Bangun pagi, hidung rasa gatal-gatal. Asyik bersin tak henti-henti. Jerawat batu besar-besar tumbuh macam spotlight kat muka. Nafas selalu berbau, tekak selalu berkahak.

Paling sadis, punyalah teringin nak makan seafood tapi kalau makan, pagi esoknya merasalah akibatnya. Rimas betul dengan masalah resdung. Nak tak kalau kami kongsikan punca resdung supaya anda boleh elakkan dan kurangkan gejala resdung yang merimaskan?

punca resdung
Sumber: Mediamaklumat

1. Pencemaran alam sekitar

Dunia yang kita diami pada hari ini adalah sangat tercemar. Pencemaran udara, pencemaran air, dan sebagainya. Udara yang kita sedut tidak lagi bersih seperti dahulu kala, walau pun jika anda menetap di kampung.

Udaranya penuh dengan partikel debu, asap, dan kotoran dari bahan penyembur yang digunakan setiap hari, sektor perindustiran, dan sebagainya. Bahan kimia yang terdapat dalam udara dan air yang kita gunakan setiap hari akan menyebabkan gejala resdung yang anda alami menjadi semakin buruk. Oleh itu, kurangkan aktiviti di luar rumah bagi mengurangkan daripada terdedah kepada pencemaran yang ada di luar.

2. Genetik

Tahukah anda bahawa resdung juga merupakan satu penyakit keturunan yang boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya melalui genetik.

Oleh itu, jika ada ahli keluarga anda yang lain mempunyai masalah resdung, maka tak hairanlah kalau anda juga mempunyai masalah yang sama. Kemungkinan besar anak anda nanti juga akan akan mewarisi penyakit resdung melalui genetik daripada anda. Janganlah anda bersedih, ini adalah ketentuan illahi.

Apa yang anda boleh buat ialah kurangkan gejala resdung dengan mengelakkan punca resdung yang lain. Makan ubat dari doktor jika tak tahan dengan gejalanya.

3. Alergi

Punca resdung yang seterusnya alergi di mana anda mendapat resdung disebabkan alahan kepada sesuatu perkara. Sebagai contoh, alahan kepada habuk. Apabila terdedah kepada habuk, anda akan mula gatal hidung, bersin-bersin, dan akhirnya terkena serangan resdung.

Selain habuk, mungkin juga anda elergik dengan penyegar udara yang digunakan dalam kereta. Setiap kali masuk ke dalam kereta dan terdedah kepada bahan kimia yang ada dalam penyegar udara tersebut, gejala resdung anda akan menjadi semakin teruk.

Apakah tanda anda mempunyai masalah alergi? berikut adalah di antara tanda alergi yang boleh anda perhaitkan:

  • Badan menjadi merah-merah secara tiba-tiba tanpa sebab yang diketahui
  • Bersin secara tiba-tiba
  • Hidung jadi sangat gatal dan berair tanpa selsema
  • Kulit menjadi bengkak
  • Kulit menjadi gatal-gatal
  • Hidung terseumbat secara tiba-tiba
  • Batuk
  • Tekak berkahak

Oleh itu, jika anda resdung disebabkan oleh alergi, sila kenal-pasti apakah bahan yang mencetuskan alergik tersebut dan jauhkan diri daripadanya. Insya Allah, resdung anda akan berkurangan.

punca resdung
Sumber: Farrelive

4. Imuniti atau daya tahan lawan penyakit yang semakin rendah

Semakin usia kita meningkat, kadar imuniti atau daya tahan lawan penyakit dalam badan kita juga semakin menurun. Maka badan kita semakin terdedah kepada alergi yang menyumbang kepada meningkatnya gejala resdung yang dialami.

Kalau dulu semasa muda, gejala resdung tidak begitu ketara namun semakin berusia, gejalanya menjadi semakin buruk. Malah mengambil masa yang lebih lama untuk hilang. Perkara ini adalah normal. Apa yang boleh anda lakukan ialah berusaha untuk meningkatkan imuniti dengan cara mengambil makanan atau supplement yang boleh meningkatkan imuniti anda seperti Vitamin C.

5. Makanan gatal

Gejala resdung yang anda alami juga boleh menjadi semakin teruk sekiranya anda makan makanan yang gatal seperti udang, sotong, kerang, ketam, ikan yang gatal seperti sardin, ayam, dan kekacang.

Jika anda mempunyai masalah resdung, ia akan menjadi semakin teruk jika anda tidak menjaga pemakanan dan tidak berusaha untuk mengelakkan makanan gatal seperti yang kami senaraikan di atas. Oleh itu, elakkan makanan gatal yang boleh menjadi punca resdung supaya gejala resdung yang anda alami tidak menjadi semakin teruk.

6. Struktur hidung yang tidak normal

Punca resdung yang seterusnya ialah struktur dan bentuk hidung yang tidak normal. Ketidaknormalan pada hidung anda adalah punca kenapa anda mengalami resdung dan sangat sukar untuk disembuhkan. Di antara ketidaknormalan pada hidung yang selalunya menyumbang kepada resdung ialah:

  • Saluran hidung yang sempit
  • Tumor dalam hidung
  • Lelangit terbuka

Keadaan-keadaan di atas akan menyeabbkan rongga sinus anda tertutup dan akibatnya, mukus akan terkumpul dalam rongga yang tertutup tersebut lalu menyebabkan berlakunya jangkitan yang menjadi punca resdung. Oleh itu, jika resdung anda adalah disebabkan oleh ketidaknormalan pada bentuk hidung, dapatkan rawatan daripada doktor.

punca resdung
Sumber: Nusaybahanuwar

7. Kurang minum air

Mereka yang resdung kebiasaannya mengalami masalah mukus yang terperangkap dalam rongga sinus yang tertutup. Jika mukus terperangkap untuk tempoh yang lama dan tidak dikeluarkan, ia akan menjadi semakin pekat dan kandungan air dalam mukus akan menyejat.

Perkara ini akan menjadi semakin teruk sekiranya anda tidak minum air secukupnya setiap hari. Makin kurang air yang anda minum, lagi cepat mukus memekat lalu menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk. Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya setiap hari.

8. Asap rokok

Jika anda seorang perokok atau biasa berada bersama perokok, asap rokok adalah punca resdung yang mungkin anda tak perasan. Rokok bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan anda berisiko untuk mendapat kanser.

Malah ia juga boleh menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk kerana asap rokok akan menyebabkan keradangan pada dinding sinus.

9. Jangkitan kulat

Punca resdung yang seterusnya ialah jangkitan kulat. Rongga hidung kita yang gelap dan lembab adalah persekitaran yang sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat. Risiko pertumbuhan kulat dalam rongga hidung semakin meningkat sekiranya anda mempunyai imuniti yang rendah.

10. Mandi kolam renang

Eh macam tak percaya je. Macam mana pula tu? Kandungan klorin yang tinggi dalam air kolam renang akan menyebabkan iritasi pada lapisan hidung dan dinding sinus lalu menyebabkan resdung anda menjadi semakin teruk.

punca resdung
Sumber: Wanista

Itulah dia 10 punca resdung yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca migrain dan punca senggugut

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.