Sakit tekak adalah sangat menyiksakan. Lagi-lagi setiap kali anda nak menelan makanan atau minum. Siksanya hanya tuhan yang tahu. Ada yang kata sakit tekak boleh dihilangkan dengan Strepsils, namun jika sakit tekak anda sudah serius, ianya mungkin tidak berkesan lagi.

Oleh itu adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca sakit tekak dan cara untuk mengatasinya agar anda tidak menderita lagi.

punca sakit tekak
Sumber: Doctordaliah

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit tekak?

Sakit tekak atau pharyngitis adalah kesakitan yang berlaku pada kawasan sekitar tonsil, farinks, dan kawasan belakang mulut. Sakit tekak juga dikenali sebagai tonsillitis jika kesakitan yang anda alami melibatkan kedua-dua bahagian tonsil yang membengkak dan mengalami kemerahan pada amandel iaitu isu lembut di belakang bahagian mulut. Manakala Laryngitis pula adalah bengkak dan kemerahan yang berlaku pada kotak suara, atau laring.

Sakit tekak dikatakan berlaku apabila berlakunya radang yang membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia akan menyebabkan anda berasa tidak selesa, sakit atau gatal pada tekak dan kadangkala terasa sakit sewaktu menelan.

Apakah punca sakit tekak?

Di Malaysia, punca sakit tekak yang paling biasa berlaku ialah seperti berikut:

  • Kurang minum air. Apabila anda kurang minum air, anda akan mengalami dehidrasi dan salah satu daripada kesan dehidrasi ialah sakit tekak.
  • Cuaca terlalu panas. Cuaca yang terlalu panas juga boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan anda mengalami sakit tekak.
  • Demam. Apabila anda demam suhu badan akan menjadi tinggi lalu menyebabkan berlakunya radang kepada tekak anda lalu menyebabkan anda mula sakit tekak.
  • Batuk. Apabila anda batuk, akan berlaku radang dan luka pada tekak anda.
  • Selsema. Selain demam dan batuk, selsema juga akan menyebabkan anda mengalami sakit tekak.
  • Tonsilitis. Punca sakit tekak yang seterusnya ialah tonsilitis iaitu keradangan pada tonsil. Tonsilitis berlaku apabila berlakunya radang dan bengkak pada tonsil anda.
  • Jangkitan bakteria. Punca sakit tekak yang paling biasa berlaku di Malaysia ialah kerana jangkitan oleh bakteria streptococcal. Apa yang lebih menakutkan, jangkitan bakteria jenis ini akan menyebabkan anda mengalami demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah kesihatan yang lain seperti seperti kerosakan pada injap jantung dan radang buah pinggang.
  • Jangkitan virus. Selain jangkitan bakteria, jangkitan virus juga merupakan punca sakit tekak yang paling popular di Malaysia. Virus yang paling terkenal ialah Epstein-Barr yang akan menyebabkan anda mengalami demam, sakit tekak, dan bengkak di kelenjar leher.
punca sakit tekak
Sumber: Mydr
  • Influenza selesema juga adalah punca sakit tekak yang perlu anda ketahui.
  • Mononukleosis. Mononukleosis adalah sejenis penyakit berjangkit yang berjangkit melalui air liur. Apabila anda dijangkiti oleh penyakit ini, anda akan mengalami sakit tekak.
  • Demam ruam. Kebiasaannya apabila anda mengalami demam ruam, secara automatik anda akan mengalami sakit tekak.
  • Demam campak. Demam campak juga adalah punca sakit tekak.
  • Bengkak kelenjar air liur di leher. Apabila kelenjar air liur anda bengkak, di antara simptom yang akan anda alami ialah sakit tekak.
  • Alahan. Alahan kepada debunga, rumput, dan haiwan kesayangan juga adalah punca sakit tekak.
  • Kelenjar limfa membengkak. Punca sakit tekak yang seterusnya ialah bengkak pada kelenjar limfa. Bengkak yang berlaku biasanya terjadi pada kawasan bawah rahang dan leher.
  • Virus Coxsackie. Jika anda dijangkiti oleh virus ini, akan berasa sakit tekak dengan kehadiran lepuh kecil pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).
  • Udara kering. Punca sakit tekak yang seterusnya ialah udara kering yang akan menyebabkan mulut dan tekak anda menjadi kering dan gatal.
  • Pencemaran. Asap, bahan kimia yang ada dalam pencemaran juga boleh menyebabkan anda sakit tekak.
  • Kanser. Tahukah anda bahawa sakit tekak adalah tanda awal bagi kanser esofagus.
  • Jangkitan yis pada mulut anda boleh merebak dan menyebabkan gejala esophageal termasuklah sakit tekak.
  • Penyakit refluks Gastroesophageal (GERD) adalah punca sakit tekak yang seterusnya. Ini berlaku kerana injap rendah di esofagus tidak tertutup dengan betul. Akibatnya, asid perut akan terkeluar dan masuk ke dalam esofagus lalu menyebabkan anda sakit tekak.
  • HIV. Sakit tekak adalah simptom biasa bagi pesakit HIV. Malah agen antiretroviral yang digunakan untuk merawat HIV juga adalah punca anda selalu sakit tekak.
  • Ulser iaitu luka pada mulut, tekak, dan esofagus akan menyebabkan anda sakit tekak.
  • Rokok.
  • Alkohol.
  • Dadah.
  • Tabiat suka minum minuman yang sangat panas atau sejuk boleh menjejaskan lapisan lendir bagi esofagus lalu menyebabkan anda sakit tekak.
  • Rawatan radiasi kanser juga boleh menyebabkan anda sakit tekak.
  • Ubat-ubatan. Sesetengah ubat-ubatan yang dipreskripsi oleh doktor juga boleh menyebabkan anda sakit tekak.

Apakah cara untuk mengatasi sakit tekak?

Jika anda sakit tekak, anda boleh menghilangkannya dengan cara:

  • Merawat puncanya seperti mengambil antibiotik untuk jangkitan, atau antacid untuk refluks asid.
  • Ubat anti-radang untuk melegakan kesakitan dan menghilangkan sakit tekak.
  • Elakkan daripada minuman beralkohol.
  • Elakkan daripada merokok.
  • Makan makanan yang lembut dan kunyah dengan lebih lama.
  • Menggunakan semburan kerongkong untuk mengebaskan tekak sebelum makan dan mengurangkan sakit tekak.

Itulah dia punca sedu yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca sawan punca tiroid dan punca gusi bengkak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.