Wanita ini dilahirkan sebagai manusia yang istimewa kerana mereka sahaja yang boleh mengandung dan melahirkan anak. Untuk mengandung, wanita perlu mempunyai rahim yang kuat, tubuh badan yang sihat dan kehadiran haid yang stabil setiap bulan. Maka, wanita perlu membuat pemeriksaan kesihatan setiap bulan bagi memastikan tubuh badan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

Namun, ada sebilangan wanita yang mempunyai masalah kedatangan haid setiap bulan yang tidak stabil. Ia boleh memberi kesan kepada masalah tubuh badan dan untuk mengandung nanti. Apakah punca tidak datang haid?

Mari kami kongsikan info sebenar punca tidak datang haid. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Ketidak kedatangan Haid atau Amenorrhea

Punca tidak dtg haid

Imej via Facebook

Secara umum ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu

1. Primary Amenorrhea (wanita yang langsung tak pernah datang period)

2. Secondary Amenorrhea (wanita yang pernah ada period, tetapi kini sudah tidak ada period lagi)

Primary Amenorrhea biasa dikesan sejak awal remaja. Bila waktu sepatutnya akil baligh, tetapi masih tiada period. Kebanyakan kes seperti ini adalah disebabkan oleh masalah genetik dan kongenital. Masalah pada kelenjar hypothalamus, pituitary dan ovari mungkin menjadi punca Primary Amenorrhea.

Yang lebih kerap berlaku adalah secondary amenorrhea. Dulu ada period macam biasa, sampai satu masa, period dah takde. Punca utama masalah ini adalah mengandung. Bila mengandung, period akan berhenti dan tidak datang lagi.

Selain itu, masalah perubatan lain seperti

– Polycystic Ovarian syndrome (PCOS)

– Hypothyroidism, hyperprolactinoma akibat brain tumor

– Premature ovarian failure

– Asherman’s Syndrome (penyakit dimana lapisan rahim menjadi parut akibat procedure seperti cuci rahim selepas keguguran) juga adalah punca berlakunya secondary Amenorrhea.

Punca tidak datang haid

Selain itu masalah lain juga boleh menyebabkan period tidak datang seperti

– emosional atau fizikal stress yang melampau

– berat badan yang turun mendadak

– sedang mengalami penyakit yang teruk

Amenorrhea juga boleh berlaku akibat pengambilan pil-pil hormon seperti pil perancang. Namun ia biasanya bersifat sementara.

Ada kesan tak jika amenorrhea ni berpanjangan?

Seorang wanita berisiko mengalami osteoporosis atau tulang rapuh akibat amenorrhea yang berpanjangan. Selain itu, mereka juga berisiko untuk mengalami kesukaran untuk hamil.

Rawatan

Jadi bagaimana nak rawat? Rawatan amenorhhea adalah dengan merawat punca mengapa amenorrhea itu berlaku. Jika puncanya adalah stress melampau, maka perlula buat sesuatu agar stress menjadi terkawal dan berkurang. Jika ia melibatkan masalah perubatan seperti PCOS, hypothyroid dan lain-lain, maka dapatkan rawatan untuk masalah tersebut.

*Berikut adalah keterangan mengenai ketidakdatangan haid dan punca-puncanya. Sebaik-baiknya, jika anda adalah salah seorang yang mempunyai masalah ini, pergilah berjumpa doktor pakar puan yang berdekatan untuk pemeriksaan lebih lanjut. Doktor pakar lebih tahu  dan faham dengan situasi penyakit ini. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.