Perut buncit bukan sahaja menjadi masalah kepada mereka yang berbadan besar dan mengalami masalah berat badan yang berlebihan. Malah ramai juga mereka yang bertubuh kecil dan kurus mengalami masalah perut buncit. Kenapa ye? Yang sebenarnya apakah punca perut buncit?

punca perut buncit
Sumber: Detik

1. Perut berangin

Ada orang makan tak banyak, selalu bersenam, namun tetap mengalami masalah perut buncit kerana perutnya kembung dan penuh dengan angin atau gas.

Masalah perut kembung atau dalam bahasa inggerisnya bloating adalah punca perut buncit yang selalu berlaku tanpa disedari oleh tuan punya badan. Jika anda perasan yang perut buncit anda adalan perpunca daripada masalah perut berangin, anda boleh amalkan minuman detoks yang berikut:

  • Ambil satu inci halia, buang kulitnya dan ketuk.
  • Ambil 2 batang serai, bersihkan dan ketuk.
  • Ambil satu keping asam gelugur.
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam satu periuk yang berisi air kosong.
  • Masak sehingga mendidih, tutup apinya. Masukkan madu. Atau anda boleh gunakan gula kabung. Minum setiap malam sebelum tidur untuk membuang angin dari badan, terutamanya perut.

Selain itu, anda perlu mengelakkan makanan tinggi karbohidrat yang lambat dihadam oleh sistem pencernaan seperti kekacang, brokoli, dan kobis.

Makanan-makanan ini bukan sahaja lambat dihadam malah semasa dalam perut ia juga akan mengeluarkan gas sulfur yang akan bergerak hingga ke dalam usus lalu menjadikan perut anda kembung dan kelihatan buncit.

2. Selalu mandi selepas makan

Pernah tak anda dengar orang tua berpesan supaya jangan mandi sejurus selepas makan? Kalau nak mandi, mandi sebelum makan. Bukan sebaliknya.

Mungkin kedengaran mengarut pada anda, tapi percayalah bahawa ianya sedikit sebanyak adalah benar. Jika anda amalkan tabiat mandi selepas makan, perut anda akan menjadi buncit. Oleh itu, kalau nakkan perut yang leper dan cantik, elakkan mandi selepas makan.

3. Suka tidur selepas makan

Selain jangan mandi selepas makan, dari kecil lagi kita suah diajar supaya jangan terus tidur selepas makan. Malah semasa kecil dahulu, kami ditegah daripada berbaring selepas makan dikhuatiri akan tumbuh kura-kura di dalam perut. Yang sebenarnya kura-kura yang dimaksudkan ialah perut buncit.

Selepas makan, anda sepatutnya mengaktifkan diri seperti membasuh pinggan, mengemas dapur, dan sebagainya. Kalau anda makan di luar, selepas makan bolehlah berjalan-jalan sambil window shopping supaya perut anda tidak menjadi buncit.

punca perut buncit
Sumber: Hellosehat

4. Suka makan bersulam minum air

Punca perut buncit yang seterusnya ialah tabiat banyak minum air semasa makan. Kalau diperhatikan, orang tua zaman dahulu biasanya akan makan sehingga habis sebelum minum air.

Ia merupakan salah satu daripada petua untuk mendapat perut yang kempis, cantik, dan tidak membuncit. Namun petua ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana sejak kecil kita sudah membiasakan diri makan sambil minum.

Namun, kalau anda perasan perut sudah mula membuncit, bolehlah cuba ubah tabiat suka minum sambil makan yang boleh menjadi punca perut buncit.

5. Makan terlalu banyak

Rasanya semua orang pun tahu bahawa tabiat makan terlalu banyak boleh menyebabkan perut anda menjadi buncit dan masalah berat badan terlebih, malas obesiti.

Tabiat pemakanan yang terbaik ialah dengan cara mengamalkan sukatan suku, suku, separuh iaitu suku karbohidrat, suku protein, dan separuh sayur. Malah Rasulullah menyuruh kita berhenti makan sebelum kenyang. Pemakanan yang baik bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit malah akan menjaga kesihatan usus supaya dapat berfungsi dengan baik.

6. Gangguan pada sistem usus

Punca perut buncit yang seterusnya ialah gangguan pada sistem usus. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa anda mempunyai masalah gangguan pada usus kerana tidak sedar simptom-simptom yang ada pada badan. Salah satu daripada simptom masalah usus terganggu ialah perut buncit. Yang peliknya, perut anda tidak akan buncit sentiasa, ada kalanya ia akan kempis.

Jika masalah perut buncit anda adalah berpunca daripada gangguan pada sistem usus, biasanya perut anda akan menjadi sangat buncit pada sebelah petang. Apa yang anda boleh lakukan sekiranya anda mempunyai masalah gangguan pada sistem usus? Anda boleh mulakan dengan mengelakkan bijirin yang tinggi serat seperti:

  • Roti bijirin penuh ( wholemeal )
  • Oats
  • Muesli
  • Biskut penghadaman ( digestive biscuit )
punca perut buncit
Sumber: Indomedia

7. Alahan kepada gluten atau penyakit Seliak

Punca perut buncit yang seterusnya ialah disebabkan oleh alahan kepada gluten atau juga dikenali sebagai penyakit Seliak. Jika anda merupakan salah seorang daripada pesakit tersebut, badan anda akan memberikan reaksi terhadap makanan yang dibuat daripada:

  • Barli
  • Gandum
  • Rai ( gandum hitam ).

Oleh itu, elakkan daripada makanan yang beritan. Kebiasaannya, masalah alahan kepada gluten ini menyerang golongan kanak-kanak namun orang dewasa yang berada pada umur pertengahan juga berisiko untuk mendapat masalah ini. Selain perut buncit, di antara simptom lain penyakit Seliak ialah:

  • Cepat penat
  • Kehilangan berat badan tanpa sebab
  • Sering sakit di bahagian abdomen

8. Hormon progesteron aktif dalam badan

Perasan tak, menjelang haid perut anda akan menjadi buncit. Ini berlaku kerana hormon proesteron dalam badan anda menjadi aktif. Selain perut buncit, kesan lain keaktifan hormon progesteron akan menyebabkan anda mengalami keadaan berikut:

  • Mood swing
  • Sembelit
  • Ketidak selesaan

9. Kanser ovari

Tahukah anda, kanser ovari juga merupakan salah satu daripada punca perut buncit? Jika anda perasan perut menjadi semakin buncit, perhatikan jika anda juga mengalami simptom berikut:

  • Kesakitan di bahagian abdomen
  • Tidak selera makan
  • Kesukaran membuang air kecil
punca perut buncit
Sumber: Universityobgynassoc

10. Kurang bersenam

Punca perut buncit yang seterusnya ialah kurang bersenam dan gaya hidup tidak aktif. Rajinkan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu.

Itulah dia punca perut buncit yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang makanan untuk diet punca obesiti dan piramid makanan

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.