Sakit sungguh kalau terkena ulser mulut. Setiap masa sakit. Nak bercakap rasa sakit. Waktu nak makan lagi lah, boleh menangis dibuatnya. Lagi susah hati kalau ulser terjadi kat anak kecil.

Menangis-nangis mengadu sakit. Yang sebenarnya apa punca ulser mulut? Macam mana ulser boleh tiba-tiba muncul dalam mulut? Jom ketahui punca ulser mulut supaya anda boleh elakkan dimasa hadapan.

Apakah ulser mulut? Ulser mulut adalah tompokan putih yang merupakan sejenis kudis yang terdapat di bahagian lembut mulut kita termasuk gusi, bahagian dalam pipi, dan lidah. Rasa sakit yang disebabkan oleh ulser mulut akan menyebabkan anda hilang selera makan dan kesukaran untuk bercakap.

punca ulser mulut
Sumber: Bidadari

Apakah punca ulser mulut? Di antara punca yang paling kerap berlaku ialah:

Cuaca yang terlalu panas

Punca ulser mulut yang pertama ialah disebabkan oleh cuaca yang terlalu panas. Kalau anda perhatiakan, semasa cuaca panas ramai yang akan jatuh sakit. Ramai yang akan mengalami demam, batuk, selsema, bengkak tonsil, dan ulser mulut. Ini berlaku kerana cuaca panas akan menyebabkan badan anda kekeringan dan kekurangan air lalu menyebabkan mulut dan bibir anda pecah lalu menjadi ulser.

Suhu badan terlalu panas

Sekiranya anda sedang demam, suhu tubuh badan anda akan meningkat lalu menyebabkan ulser akan berlaku dalam mulut anda. Lazimnya, semakin tinggi suhu badan anda, semakin tinggi risiko untuk anda mendapat ulser mulut.

Oleh itu, jika anda sedang demam, pastikan anda kawal suhu badan agar tidak menjadi terlalu tinggi kerana ia bukan sahaja akan menyebabkan anda mendapat ulser malah demam yang terlalu tinggi boleh membawa komplikasi yang lain seperti sawan tarik dan kerosakan otak.

Kurang minum air

Jika anda kurang minum air, badan anda akan menjadi kering dan mengalami keadaan kekurangan air atau dehydration.

Apabila badan anda tidak mendapat air yang secukupnya, anggota badan dan organ anda akan mengering. Rongga mulut anda juga akan kering lalu menyebabkan timbulnya ulser. Oleh itu, untuk mengelakkan ulser pastikan anda minum air kosong dengan secukupnya setiap hari.

punca ulser mulut
Sumber: Pesonapengantin

Menggosok gigi dengan terlalu kuat

Kadang-kala, ulser berlaku disebabkan oleh tabiat anda yang suka menggosok gigi dengan terlalu kuat. Apabila anda menggosok gigi dengan terlalu kuat, berus gigi anda berisiko untuk terbabas dan melanggar gusi, bahagian dalam pipi, dan lidah lalu menyebabkan luka.

Luka di dalam mulut yang sentiasa basah dan penuh dengan kuman akan menjadi ulser mulut dalam masa sehari. Oleh itu, gosok gigi anda dengan cermat dan perlahan-lahan agar tidak mendapat luka dalam mulut yang akan menjadi ulser.

Jangkitan bakteria, virus, dan fungus

Punca ulser yang seterusnya ialah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus, dan fungus di dalam mulut. Kehadiran bakteria, virus, dan fungus semasa mulut anda terluka akan menyebabkan berlakunya jangkitan kepada luka tersebut lalu melarat menjadi ulser.

Jangkitan boleh berlaku disebabkan oleh berkongsi makanan, berkongsi air, berciuman, atau pun melakukan oral seks.

Tegigit lidah atau bibir

Punca ulser mulut yang ini adalah yang paling popular dan kerap berlaku. Pernah tak anda tergigit lidah atau bibir semasa makan? Atau semasa bercakap? Akhirnya anda akan mendapat luka di dalam mulut dan luka tadi akan bertukar kepada ulser mulut yang menyakitkan.

Kekurangan zat makanan

Kekurangan zat makanan juga boleh menyebabkan anda mendapat ulser yang berulang. Ini kerana badan anda tidak mendapat vitamin, mineral, dan gizi yang secukupnya.

Terkena dawai alat ortodontik semasa rawatan pergigian

Tahukah anda bahawa terkena dawai alat ortodontik semasa mendapatkan rawatan pergigian juga adalah di antara punca ulser mulut. Apabila mulut anda terkena dawai yang tajam, ia akan menyebabkan luka yang akhirnya bertukar menjadi ulser.

punca ulser mulut
Sumber: Imperialdentalassociates

Penyakit kronik

Sesetengah penyakit kronik juga akan menyebabkan anda mudah mendapat ulser. Ini berlaku kerana penyakit kronik malah ubat dan rawatan yang diberikan untuk mengatasi penyakit tersebut akan menyebabkan imuniti anda menurun. Di antara penyakit kronik yang sering dikaitkan dengan ulser mulut ialah:

  • Masalah autoimmune
  • Syphilis
  • Gonorea
  • HIV
  • Kanser

Tekanan

Jika anda berada dalam keadaan yang tertekan, risiko anda untuk mendapat ulser akan meningkat. Ini kerana tekanan akan menyebabkan imuniti badan anda menurun dan mudah mendapat jangkitan dan penyakit.

Kurang rehat

Selain tekanan, kurang rehat juga akan menyebabkan anda mendapat ulser mulut. Oleh itu, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari.

Kurang tidur

Kurang tidur juga akan menyebabkan anda mendapat ulser mulut. Oleh itu, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya setiap hari agar kesihatan anda terjaga dan tidak mendapat ulser mulut yang menyakitkan.

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan ulser mulut? Di antara cara yang paling berkesan untuk menghilangkan ulser mulut ialah dengan cara:

  • Berkumur-kumur dengan air garam suam
  • Berkumur-kumur dengan ubat kumur antibakteria.
  • Banyakkan minum air suam.
  • Banyakkan berehat
  • Dapatkan tidur yang secukupnya.
  • Amalkan tabiat menjaga mulut dan gigi agar berada pada tahap kesihatan dan kebersihan yang baik.
  • Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang.
  • Pastikan anda mengambil vitamin B12 dan vitamin C yang secukupnya.
punca ulser mulut
Sumber: RD

Itulah dia punca ulser mulut yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca demam denggi dan punca sedu

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.