Qiamulalil adalah satu amalan yang dilakukan oleh umat islam pada pertengahan malam hari. Qiamulail membawa maksud malam yang di gunakan umat islam untuk mengerjakan ibadat dengan bangun dari tidur pada ⅔ malam atau sekurang-kurangnya ⅓  akhir malam.

Imej via [tvceramah]

Untuk lebih spesifik lagi iaitu bermula pada pukul 2.30 pagi sehingga terbitnya fajar pertama untuk kita beribadat kepada Allah S.W.T. Waktu itu merupakan satu waktu yang amat tepat untuk melakukan qiamulail kerana waktu itu lah turunnya rahmat Allah S.W.T ke bumi ini dan menampakkan kesungguhan dalam beribadat.

Qiamulail dilaksanakan dengan melakukan solat-solat sunat dan berzikir kepada Allah S.W.T. Nak tahu apakah jenis solat sunat yang boleh kita lakukan ketika Qiamullail?

1. Solat Sunat Tasbih

Hadis Ibnu Abbas r.a:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ r قَالَ لِلْعَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ: ((يَا عَبَّاسُ! يَا عَمَّاهُ! أَلا أُعْطِيكَ؟ أَلا أَمْنَحُكَ؟ أَلا أَحْبُوكَ؟ أَلا أَفْعَلُ بِكَ؟ عَشْرَ خِصَالٍ، إِذَا أَنْتَ فَعَلْتَ ذَلِكَ؛ غَفَرَ اللهُ لَكَ ذَنْبَكَ؛ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ، قَدِيمَهُ وَحَدِيثَهُ، خَطَأَهُ وَعَمْدَهُ، صَغِيرَهُ وَكَبِيرَهُ، سِرَّهُ وَعَلَانِيَتَهُ؛ عَشْرَ خِصَالٍ: أَنْ تُصَلِّيَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ، تَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ وَسُورَةً. فَإِذَا فَرَغْتَ مِنْ الْقِرَاءَةِ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ وَأَنْتَ قَائِمٌ؛ قُلْتَ: سُبْحَانَ الله،ِ وَالحَمْدُ للهِ، وَلا إِلَهَ إِلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ، خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً. ثُمَّ تَرْكَعُ، فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ رَاكِعٌ عَشْرًا. ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ الرُّكُوعِ، فَتَقُولُهَا عَشْرًا. ثُمَّ تَهْوِي سَاجِدًا، فَتَقُولُهَا وَأَنْتَ سَاجِدٌ عَشْرًا، ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ مِنْ السُّجُودِ فَتَقُولُهَا عَشْرًا، ثُمَّ تَسْجُدُ، فَتَقُولُهَا عَشْرًا، ثُمَّ تَرْفَعُ رَأْسَكَ فَتَقُولُهَا عَشْرًا، فَذَلِكَ خَمْسٌ وَسَبْعُونَ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ، تَفْعَلُ ذَلِكَ فِي أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ، إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ تُصَلِّيَهَا فِي كُلِّ يَوْمٍ مَرَّةً فَافْعَلْ، فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ جُمُعَةٍ مَرَّةً، فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ شَهْرٍ مَرَّةً، فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً، فَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَفِي عُمُرِكَ مَرَّةً)) رواه أبو داود وابن ماجة.  

Yang membawa maksud Dari  Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Al-Abbas bin Abdul Muttalib, “Wahai Abbas! Wahai bapa saudaraku! Mahukah engkau jika aku ingin memberikan padamu? Mahukah engkau jika aku ingin anugerahkan kepadamu? Mahukah engkau jika aku ingin menghadiahkan kepadamu? Aku benar-benar mencintaimu, mahukah engkau jika aku melakukan sesuatu terhadapmu? Ada sepuluh dosa – yang Allah SWT akan ampunkan jika engkau melakukan amalan ini –  samada dosamu yang pertama dan terakhir, yang terdahulu dan yang baru, yang tidak sengaja mahupun yang disengaja, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan, itulah sepuluh jenis dosa tersebut. Iaitu engkau melaksanakan solat empat rakaat; engkau baca dalam setiap rakaat Al-Fatihah dan surah, apabila engkau selesai membacanya di rakaat pertama dan engkau masih berdiri, maka ucapkanlah:

سُبْحَانَ الله،ِ وَالحَمْدُ للهِ، وَلا إِلَهَ إِلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ

“Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) selain Allah, dan Allah Maha Besar”

sebanyak 15 kali, kemudian rukuklah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sedang rukuk, kemudian kamu bangun dari rukuk dan bacalah tasbih 10 kali, kemudian sujudlah dan bacalah doa tersebut 10 kali ketika sujud, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali, kemudian sujudlah dan bacalah 10 kali, kemudian bangkitlah dari sujud dan bacalah 10 kali. Itulah 75 kali dalam setiap rakaat, dan lakukanlah hal tersebut pada empat rakaat. Jika engkau sanggup untuk melakukannya satu kali dalam setiap hari, maka lakukanlah, jika tidak, maka lakukanlah satu kali seminggu, jika tidak maka lakukanlah sebulan sekali, jika tidak maka lakukanlah sekali dalam setahun dan jika tidak maka lakukanlah sekali dalam seumur hidupmu. [Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah ][1]

Tahukah anda, solat sunat tasbih digelar sebagai solat sunat tasbih kerana dalam solat tersebut sebanyak 300 kali tasbih diucapkan ketika solat tersebut. Indahnya qiamullail anda dengan adanya solat tasbih ini.

Imej via [Balohpedia]

Cara Menunaikan Solat Sunat Tasbih

  • Apabila anda selesai membacakan alfatihah ,anda diminta untuk mengucapkan kalimah سُبْحَانَ الله،ِ وَالحَمْدُ للهِ، وَلا إِلَهَ إِلا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ sebanyak 15 kali
  • Ketika rukuk, bacalah kalimah tersebut sebanyak 10 kali
  • Ketika bangun daripada rukuk, bac lah ia sebanyak 10 kali
  • Kemudian sujud dan bacalah 10 kali
  • Setelah bangkit dari sujud baca kalimah tersebut sebanyak sepuluh kali.
  • Jumlah bacaan tasbih adalah 75 kali.
    Anda boleh ulang sebanyak 4 kali iaitu 4 rakaat solat sunat tasbih. 75 kali untuk 4 rakaat bersamaan dengan 300 tasbih.

2. Solat Sunat Taubat

Hadis ini diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. Beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ ‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ

Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang melakukan satu dosa, lalu dia memperelokkan dalam bersuci dan dia kemudiannya bangun lalu mengerjakan solat dua rakaat dan memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan dosanya. Kemudian Baginda membaca ayat ini:

‏ وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ

Maksudnya: Dan mereka yang apabila melakukan satu dosa atau menzalimi diri mereka kemudian mereka mengingati Allah. [Ali Imran: 135]

Imej via [Balohpedia]

Cara Solat Sunat Taubat

  • Solat taubat boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja. Solat taubat boleh dikerjakan dalam 2 rakaat. Lebih afdhal lagi, lakukanlah solat taubat dalam qiamullail anda.
  • Niat “Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”
  • Setelah anda selesai membaca al fatihah, anda digalakan untuk membaca surah Al kafirun dan ali khlas.
  • Selepas memberi salam, memperbanyakkan beristighfar supaya ALLAH SWT dapat menerima taubat kita.

3. Solat Sunat Tahajud

Solat tahajjud adalah solat yang tiada had dalam rakaatnya. Solat ini mengikut kemampuan dan kesanggupan seseorang dalam menjalankannya. Ia adalah permulaan untuk qiamullail yang boleh anda lakukan.

Cara Solat Sunat Tahajud

  • Membaca doa sebelum solat tahajjud.
  • Membaca niat solat tahajjud iaitu “Sahaja aku solat sunat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala”
  • Setelah selesai membaca Al-Fatihah, antara surah yang seharusnya kita baca pada rakaat pertama ialah surah Kursi 7X atau Surah Al-Kafirun.
  • Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 11X atau 1X sahaja.
  • Setelah anda membacakan tasbih pada  sujud yang kedua dalam rakaat yang terakhir , anda boleh membaca kan doa di bawah.
  • Selepas memberi salam, anda boleh membacakan doa tersebut iaitu doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SWT ini.
  • Akhir sekali, bacalah doa tahajud.

4. Solat Sunat Istikarah

Imej via [google]

Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya: Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِفَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوب .اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ .فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي. أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ .فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya: Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.

Imej via [babab]

Cara Solat Sunat Istikarah

Dalam rakaat yang pertama:

  1. Berniat dalam hati untuk mengerjakan solat sunat istikarah.
  2. Dikuti dengan takbiratulihram
  3. Doa iftitah
  4. Surah Al Fatihah dan surah Al-Kafirun.
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud
  8. Duduk diantara dua sujud
  9. Sujud kali kedua
  10. Bangun untuk rakaat yang kedua.

Dalam rakaat yang kedua:

  1. Ulang langkah  1 hingga 4.
  2. Membaca surah al-ikhlas
  3. Ulang langkah 6 hingga 10.
  4. Duduk untuk tahiyat akhir.
  5. Memberi salam ke kanan dan kiri.
  6. Membaca doa istikarah.

5. Solat Hajat

Solat hajat adalah sebuah solat yang dikerjakan untuk memohon hajat kepada Allah Swt. Solat hajat boleh diadakan pada bila-bila masa iaitu pada waktu yang tidak haram untuk solat. Oleh itu, ramai yang lakukan dalam qiamullail dimana anda akan lebih bersungguh-sungguh meminta kepada Allah SWT.

Kelebihan Solat Sunat Hajat dalam Qiamullail adalah anda akan lebih 
tenang dan ikhlas dengan ketentuan Allah Swt. Anda juga akan yakin dengan setiap perkara yang berlaku dan permohonan juga dimakbulkan Allah Swt.

Imej via [kisahikmah]

Cara Solat Sunat Hajat

  1. Niat Solat Sunat Hajat
Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala.

2. Bacaan Rakaat Pertama

Untuk pengetahuan anda, solat sunat hajat yang paling afdal dilaksanakan adalah sebanyak 12 rakaat dan 6 salam pada waktu qiamullail. Pada rakaat yang pertama sesudah membaca Al-Fatihah, lebih afdal kita mambaca ayatul kursi:

3. Bacaan Rakaat Kedua

Sesudah membaca surah Al-Ffatihah, kita digalakkan untuk membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

4. Sujud Akhir

Pada sujud yang terakhir pula. Kita digalakkan untuk membaca:

Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzo limin

5. Doa Selepas Solat

Akhir sekali doa selepas solat ,kita  boleh membacakan doa sendiri dalam bahasa sendiri untuk berdoa agar hajat kita diperkenan kan oleh Allah SWT.

6. Solat Sunat Witir

Imej via [IslamIdah]

Hadis:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ مَا تَرَى فِي صَلَاةِ اللَّيْلِ قَالَ مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خَشِيَ الصُّبْحَ صَلَّى وَاحِدَةً فَأَوْتَرَتْ لَهُ مَا صَلَّى وَإِنَّهُ كَانَ يَقُولُ اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ وِتْرًا فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِهِ

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar berkata: “Seorang laki-laki bertanya kepada Nabi SAW yang pada ketika itu sedang berada di atas mimbar. “Bagaimana cara solat malam?” Baginda menjawab: “Dua rakaat dua rakaat. Apabila dikhuatirkan masuk subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir (penutup) bagi solatnya.” Ibnu  Umar berkata: “Jadikanlah witir sebagai solat terakhir kalian, karena Nabi SAW memerintahkan hal yang demikian.” (HR Bukhari No: 452)

Jumlah Rakaat Dalam Solat Sunat Witir

  • 1 Rakaat = Satu salam
  • 3 Rakaat = 2 rakaat dan 1 salam
  • 5 Rakaat = 2 rakaat 1 kali dan 1 rakaat 1 kali
  • 7 Rakaat = 3 kali 2 rakaat dan 1 kali 1 rakaat
  • 9 Rakaat = 4 kali 2 rakaat dan 1 kali 1 rakaat
  • 11 Rakaat = 5 kali 2 rakaat dan 1 kali 1 rakaat
Imej via [Dream]

Cara Solat Sunat Witir

  1. Lafaz niat solat witir

Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala

  • Niat Witir untuk 1 rakaat :

Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah Taala

2. Membaca Surah pada rakat pertama

  • Membaca Surah Al-A’la

3. Bacaan Surah Pada Rakaat Kedua

  • Baca Surah Al-Kafirun

4. Bacaan surah Untuk 1 Rakaat

  • Baca Surah Al-Ikhlas

  • Baca Surah Al-Falaq
  • Baca Surah An-Nas

5. Beri Salam Selepas Tahiyat Akhir

Selepas salam yang terakhir kita disunatkan untuk membaca sebanyak tiga kali:

6. Berdoa

Selepas menunaikan solat witir, jangan lupa berdoa dan bacalah doa witir ini. Terdapat banyak kelebihan membaca doa solat witir ini dalam qiamullai yang anda lakukan.

Maksudnya:Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.

qiamullail
Imej via [google]

Anda juga boleh berdoa dengan doa solat witir yang lebih panjang dan lebih mendalam maksudnya. Jadikanlah solat-solat sunat dan doa-doa ini sebagai pelengkap dan panduan qiamullail anda.

Jom baca Kelebihan surah Ar Rahman, Kelebihan Surah Al-waqiah dan 9 Ciri Wanita Solehah Bawa Ke Syurga juga.

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.