Sakit buah pinggang merupakan antara penyakit yang paling ditakuti di dunia. Sebelum kami kupas tentang punca sakit buah pinggang, jom ketahui tahap-tahap sakit buah pinggang. Dalam dunia perubatan, terdapat 5 tahap kerosakkan buah pinggang iaitu:

  • Tahap 1: Kerosakkan pada buah pinggang tetapi kadar tapisan glomerular masih normal (>90mL/min/1.73m2)
  • Tahap 2: Sedikit pengurangan pada kadar tapisan glomerular(60-89mL/min/1.73m2)
  • Tahap 3: Pengurangan sederhana pada kadar tapisan glomerular(30-59ml/min/1.73m2)
  • Tahap 4: Pengurangan yang banyak pada kadar tapisan glomerular(15-29mL/min/1.73m2)
  • Tahap 5: kurang daripada 15mL/min/1.53m2
punca sakit buah pinggang

Sumber: Theconversation

Bagi mengelakkan penyakit buah pinggang, jom ambil tahu apakah puncanya dan cuba sebaik yang mungkin untuk mengelakkan:

1. Kerosakan kronik buah pinggang

Kerosakan buah pinggang kronik boleh berpunca daripada beberapa masalah buah pinggang seperti buah pinggang polisistik, jangkitan buah pinggang, penyumbatan arteri renal yang membekalkan darah kepada buah pinggang, penyumbatan di dalam salur kencing kerana batu karang atau ketumbuhan, penggunaan sesetengah ubat dalam jangka panjang dan kecacatan buah pinggang secara semulajadi.

2. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi adalah keadaan di mana berlakunya tekanan kuat pada salur darah yang menolak dinding arteri. Tekanan darah tinggi kronik boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan fungsi penapisan di dalam buah pinggang lalu menyebabkan berlakunya sakit buah pinggang.

3. Diabetis

Kandungan paras gula di dalam darah yang tinggi akan merosakkan buah pinggang dan menyebabkan keadaan yang dipanggil diabetes nefropati yang merupakan penyebab nombor satu kegagalan buah pinggang. Satu pertiga pesakit diabetes mengalami diabetes nefropati.

4. Kurang minum air

Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin bahan buangan dari badan. Apabila kita tidak minum air kosong yang secukupnya, toksin dan bahan buangan akan mula berkumpul dalam buah pinggang dan boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

5. Pengambilan garam (sodium) yang terlalu banyak

Tubuh kita memerlukan garam untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. Bebanan yang terlalu tinggi akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

punca sakit buah pinggang

Sumber: Premiumtimesg

6. Suka menahan air kencing

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam. Tabiat suka menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang.

7. Pengambilan gula yang berlebihan

Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

8. Terlalu banyak makan ubat tahan sakit

Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

9. Pengambilan alkohol

Alkohol boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati. Tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang akan menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang.

10. Tidak mengambil vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan

Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang.

11. Pengambilan minuman berkafein secara berlebihan

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

punca sakit buah pinggang

Sumber: Worldatlas

12. Pengambilan minuman berkarbonat secara berlebihan

Seperti garam dan kafein, minuman bergas atau berkarbonat juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

13. Mengambil protein dari sumber binatang secara berlebihan

Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

14. Tidak cukup tidur

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik seperti insomnia selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita memperbaiki kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita perlu berikan masa tubuh kita untuk sembuh dan sembuh dengan sendiri tanpa gangguan.

punca sakit buah pinggang

Sumber: Interview

15. Punca-punca lain

Punca-punca lain penyakit buah pinggang adalah seperti berikut:

  • Nefrotoksin iaiatu bahan yang merosakkan buah pinggang seperti ubat tahan sakit jenis nonsterpodal anti-inflammatory drugs
  • Kurangnya aliran darah ke buah pinggang. Ssebagai contoh dalam keadaan seseorang itu dehidrasi ataupun mengalami tekanan darah yang sangat rendah
  • Protein dalam air kencing
  • Kolesterol tinggi
  • Pesakit kencing manis yang mempunyai bacaan gula tidak terkawal
  • Merokok
  • Cystic kidney disease
  • Tersumbat pada laluan keluar air kencing
  • Batu karang
  • Systemic lupus erythematosus
  • Endocarditis
  • Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna
  • Kerap makan seafood yang tinggi uric acid
  • Merokok
  • Obesiti

Itulah dia punca penyakit buah pinggang yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang gegata, simpton penyakit buah pinggang, dan petua hilangkan gastrik.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.