Ibu-ibu hamil adakah pernah rasa sesak nafas dan sukat untuk bernafas? Perkara ini sangat mengganggu para ibu hamil. Apabila usia kandungan semakin meningkat dan perut semakin membesar, ibu hamil akan sukar bernafas dan susah untuk melakukan aktiviti harian.

Hal ini selalu berlaku kepada ibu hamil dan mengakibatkan sukar untuk tidur kerana tidak dapat mencari posisi tidur yang selesa. Kenapa perkara ini berlaku kepada ibu hamil dan bagaimana hendak mengatasinya?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 punca kesesakkan nafas semasa hamil dan cara mengatasinya. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

sesak nafas ketika hamil

Imej via Facebook

4 Punca sesak nafas semasa hamil

#1. Kekurangan oksigen

Semasa berbadan dua, oksigen yang ibu sedut bukan hanya untuk diri sendiri sahaja, tapi juga turut dikongsi bersama janin dalam kandungan. Disebabkan keperluan oksigen semakin bertambah, maka ibu harus menarik nafas sedalamnya supaya kekurangan oksigen tidak berlaku.

Keduanya, disebabkan peningkatan hormon progesteron semasa hamil, ia sekaligus menstimulasikan pusat pernafasan di bahagian otak hingga membuatkan udara yang masuk dan keluar semakin banyak.

Ini yang menyebabkan ibu mengalami keadaan kekurangan oksigen dan sesak nafas.

#2. Keradangan asma

Sekiranya anda pernah ada sejarah penyakit asma maka ia boleh membuatkan keadaan kalian semakin teruk semasa mengalami sesak nafas.

Bahkan, ia juga boleh menyebabkan ibu mengalami infeksi saluran pernafasan yang membuatkan keradangan di organ tersebut.

#3. Udara yang dingin atau sejuk

Udara yang terlalu dingin juga boleh menyebabkan ibu sesak nafas ketika hamil kerana metabolisme tubuh lemah dan mempengaruhi paru-paru hingga pernafasan jadi semakin sukar.

#4. Tekanan rahim

Sesak nafas ini juga boleh terjadi disebabkan tekanan rahim yang terus membesar terhadap paru-paru terutama jika anda mengandung kembar atau kantung ketuban dengan jumlah yang banyak kerana beban ini membuatkan ibu memerlukan kerja keras untuk bernafas.

Cara mengatasi sesak nafas semasa mengandung

Ini beberapa cara yang dapat mengatasi masalah ini:

1) Mengatur posisi duduk

Semasa menghadapi sesak nafas, duduk secara posisi menegak kerana ia bantu memberi ruang yang cukup bagi paru-paru supaya dapat mengambil oksigen yang diperlukan.

2) Mengatur nafas dan fikiran dalam keadaan yang lebih tenang

Jika sesak nafas yang dialami disebabkan oleh stres, sila ambil waktu untuk tenangkan diri. Kemudian tenangkan fikiran dan rilekskan tubuh.

Selain itu, ambil waktu untuk berehat dari kegiatan yang memenatkan tubuh anda seharian.

3) Pakai bantal tambahan

Apabila sesak nafas ini berlaku semasa ibu sedang tidur anda boleh menambah beberapa bantal untuk melegakan perasaan itu dan jika masalah ini semakin berlanjutan sebaiknya ibu berjumpa doktor.

Langkah pencegahan

– Jangan terlalu terburu-buru dalam pergerakan seharian kerana ia membuatkan jantung berdegup laju seterusnya udara keluar dan masuk jadi cepat hingga membuatkan anda sesak nafas.

– Buat olahraga ringan sahaja semasa mengandung dan tidak mengeluarkan banyak tenaga.

– Hindari stres yang boleh menyebabkan otak rasa sesak sekaligus nafas jadi susah. Seeloknya sentiasa menjaga fikiran dengan lebih tenang dan bahagia.

*Majoriti ibu hamil akan merasai kesukaran untuk bernafas kerana perut yang semakin membesar. Jadi, jangan pernah ponteng perjumpaan dengan doktor untuk memeriksa kesihatan kandungan dan ibu hamil. Ikuti jadual dan nasihat yang diberikan oleh doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asak di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.