Mulut berbau adalah masalah yang sangat memalukan. Mulut berbau akan menyebabkan anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri apabila berhadapan dengan orang lain.

Nak bercakap pun rasa macam nak tutup mulut. Bukan itu sahaja, orang di sekeliling juga akan berasa tidak selesa apabila bergaul dengan kita. Jom ketahui apakah punca mulut berbau agar boleh dielakkan.

punca mulut berbau
Sumber: dentistrytoday

Tidak memberus gigi dengan betul

Pastinya setiap hari anda akan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali iaitu pada waktu pagi dan malam. Ada juga yang memberus gigi dengan lebih kerap setiap kali selepas makan. Namun masih mendapat masalah nafas berbau. Kenapa? Ini berlaku kerana anda tidak memberus gigi dengan cara yang betul. Cara memberus gigi yang betul adalah seperti berikut:

  • Gosok bahagian luar gigi dengan cara meletakkan berus gigi pada sudut 45 darjah. Berus dengan lembut dalam gerakan membulat dan gerakkan berus di antara gigi dan gusi.
  • Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus gigi secara menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah dengan menggunakan hujung berus gigi.
  • Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, letakkan berus gigi bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.
  • Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan kehadapan dan ke belakang untuk mencapai bahagian belakang gigi.
  • Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah selama 10 saat.
  • Berus gigi sekurang-kurangnya dua minit.
  • Gunakan ubat gigi yang mempunyai florida.
  • Jangan gosok gigi dengan terlalu kuat dan kasar.
  • Selepas memberus gigi jangan terus berkumur. Beri masa kepada florida untuk meresap ke dalam gigi.

Masalah gigi

Punca nafas berbau yang seterusnya ialah masalah gigi. Jika gigi anda rosak, bergoyang, atau berlubang, ia akan menyebabkan anda mengalami masalah mulut berbau. Sebagai contoh, jika anda mempunyai gigi yang berlubang makanan akan termasuk dan tersekat di lubang tersebut. Sisi makanan yang termasuk ke dalam gigi berlubang akan mereput dan menjadi busuk lalu menyebabkan nafas anda berbau.

Penyakit gusi

Selain masalah gigi, penyakit gusi juga adalah punca nafas berbau yang mungkin ramai tak tahu. Ini kerana tahap kesedaran rakyat Malaysia ke atas kesihatan gusi adalah masih rendah. Di antara penyakit gusi yang boleh menjadi punca nafas berbau ialah:

  • Gusi bengkak
  • Gusi bernanah
  • Gusi yang senang berdarah
  • Gigi bergoyang
  • Gigi sensitif
  • Sakit pada gigi semasa mengunyah
  • Karang gigi
  • Plak
punca mulut berbau
Sumber: Caratrendi

Ulser mulut

Punca nafas berbau yang seterusnya ialah ulser mulut. Ulser mulut berlaku disebabkan luka dalam mulut dijangkiti Bakteria Helicobacter pylori lalu menyebabkan luka tadi berubah menjadi tompokan kecil yang dipanggil sebagai ulser. Jangkitan bakteria tersebut juga akan menyebabkan nafas anda berbau.

Tonsil

Apabila tonsil anda membengkak, dalam masa yang sama anda juga akan mengalami masalah mulut berbau. Oleh itu, jangan biarkan tonsilitis tanpa sebarang rawatan.

Demam

Apabila anda demam, nafas anda akan terasa panas dan berbau. Ini adalah perkara yang normal. Apa yang penting adalah anda kawal suhu badan agar tidak menjadi terlalu panas. Apabila demam anda hilang, nafas anda akan kembali seperti biasa. Tiada lagi nafas berbau.

Selsema

Selsema juga boleh menjadi punca nafas berbau. Ini kerana apabila anda selsema, terdapat hingus di dalam hidung anda. Hingus yang terkumpul akan menyebabkan nafas anda berbau.

Hidung tersumbat

Selain selsema, masalah hidung tersumbat juga adalah punca nafas berbau. Hidung anda akan selalu tersumbat sekiranya ada tinggal di kawasan yang sejuk atau pun berada dalam cuaca yang sejuk seperti bersalji atau musim hujan. Anda boleh mengurangkan masalah hidung tersumbat dengan memakai pakaian yang tebal dan banyakkan minum teh panas.

Masalah sinus

Mereka yang mempunyai penyakit sinus akan menghadapi masalah nafas berbau. Oleh itu, jika anda disahkan mempunyai masalah sinus, sila dapatkan rawatan untuk menghilagkan penyakit tersebut.

punca mulut berbau
Sumber: Tmb

Penyakit resdung

Pesakit resdung akan mempunyai masalah nafas berbau. Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan cara merawat resdung anda sehingga pulih.

Kafein

Tahukah anda bahawa pengambilan kafein setiap hari boleh menjadi punca nafas berbau. Ini adalah berita buruk bagi pencinta kopi dan teh. Jika anda mengalami masalah nafas berbau, pastikan anda berkumur dengan listerine atau makan gula-gula getah setiap kali selepas minum kopi atau teh.

Makanan pedas

Percaya atau tidak, makanan pedas juga boleh menjadi punca nafas berbau. Oleh itu, jika masalah nafas berbau anda agak teruk, elakkan makanan pedas sehingga masalah anda selesai.

Merokok

Tidak dinafikan bahawa perokok mempunyai nafas yang busuk dan berbau. Selagi anda merokok selagi itu nafas anda akan berbau. Sebaiknya berhenti merokok. Jika anda tidak mampu untuk berhenti merokok, pastikan anda berkumur dengan listerine atau kunyah gula-gula getah setiap kali selepas merokok.

Makanan berprotein dalam diet

Makanan berprotein juga akan menyebabkan nafas anda berbau. Ini kerana apabila makanan berprotein dicerna oleh perut anda, ia akan menghasailkan enzim yang menyebabkan nafas berbau. Di antara sumber makanan protein ialah ayam, daging lembu, ikan, dan sebagainya.

Makanan yang berbau

Punca nafas berbau yang terakhir ialah memakan makanan berbau seperti bawang, bawang putih, petai, kerdas, jering, dan sebagainya. Elakkan makanan berbau jika anda inginkan nafas yang segar.

punca mulut berbau
Sumber: Organicfacts

Itulah dia punca mulut berbau yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca senggugut punca cyst, dan punca gusi bengkak

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.