Jom kita kenali punca kolestrol dan simpton kolestrol tinggi mellaui artikel ini.Bahaya yang menterang kita tanpa sedar tahu.

Apa Itu Kolesterol?

Kolesterol adalah sejenis lemak (dikenali sebagai lipid) yang terdapat dalam darah untuk membantu tubuh badan anda berfungsi. Molekul kolesterol diangkut melalui darah dalam kapsul protein yang dikenali sebagai lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol yang utama iaitu:

  • Kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein) cenderung untuk termendap dalam pembuluh darah yang menyebabkan salur darah tersumbat dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kolesterol ini kebiasaannya digelar sebagai kolesterol jahat.
  • Kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) mencegah salur darah jantung dari tersumbat dengan mengurangkan mendapan kolesterol dalam saluran darah. Ia menurunkan risiko serangan jantung. Kolesterol ini pula digelar sebagai kolesterol baik.
kolesterol

Imej via jabar

Kolesterol penting bagi sel dalam badan anda. Kolesterol boleh dihasilkan daripada hati manusia. Namun, kolesterol juga boleh didapati daripada lemak yang berasaskan sumber haiwan.

Paras kolesterol yang tinggi boleh memudaratkan sehingga menyebabkan penyakit. Apabila paras kolesterol tinggi, ia akan berkumpul dalam arteri (pembuluh darah utama yang membawa darah dari jantung).

Pengumpulan kolesterol ini akan menyebabkan arteri anda menjadi sempit dan membuatkan darah sukar mengalir secara normal. Hal ini boleh membawa kepada pembekuan darah yang bahaya dan keradangan yang akhirnya menjadi serangan jantung dan strok.

Tanda-Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Darah

Sebenarnya, paras kolesterol yang tinggi tidak menjadikan anda sakit. Itulah sebabnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Hanya ujian darah sahaja yang boleh membantu anda mengesan tahap kolesterol dalam darah anda. Itulah sebabnya, anda sangat disarankan untuk menjalani ujian darah sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun.

Namun begitu, terdapat juga beberapa tanda yang mungkin berlaku akibat daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam darah, antaranya:

1) Kebas Kaki

Kaki sering kebas adalah salah satu gejala tahap kolesterol tinggi. Ini terjadi kerana salur darah tersumbat dan menyebabkan aliran darah ke kaki tidak lancar.

2) Sakit Dada

Apabila pembuluh darah sudah tersumbat, jantung tidak akan mendapat oksigen yang cukup dari darah. Oleh sebab itu, jantung terpaksa bekerja kuat untuk dapatkan bekalan oksigen yang mencukupi. Perkara ini akan menyebabkan anda terasa sakit di bahagian dada.

3) Mengantuk

Paras kolesterol yang tinggi akan menyempitkan pembuluh darah. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak berkurang. Hal ini menyebabkan anda kerap rasa mengantuk.

4) Bintik Putih Kekuningan Bawah Mata

Bintik putih kekuningan pada kulit terutama di bahagian bawah mata juga dikenali sebagai Xanthoma. Bintik ini terjadi disebabkan oleh penggumpalan lemak dan kolesterol yang tinggi dalam darah.

5) Letih

Badan anda memerlukan tenaga untuk melakukan pelbagai kerja. Dalam badan anda juga terdapat lemak yang boleh berubah menjadi tenaga. Tetapi, sekiranya kolesterol tinggi dalam darah, ia mengakibatkan bekalan oksigen tidak mencukupi untuk proses tersebut. Inilah yang menyebabkan anda terasa cepat letih.

6) Sesak Nafas

Sesak nafas boleh terjadi kepada orang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Ini kerana paru-paru tidak dapat bekalan oksigen yang mencukupi akibat kolesterol tinggi yang menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit.

7) Badan Tidak Seimbang

Pesakit kolesterol tinggi juga boleh mengalami masalah keseimbangan badan. Ini berkait rapat dengan masalah pembuluh darah yang tersumbat. Sekiranya terdapat pembuluh darah di bahagian otak yang tersumbat akibat kolesterol tinggi, saraf yang berperanan mengawal keseimbangan badan akan mengalami gangguan.

Punca Masalah Kolesterol

1) Pemakanan

gula

Imej via ediagnosa

Majoriti penyebab kenaikan tahap kolesterol dalam badan kita adalah berasal daripada gula, lemak tepu dan juga lemak trans yang diambil daripada makanan harian kita. Pengambilan makanan yang mengandungi kolesterol seperti telur dan makanan laut, hanya sedikit mempengaruhi bacaan kolesterol dalam badan.

Beberapa makanan yang perlu anda kurangkan untuk mengelakkan kolesterol jahat meningkat di dalam badan adalah:

  • Gula dan makanan manis
  • Ais krim
  • Majerin
  • Mentega
  • Pastri
  • Daging merah

Perlu diketahui bahawa gula itu sendiri tidak mempunyai kolesterol. Tetapi apabila ia memasuki badan, produk yang terhasil daripada metabolisma gula adalah Acetyl CoA. Acetyl CoA sepatutnya digunakan untuk menghasilkan tenaga. Namun, jika ia tidak digunakan oleh badan, ia akan ditukarkan samada menjadi kolestrol ataupun lemak.

Manakala pengambilan lemak seperti lemak trans dan lemak tepu juga akan meningkatkan kolesterol dalam badan jika ia tidak digunakan.

2) Gaya Hidup

merokok

Imej via jateng

Amalan gaya hidup yang tidak sihat juga menjadi faktor utama masalah kolesterol tinggi dalam darah. Kurang bersenam dan tidak aktif akan menyebabkan kadar LDL (kolesterol jahat) meningkat dan menurunkan HDL (kolesterol baik). Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan kadar HDL (kolesterol baik) menurun.

 3) Keturunan

Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah pesakit yang mengalami masalah kolesterol tinggi disebabkan keturunan (Familial hypercholesterolemia). Di dalam pesakit ini, terdapat genetik yang meningkatkan penghasilan kolesterol dalam badan dengan sendirinya

4) Usia & Jantina

Tahap kolesterol mula meningkat pada umur  20 tahun. Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa berhati dan berusaha untuk mengamalkan gaya hidup sihat apabila usia anda sudah mencecah 20-an untuk mengelakkan masalah kolesterol tinggi dalam badan.

Golongan lelaki juga lebih cenderung mengandungi tahap kolesterol yang tinggi berbanding wanita.

Kesimpulan

Banyak masalah kesihatan yang boleh diselesaikan dengan hanya mengubah corak pemakanan kepada diet seimbang dan juga mengamalkan gaya hidup yang sihat. Begitu juga dengan masalah kolesterol tinggi.

bersenam

Imej via blog

Selain daripada kekal aktif dan konsisten bersenam setiap hari, kesihatan kita sangat bergantung kepada apa yang kita makan. Sepertimana yang disebut oleh al-Harith bin Abi Kaladah, seorang ahli perubatan Arab, “Perut itu rumah bagi penyakit dan diet pula adalah ketua bagi segala penawar.”

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan punca Kolesterol yang dikongsikan? Anda dapat manfaat? Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:

Rujukan:

  1. My Health
  2. E-Kesihatan
  3. E-Diagnosa
  4. Maskulin

Penulis: Aniuna

Avatar

Seorang yang ingin memanfaatkan teknologi digital untuk berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.