Tahukah suami, selepas isteri bersalin, mereka akan mula meragam dan tidak seperti selalu. Ragam isteri ketika berpantang lain dengan ragam isteri tidak berpantang. Waktu ini, hormon mereka tidak stabil jadi jika suami lakukan perkara yang tidak sepatutnya, ia boleh memberi kesan kepada isteri.

Bagi suami-suami yang baru merasai pengalaman menjaga isteri berpantang, anda perlu tahu beberapa perkara ini. Ia dapat memberi persediaan kepada anda ketika isteri anda berpantang nanti.

Mari kami kongsikan info sebenar 5 ragaman isteri selepas bermsalin yang suami perlu tahu. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

5 Ragaman isteri ketika berpantang

ragaman isteri ketika berpantang

Imej via Facebook

1) Buang air besar dan kecil kali pertama lepas bersalin tu akan sangat sakit pada si dia lebih-lebih lagi dalam keadaan perineum yang jadi sangat sensitif.

2) Walaupun baby dah keluar tapi jangan ingat perut terus kempis macam sebelum mengandung ye. Rahim ambil masa dalam 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal.

3) Rambut banyak gugur masa menyikat dan mandi tapi jangan gelabah. Ni efek daripada hormon estrogen yang mendadak turun je. Biasanya rambut gugur tu akan berhenti dalam 6-12 bulan.

4) Memang boleh berpantang tapi jangan sampai melampau lampau sangat. Sampai ada yang tak bagi si ibu tu minum air putih. Dah la nak kena menyusu lagi. Bukan kita takut tubuh tu jadi dehidrasi je tapi yang paling kita takut kalau sampai terjadi pembekuan darah dalam saluran darah di paru-paru ( pulmonary embolism ) akibat daripada kurang minum air tu sendiri ( dehydration ).

Tanda-tanda Pulmonary Embolism adalah :

– Denyut nadi jadi lebih laju daripada biasa

– Batuk darah

– suhu badan naik

– sesak nafas

Bahaya ke pulmonary embolism ni? Yup. Sangat bahaya. Boleh sebabkan kematian mengejut!

5) Selepas bersalin, hormon isteri boleh jadi kacau bilau. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba sedih, hati pun rasa redup je dan tiba-tiba nak menangis. Tu mungkin simptom Baby Blues. Benda tu biasa terjadi dalam seminggu atau dua minggu lepas bersalin. Cuma kalau lepas tu simptom tu masih tak hilang juga memang kena jumpa doktor takut-takut dah jadi Post Partum Depression.

*Berikut adalah ragaman selepas bersalin yang selalu terjadi kepada suami-suami di luar sana kepada isteri anda. Jangan peli kenapa isteri bertindak sebegitu rupa kerana hormon selepas bersalin tidak stabil. Jadi, suami perlu menjaga isteri dan menyokong mereka selepas bersalin mahupun berpantang atau tidak.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.