Kurap merupakan sakit kulit yang amat memalukan. Nak-nak lagi kalau ianya tumbuh pada bahagian tubuh badan yang boleh dilihat oleh orang lain seperti wajah, lengan, dan kepala.

Kurap boleh diubati namun akan mengambil masa yang agak lama. Oleh itu adalah amat penting untuk kita mengetahui apakah punca kurap agar ianya boleh dielakkan.

punca kurap
Sumber: Tribunnews

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, kurap merupakan
sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat yang dipanggil dermatophyte. Kulat ini bukan sahaja boleh menjangkiti kulit manusia namun ia boleh juga berjangkit pada kuku dan rambut. Jadi, apakah punca kurap?

1. Sentuhan

Punca kurap yang paling sering berlaku ialah disebabkan oleh sentuhan. Sentuhan yang dimaksudkan ialah pesakit mendapat kurap disebabkan berlaku sentuhan di antara anggota badannya dengan manusia lain atau binatang yang berkurap. Sebagai contoh, jika anda memegang kucing jalanan yang berkurap, kulat pada kurap kucing tadi boleh berjangkit kepada kulit anda dan menyebabkan anda mempunyai masalah kurap.

Oleh itu, elakkan daripada memegang kucing atau anjing liar yang kelihatan tidak bersih kerana dikhuatiri mempunyai kurap. Selain itu, jika ada ahli keluarga atau kenalan anda yang mempunyai masalah kurap, seeloknya kurangkan atau minamakan sentuhan dengan bahagian yang berkurap.

2. Jangkitan dari bahagian badan yang lain

Jangkitan dari bahagian badan yang lain juga boleh menjadi punca kurap. Ini bermaksud, anda boleh mendapat kurap disebabkan oleh jangkitan dari bahagian badan yang lain. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kurap di kaki. Kemudian, kurap dari kaki tadi akan berjangkit ke bahagian tangan dan menyebabkan anda mempunyai kurap di tangan. Jangkitan untuk jenis ini biasanya disebabkan oleh tabiat suka menggaru.

Keadaan yang biasanya berlaku ialah anda menggaru kurap di bahagian kaki. Kulat kurap tadi akan berada dibawah kuku anda. Kemudian apabila anda menggaru tangan yang gatal, kurap pada bawah kuku tadi akan berpindah ke tangan lalu menyebabkan anda mempunyai kurap yang baru di tangan.

3. Keadaan kulit badan yang sentiasa lembab

Punca kurap yang seterusnya ialah keadaan kulit badan yang sentiasa lembab. Di antara bahagian kulit badan yang selalu berada dalam keadaan lembab ialah celah kelangkang, bawah ketiak, bawah pelipat kaki, dan punggung. Kawasan tersebut menjadi lembab disebabkan oleh keadaannya yang sentiasa berlipat dan terlindung daripada cahaya matahari. Selain itu, kawasan tersebut juga selalu berpeluh.

Kawasan yang sentiasa berlipat, berpeluh, dan tidak mendapat cahaya matahari merupakan habitat yang baik untuk pertumbuhan kulat yang menjadi punca kurap. Inilah puncanya kenapa bahagian tersebut mudah terkena jangkitan kurap dan agak susah untuk dirawati. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda menjaga kawasan tersebut. Rajinkan diri untuk mengelap agar tidak selalu basah dan lembab.

punca kurap
Sumber: Nakita

4. Selalu memakai pakaian yang lembab

Tabiat suka memakai pakaian yang lembab juga boleh menjadi punca kurap. Pakaian yang lembab dan tidak kering akan menyebabkan kulit anda menjadi lembab. Seperti yang anda ketahui, kulit badan yang lembab merupakan persekitaran yang sangat disukai oleh kulat punca kurap. Semakin lembab kulit badan anda, semakin mudah dan cepat kulat membiak lalu menyebabkan kurap anda membesar dan merebak ke bahagian kulit yang lain.

5. Iklim atau cuaca yang lembab

Selain pakaian yang lembab, ketahuilah bahawa iklim atau cuaca yang lembab juga boleh menjadi punca kurap. Sebagai contoh, jika anda tinggal di kawasa tanah tinggi yang sejuk dan lembab seperti Cameron Highlands, risiko untuk anda mendapat kurap adalah lebih tinggi berbanding jika anda tinggal di kawasan yang kering dan panas. Begitu juga kisahnya pada musim tengkujuh yang lembab, anda akan lebih mudah untuk terkena jangkitan kurap.

Oleh itu, jika anda tinggal di kawasan yang lembab, pastikan anda mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dengan cara mengelakkan daripada memakai pakaian yang lembab dan tidak betul-betul kering. Pastikan juga anda selalu mengelap anggota badan yang berlipat dan sering berpeluh agar sentiasa kering dan tidka menjadi habitat kulat punca kurap membiak.

6. Berkongsi pakaian dengan pesakit kurap

Tahukah anda bahawa tabiat suka berkongsi pakaian boleh menjadi punca kurap tanpa anda sedari. Kebiasaannya, adik-beradik atau sahabat yang rapat akan bertukar-tukar pakaian dan berkongsi di antara satu sama lain. Namun mungkin tanpa anda ketahui, sahabat atau adik anda sebenarnya mempunyai kurap. Apabila dia memakai baju, kulat dari kurap tadi boleh berjangkit ke baju tersebut.

Apabila anda memakai pakaian yang dijangkiti tadi, kulat tadi akan melekat ke kulit badan anda lalu menyebabkan anda dijangkiti kurap. Membasuh pakaian yang sudah dijangkiti oleh kulat kurap tidak akan membunuh kulat tersebut. Oleh itu, berhati-hati jika anda jenis yang suka berkongsi pakaian.

punca kurap
Sumber: Cari

7. Membasuh pakaian yang bercampur dengan pakaian pesakit kurap

Punca kurap yang terakhir ialah membasuh pakaian yang bercampu dengan pakaian pesakit kurap. Sebagai contoh, salah seorang daripada ahli keluarga anda mempunyai masalah kurap. Apabila dia membasuh bajunya didalam mesin basuh dan bercampur dengan pakaian ahli keluarga yang lain, ahli keluarga yang lain mempunyai risiko untuk dijangkiti kurap juga. Oleh itu, jika anda dijangkiti kurap, seelok-eloknya asingkan baju anda semasa membasuh untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada orang lain.

Itulah dia punca kurap yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami hari ini, anda juga mungkin berminat untuk membaca tulisan kami tentang punca senggugut,punca cyst, dan punca gusi bengkak.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.