Pedihnyalah apabila ulser tiba-tiba muncul di dalam mulut. Tiada angin, tiada ribut! Memang tidak selesa bukan? Bukan itu sahaja, bikin hilang selera dibuatnya.

Hendak mengunyah pun susah, apatah lagi diajak bersembang, kurang fokus jadinya. Ini baru satu biji, bayangkan kalau lebih, sangat tidak keruan dibuatnya.

Bagaimana pula jika terlampau kerap? Menurut Dr Ezairy M.Sallih, seorang pakar telinga, hidung dan tekak, punca mengapa ulser kerap muncul amat sukar untuk ditentukan.

ulser
Imej via Tips & Crafts

Apakah Punca Kepada Ulser Mulut?

Dalam banyak situasi dan keadaan, amat sukar untuk mencari punca ia berlaku. Saya beri beberapa kemungkinan yang menjadi punca :

1. Stress
2. Jangkitan virus
3. Perubahan hormon dalam tubuh
4. Faktor genetik dan keluarga
5. Penjagaan dalam mulut yang kurang baik ‘poor oral hygiene’
6. Luka akibat trauma daripada proses mengunyah atau ketika memberus gigi
7. Kekurangan vitamin seperti vitamin B, C dan E.
8. Sesetengah jenis ubat

Bagaimana Jika Ulser Tidak Sembuh?

Walaubagaimanapun, jika ulser ini tidak sembuh melebihi tiga minggu, dapatkan pemeriksaan doktor. Ada beberapa kemungkinan lain boleh menyebabkan ia berlaku seperti masalah autoimmune, syphilis, HIV, kanser dan lain-lain yang tidak mahu kita dengar.

*Jika anda kurang tahu sebelum ini, sekarangnya anda lebih tahu mengenai ulser. Jadi, jangan lupa share ya!

*Artikel ini telah diterbitkan dengan kebenaran penulis. Untuk post asal penulis, boleh rujuk di sini.

Penulis: Dr Ezairy M. Salih

Dr Ezairy M. Salih

Merupakan Doktor Telinga, Hidung dan Tekak di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Rajin berkongsi tips kesihatan di status Facebooknya. Ikuti beliau untuk dapatkan tips-tips kesihatan yang menarik.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.