Stress adalah sesuatu yang biasa kita dengar pada hari ini. Dalam cara hidup moden dengan gaya hidup yang berkejar-kejar ke sana-ke sini dan hidup yang penuh dengan kesibukan serta tanggung jawab, kebanyakan kita tidak dapat lari daripada stress.

Namun, ketahulah bahawa stress yang tidak terkawal boleh membawa kesan buruk kepada hidup. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca stress dan berusaha untuk menjauhinya.

punca stress
Sumber: Campaignlive

Sebelum itu, jom kenali apakah yang dimaksudkan dengan stress? Stress adalah satu keadaan di mana seseorang mengalami gangguan emosi, pemikiran dan fizikal. Ia akan bermula dengan gangguan emosi, dan diikuti oleh gangguan fikiran.

Sekiranya stress tidak dibendung, ia akan menjadi semakin teruk sehingga menjejaskan fizikal individu tersebut. Adakah stress sesuatu yang boleh membahayakan nyawa? Jawapannya ialah YA. Stress yang tidak terkawal akan menjadi tekanan perasaan dan mereka yang mempunyai masalah tekanan perasaan berpotensi untuk membunuh diri.

Jadi, apakah punca stress?

1. Terlalu banyak tanggung jawab yang terpaksa digalas

Salah satu punca stress yang paling kerap berlaku ialah disebabkan oleh terlalu banyak tanggung jawab yang terpaksa digalas. Sebagai contoh, wanita hari ini sangat multitasking.

Merekalah isteri dan ibu yang brtanggung jawab untuk menguruskan rumah dan anak-anak. Dalam masa yang sama mereka juga bekerja untuk membantu suami mecari rezeki. Tak cukup dengan itu, mereka juga berniaga online business untuk menambah pendapatan.

Kesemua tanggung jawab yang digalas ini lama-kelamaan akan menjadi beban kepada diri sendiri. Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan, diuruskan, dan diselesaikan dalam aktiviti harian. Akhirnya akan menjadi punca stress.

2. Terlalu banyak masalah

Terlalu banyak masalah dalam hidup juga boleh menjadi punca stress. Manusia mana yang tiada masalah? Setiap yang hidup pasti mempunyai masalah, sama ada kecil atau pun besar. Namun sekiranya masalah datang bertimpa-timpa tanpa sempat diselesaikan satu-persatu, ia akan mula menyebabkan anda stress. Oleh itu, anda perlu pandai untuk mengatur hidup dan mencari penyelesaian bagi masalah yang datang. Jika terlalu banyak masalah, minta bantuan daripada orang yang tersayang. Usah tanggung semua masalah secara bersendirian.

3. Meletakkan target yang terlalu tinggi

Setiap seorang daripada kita mempunyai target atau matlamat hidup yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi seorang pelajar universiti, semestinya beliau mempunyai target untuk mendapat keputusan cemerlang dengan CGPA melebihi 4.0 dan termasuk dalam Senarai Dekan.

Maka dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai target tersebut. Namun, oleh kerana target yang diletakkan adalah terlalu tinggi dan dia terlalu mengharap untuk mendapat keputusan tersebut, dia mula stress.

Hilang minat untuk belajar. Tiadsa mood untuk mengulang-kaji pelajaran. Akhirnya keputusan yang diperolehi adalah sangat mengecewakan. Oleh itu, elakkan daripada meletakkan target terlalu tinggi yang boleh memakan diri sendiri.

punca stress
Sumber: Tophealthjournal

4. Terlalu memaksa diri

Punca stress yang seterusnya ialah tabiat terlalu memaksa diri sehingga terpaksa melakukan sesuatu perkara melebihi had dan kemampuan diri sendiri. Sebagai contoh, seorang individu yang baru menjinakkan diri dalam dunia memanjat gunung atau hiking.

Untuk permulaan, pilih bukit dan gunung dengan tahap kesukaran yang mudah supaya diri dapat belajar skill yang diperlukan dan memberi peluang kepada tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan aktiviti tersebut.

Sekiranya dia terus mengikuti group hiking mendaki gunung dengan tahap kesukaran yang tinggi, pastinya akan mengundang stress kerana terpaksa memaksa diri melebihi kemampuan.

5. Zaman kanak-kanak yang kurang indah

Tahukah anda, zaman kanak-kanak yang kurang indah boleh terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa lalu menjadi punca individu tersebut mengalami stress yang berpanjangan.

Ini kerana alam kanak-kanak akan membentuk jatidiri seseorang. Sebagai contoh, seorang anak yang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang yang secukupnya akan membesar menjadi seorang yang ceria, peramah, dan mudah bergaul.

Sementara anak yang terbiar, kurang mendapat kasih sayang, atau menjadi mangsa penderaan akan membesar dengan personaliti yang gelap dan menghadapi masalah stress. Sekiranya tidak dibantu, kemungkinan anak tersebut untuk menjadi pendera, dan mengalami tekanan perasaan adalah sangat tinggi malah risiko untuk membunuh diri juga adalah sangat tinggi.

6. Masalah dalam perhubungan dengan orang keliling

Mereka yang mempunyai masalah dalam perhubungan juga boleh mengalami stress. Sebagai contoh, seseorang yang bergaduh dengan ibu mertua akan sentiasa berasa sedih, marah, dan tidak berpuas hati. Lalu berasa stress setiap kali teringatkan keadaan tersebut. Bertambah stress apabila suami ajak pulang melawat ibu mertuanya di kampung.

punca stress
Sumber: Raowellness

7. Tiada sokongan dari mereka yang terdekat

Sokongan dari orang yang terdekat dan tersayang adalah sangat penting dalam hidup kita. Ketiadaan sokongan daripada mereka akan menyebabkan seseorang individu stress dan terasa seolah-olah dia berseorangan di dunia tanpa tempat bergantung.

8. Kurang keyakinan pada diri sendiri

Kajian menunjukkan bahawa kurang keyakinan kepada diri sendiri juga boleh menjadi punca stress. Sebagai contoh, jika anda mendapat tugasan untuk memberikan ceramah di hadapan 100 orang tetamu dalam sebuah majlis. Jika anda seorang yang kurang yakin dengan diri sendiri, sudah pasti anda akan mengalami stress.

9. Peristiwa hitam atau tragedi dalam hidup

Seseorang individu juga boleh mengalami stress disebabkan oleh peristiwa hitam atau tragedi yang berlaku dalam hidupnya. Sebagai contoh, jika baru-baru ini rumah anda dimasuki pencuri.

Semestinya anda akan berasa takut tiap kali berada di rumah, bimbang seandainya pencuri yang sama cuba masuk ke rumah anda lagi. Lama-kelamaan anda akan menjadi stress disebabkan oleh perkara tersebut.

10. Penyakit yang dihidapi

Jatuh sakit juga boleh menjadi punca stress. Lebih-lebih lagi sekiranya penyakit tersebut menyebabkan individu tersebut terlantar dan tidak dapat melakukan aktiviti seperti biasa. Keadaan akan bertambah teruk sekiranya penyakit yang dihidapi adalah penyakit kronik.

punca stress
Sumber: Lovlist

Itulah dia 10 punca stress yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang obesiti darah tinggi dan gout

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.