Dulu waktu kecil, selalu tak anda dimarahi oleh orang tua apabila kerap mandi malam? Katanya mandi malam akan menyebabkan anda menghidap penyakit paru-paru berair.

Adakah ianya benar atau sekadar mitos semata-mata? Istimewa untuk anda, kali ini kami akan kongsikan punca paru-paru berair yang pasti buatkan anda terkejut.

punca paru paru berair
Punca: Beritahati

1. Pulmonari Edema

Punca paru-paru berair yang pertama ialah disebabkan oleh Pulmonari Edema iaitu pengumpulan air secara berlebihan pada ruang tisu dan organ. Kesannya, paru-paru anda akan mula membengkak dan berair.

Keadaan ini berlaku kerana berlakunya kecederaan pada permukaan paru-paru dan kegagalan fungsi kiri jantung anda. Ini bermaksud anda mengalami paru-paru berair disebabkan oleh lebihan cecair dalam paru-;aru disebabkan oleh adanya pengumpulan cecair secara berlebihan dalam paru-paru anda.

2. Pneumonia

Punca paru-paru berair yang kedua ialah Pneumonia yang berlaku akibat radang dalam paru-paru. Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli.

Alveoli adalah bertanggungjawab dalam proses menukar gas oksigen dan karbon dioksida yang berada dalam tubuh badan. Paru-paru berair atau Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru di mana alveoli dipenuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya proses pertukaran gas-gas dalam badan anda akan terjejas.

3. Jangkitan bakteria atau virus

Patu-paru berair juga boleh menyerang anda disebabkan oleh berlakunya jangkitan bakteria atau virus pada paru-paru. Jangkitan bakteria atau virus dalam paru-paru akan menyebabkan paru-paru anda mengalami keradangan.

Jangkitan bakteria atau virus boleh berlaku disebabkan penyebaran melalui udara seperti bersin, batuk, atau hingus yang terbebas ke dalam udara. Apabila anda menyedut udara yang mempunyai bakteria atau virus tersebut, ia akan masuk ke dalam paru-paru lalu menyebabkan radang berlaku.

Di antara baktria dan virus yang boleh menyebabkan paru-paru berair ialah:

  • Streptococcus pneumoniae
  • Haemophilus influenza
  • Staphylococcus aureus
  • Moraxella catarrhalis
  • Kelbsiella
  • Mycoplasma pneumoniae
  • Chlamydia pneumonia
  • Legionella pneumophilia
punca paru paru berair
Sumber: Tinhoranding

4. Jangkitan kulat dan parasit

Selain jangkitan bakteria dan virus, kulat dan parasit juga boleh menjadi punca paru-paru berair. Di antara contoh parasit yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair ialah Toxoplasma gondii, Strongyloides stercoralis dan Ascaris. Kulat dan parasit boleh masuk ke dalam paru-paru anda melalui pelbagai cara. Di antaranya ialah:

  • Melalui udara. Apabila anda berada dalam udara yang tercemar dengan kulat atau parasit, ia akan masuk terus ke dalam paru-paru anda apabila anda bernafas.
  • Melalui makanan. Jika anda makan makanan yang tercemar dengan kulat dan parasit, ia akan masuk ke dalam sistem badan dan seterusnya masuk ke dalam darah anda. Apabila kulat dan parasit sudah memasukit sistem darah, ia boleh pergi ke mana-mana bahagian badan termasuk paru-paru dan otak.
  • Melalui kulit apabila anda tersentuh benda yang dijangkiti kulat atau parasit. Ia akan terus masuk ke dalam darah anda dan memasuki paru-paru.

5. Pneumona Nosokomial iaitu jangkitan semasa berada di hospital

Tahukah anda bahawa penyakit paru-paru berair juga boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan semasa berada di hospital. Keadaan ini dikenali sebagai Pneumona Nosokomial. Ia adalah keadaan di mana pesakit mengalami paru-paru berair selepas 72 jam dimasukkan ke wad atau selepas 72 jam keluar dari wad. Dalam kes ini, pesakit dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan penyakit lain namun akhirnya mendapat masalah paru-paru berair. Bagaimana ia boleh berlaku?

Apabila seseorang pesakit dimasukkan ke hospital dalam keadaan yang tidak sihat, daya tahan lawan penyakit atau antibodi individu tersebut akan berada dalam keadaan yang lemah.

Kadar imuniti yang rendah akan menyebabkan pesakit tersebut terdedah kepada jangkitan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit paru-paru berair. Risiko untuk mendalat jangkitan ini semakin meningkat sekiranya pesakit tersebut mendapat bantuan pernafasan secara mekanikal.

Di antara pesakit yang mempunyai antobodi dan imuniti rendah yang berisiko tinggi untuk mendapat Pneumona Nosokomial ialah:

  • Pesakit AIDS
  • Pesakit kanser
  • Pesakit buah Pinggang
  • Pesakit yang dirawat dengan Steroid
  • Pesakit yang dirawat dengan kemoterapi

Di antara baktria, kulat dan virus yang boleh menyebabkan Pneumona Nosokomial ialah:

  • Klebsiella
  • Pseudomonas
  • Enterobacter
  • Serratia
  • Methicillin Resistant Staphylococcus aureus (MRSA)
  • Cytomegalovirus
  • Pneumocystis jiroveci
  • Pneumocystis carini
  • Cryptococcus neoformans
  • Coccidioides immitis
  • Histoplasma capsulatum
  • Mycobacterium avium-intercellulare
  • Aspergilosis
  • Candidiasis
punca paru paru berair
Sumber: Hlskc

6. Bahan kimia merbahaya

Punca paru-paru berair yang seterusnya ialah bahan kimia merbahaya yang masuk ke dalam paru-paru apabila anda bernafas. Contoh bahan kimia merbahaya yang boleh menyebabkan penyakit paru-paru berair ialah racun serangga yang digunakan secara bebas dan meluas di negara ini.

Oleh itu, elakkan daripada berada dalam persekitaran yang tercemar dengan racun serangga seperti kawasan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.

7. Bahan asing yang masuk ke dalam paru-paru

Punca paru-paru berair yang terakhir ialah bahan asing yang masuk ke dalam paru-paru anda. Bagaimana ia boleh berlaku? Ia boleh berlaku disebabakan oleh:

  • Muntah yang masuk ke dalam paru-paru
  • Makanan termasuk ke dalam paru-paru
  • Isi perut termasuk ke dalam paru-paru

Kehadiran benda asing dalam paru-paru akan menyebabkan berlakunya radang malah bakteria yang masuk bersama akan merebak lalu menyebabkan berlakunya pengumpulan cecair dalam paru-paru lalu berlakunya masalah paru-paru berair.

punca paru paru berair
Sumber: Hellosehat

Itulah dia punca paru-paru berair yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca kanser dan punca berak berdarah

Rujukan Sumber:

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.