Panau nampak masalah enteng, sebenarnya boleh menjadi masalah besar. Info sebenar mengenai panau.

Panau selalu ada di muka, belakang badan, leher dan tangan. Biasalah panau boleh berlaku pada anak remaja. Budak-budak termasuk kita dahulu pun begitu, tidak menjaga pakaian.

Kadang-kadang lepas bersukan, sarung kaki tidak masuk terus ke dalam mesin basuh. Sarung kaki tu dibiarkan begitu untuk dipakai semula untuk bersukan hari seterusnya. Bukan sahaja kesihatan terjejas malah bau juga akan terjejas.

Di sini kami ingin berkongsi info punca-punca kita dijangkiti panau. Info ini kami ambil dari Dr. Suhazeli Abdullah.

Image via Facebook

Apakah Panau?

Panau ini berpunca dari sejenis jangkitan kulat atas kulit. Nama kulat itu adalah Malassezia. Dekat-dekat ejaan dengan si pesakit yang malas urus kebersihan pakaian. Memang kulat amat sukakan lembab dan tempat terlindung.

Nama penyakit dalam perubatan pula disebut Pityriasis Vesicolor. Tak payah hafal pun nama kulat ini. Sebut sahaja panau. Doktor yang melihat bentuk tompokan putih atas badan kita tidak perlu susah payah ambil sampel kulit atau darah bagai. Sekali tengok rupanya begitu terus boleh beri diagnosa panau.

Pun begitu, Doktor akan berhati-hati jika bentuk tompokan putih agak berlainan dan kawasan serangan “panau” itu berada di tempat yang tidak biasa. Panau biasanya berada di kulit belakang, dada depan, lengan dan betis. Jika bentuk tompok sama dengan panau tetapi kulit akan menebal dan tiada deria sentuh serta terletak di siku atau muka, kemungkinan ianya kusta. Jadi, Doktor wajib lakukan ujian lanjut termasuk torehan kulit.

Panau tidak bahaya, cuma gatal. Manakala kusta bahaya kerana boleh menyebabkan cacat.

Seseorang senang dijangkiti kulat Malassezia ini jika:

1. Menginap di negara panas dan lembab seperti negara kita Malaysia 

2. Anda kuat berpeluh yang menyebabkan badan senantiasa lembab

3. Keadaan kulit lembab dan pakaian yang sendat sehinggakan tiada pengudaraan sempurna boleh meningkatkan pembiakan kulat panau ini.

4. Sistem imuniti badan rendah seperti pesakit HIV, Kencing manis dan kurang zat makanan juga menyebabkan kulat senang tumbuh

Baik, panau ni boleh rawat ke? Ya boleh dirawat sepenuhnya. Cuma pesakit perlu banyak bersabar kerana rawatan memakan masa. Ada yang sembuh tempoh seminggu, tetapi ada yang sembuh berbulan-bulan. Ianya bergantung keterukan serangan kulat panau.

Kes ringan biasanya cukup dengan ubat sapuan luaran atau mandian sahaja. Jika teruk, ubat makan akan diberikan sekali.

*Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai panau, pergilah berjumpa doktor dapatkan nasihat daripada doktor. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diterbitkan dengan kebenaran penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Avatar

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.