi ke perut.
  • Angkat kaki dan sandarkan ke dinding secara perlahan-lahan. Sambil mengangkat kaki,  tarik bahagian yang berbenjol di atas ari-ari ke arah pusat.
  • Dengan lembut, urut dari perut dari bawah iaitu ari-ari dan bawa naik ke pusat.
  • Kalau anda berasa sakit, berhenti dahulu. Berehat lebih kurang lima minit sebelum mula urut semula dengan lembut.
  • Urut selama 30 minit.
  • Ulang setiap hari sehingga rahim anda tidak terasa jatuh lagi.

6. Jamu dan makjun

Pengambilan jamu dan makjun juga boleh membantu mengatasi masalah rahim jatuh. Terdapat pelgabai jamu di pasaran. Pastikan anda beli jamu yang mempunyai kelulusan KKM, elakkan jamu homemade melainkan buatan anda sendiri.

7. Air rebusan akar kayu

Selain jamu dan makjun, air rebusan akar kayu juga sangat membantu menaikkan semula rahim anda yang jatuh. Minum air rebusan akar kayu 2 kali sehari sehingga masalah rahim jatuh anda tiada lagi.

8. Nenas batu

Nenas batu sudah lama digunakan secara tradisional untuk menjaga kesihatan rahim. Ia juga membantu membetulkan semula kedudukan rahim jatuh. Rebus nenas batu sehingga mendidih. Minum secawan air rebusan pada waktu pagi dan

Rahim jatuh

Sumber: Carousell

9. Elakkan hubungan seks buat sementara waktu

Apabika anda mengalami masalah rahim jatuh, elakkan daripada bersama suami buat sementara waktu bagi mengelakkan masalah anda menjadi semakin parah.

10. Pakai stokin kaki

Pastikan anda memakain stokin kaki sentiasa seperti ibu dalam pantang. Tujuannya ialah bagi mengelakkan angin dari kipas atau penghawa dingin masuk ke kaki anda.

11. Jangan berdiri terlalu lama

Elakkan berdiri terlalu lama kerana ia akan menyebabkan masalah rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin serius. Ambil peluang untuk duduk setiap kali berkesempatan.

12. Jangan angkat berat

Selain berdiri terlalu lama, mengangkat berat juga akan menyebabkan masalah anda menjadi semakin serius. Elakkan mengangkat berat jika anda ingin sihat seperti sedia kala.

13. Jangan minum ais

Ais adalah musuh utama yang wajib anda elakkan sepanjang mengalami masalah rahim jatuh. Ia akan menyebabkan rahim menjadi sejuk dan kembang, lalu menyebabkan rahim semakin jatuh.

14. Jangan meneran semasa membuang air besar

Meneran akan menyebabkan rahim jatuh yang anda alami menjadi semakin parah. Sekiranya anda mengalami sembelit, dapatkan ubat untuk mengatasinya secepat mungkin.

15. Memakai bengkung

Selain menguruskan badan, bengkung juga membantu membetulkan kedudukan rahim sulaya kembali ke tempat asal. Cuma pastikan anda tidak memakai dengan terlalu ketat. Anda boleh gunakan apa-pa jenis bengkung sama ada tradisionak atau moden. Seeloknya bertungku dahulu sebelum berbengkung. Elakkan daripada memakai korset.

Rahim jatuh

Sumber: Siraplimau

Itulah dia 15 petua rahim jatuh yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami mengenai punca peranakan jatuh petua hilangkan senggugut dan petua hilangkan fibroid

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.