Sembelit bukan sahaja sering berlaku kepada kanak-kanak malah ia juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang dihadapi oleh ramai orang dewasa. Sembelit ialah keadaan di mana kekerapan seseorang individu membuang air besar berkurangan dan mengalami kesukaran untuk membuang najis.

Kebiasaannya mereka yang sembelit akan mengambil julap untuk melegakan masalah tersebut namun tahukah anda bahawa penggunaan julap dengan terlalu kerap boleh menjejaskan kesihatan. Jika anda selalu sembelit, adalah sangat penting untuk anda mengetahui apakah punca sembelit agar anda boleh mengelakkan masalah tersebut daripada berlaku lagi. Di antara punca kerap sembelit yang paling selalu terjadi ialah:

punca kerap sembelit
Sumber: Hellosehat

1. Kurang mengambil serat dalam diet seharian

Serat atau fiber merupakan kumpulan makanan yang sangat penting kepada tubuh badan manusia. Kerap sembelit merupakan salah satu daripada kesan yang akan dialami oleh tubuh badan sekiranya anda tidak mengambil serat yang secukupnya dalam diet seharian.

Oleh itu, jika anda kerap sembelit, pastikan anda meningkatkan pengambilan serat. Di antara sumber serat yang terbaik ialah bijirin oat.

2. Kurang makan herba dan rempah ratus

Kurang makan herba dan rempahratus juga boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Ini kerana di antara fungsi herba dan rempah ratus ialah untuk membantu proses penghadaman dan mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam organ seperti hati, buah pinggang, perut dan limpa. Jika anda kerap sembelit, tingkatkan penggunaan herba dan rempah ratus seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar, jintan manis, halda campur, dan sebagainya ke dalam masakan anda.

3. Protein yang berlebihan dalam diet seharian

Mungkin info ini akan mengejutkan anda. Pengambilan protein secara berlebihan boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Ini kerana protein yang berlebihan akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu menyebabkan sembelit terjadi. Oleh itu kurangkan protein dan lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.

4. Trauma disebabkan oleh proses bersalin

Ibu yang baru bersalin mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengalami sembelit. Keadaan ini berlaku kerana ibu tersebut masih trauma dengan proses bersalin dan kesakitan yang dialami sepanjang proses tersebut. Trauma yang dialami akan menyebabkan ibu tersebut takut untuk membuang air besar. Jika keadaan ini berlarutan, ia akan menyebabkan najis menjadi keras lalu berlakunya sembelit.

punca kerap sembelit
Sumber: Vix

5. Kurang minum air

Punca kerap sembelit yang seterusnya ialah kurang minum air. Apabila anda tidak minum air kosong dengan secukupnya setiap hari, tubuh badana anda akan mengalami kekeringan dan kekurangan cecair. Kekeringan dan kekurangan air dalam badan akan menyebabkan anda mengalami sembelit. Oleh itu, pastikan anda minum air kosong yang cukup setiap hari.

6. Kurang zat besi dalam badan

Masalah kekurangan zat besi dalam badan juga adalah salah satu punca sembelit yang ramai orang tak tahu. Bagaimana kekurangan zat besi boleh menjadi punca sembelit? Apabila tubuh badan anda kekurangan zat besi, ia akan menyebabkan najis anda menjadi keras.

Najis keras adalah punca sembelit. Oleh itu, jika anda terlalu kerap sembelit, anda boleh elakkan ianya daripada berulang dengan cara meningkatkan zat besi dalam diet seharian anda. Di antara sumber zat besi yang baik ialah hati ayam, pedal ayam, hati lembu, kerang, ikan bilis, dan jambu batu.

7. Peningkatan usia

Masalah sembelit yang berulang biasanya sangat sinonim dengan golongan tua dan mereka yang berusia emas. Keadaan ini berlaku kerana semakin tua umur seseorang individu, tubuh badan akan menjadi semakin lemah malah organ dalaman termasuk sistem penghadaman tidak lagi dapat berfungsi dengan baik dan efisyen.

Oleh itu, jika anda seorang yang sudah berusia dan kerap sembelit, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air secukupnya setiap hari.

punca kerap sembelit
Sumber: Hellocaremail

8. Kurang bersenam

Punca kerap sembelit yang seterusnya ialah kurang bersenam dan tidak mengamalkan gaya hidup yang aktif. Jika anda malas bersenam dan cuma duduk sepanjang hari ti tempat kerja dan apabila sampai di rumah lebih banyak menghabiskan masa depan tv, anda mempunyai risiko untuk kerap mendapat sembelit.

Ini kerana mereka yang tidak aktif dan tidak bersenam akan menyebabkan masalah pergerakan usus yang lambat. Pergerakan usus yang lambat akan menyebabkan najis menjadi keras dan sembelit.

9. Tekanan perasaan atau stress

Tekanan perasaan atau stress juga boleh menjadi punca kenapa anda kerap sembelit. Keadaan ini berlaku kerana apabila anda stress, hormon dalam tubuh badan anda akan terganggu dan menjadi kucar-kacir.

Stress dan tekanan perasaan juga akan menyebabkan sistem tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan baik, termasuklah sistem pencernaan dan sistem penghadaman. Apabila kedua-dua sistem tersebut tidak berfungsi dengan baik, anda akan mengalami masalah sembelit.

10. Jarang membuang air besar

Sesetengah orang suka menahan diri daripada membuang air besar. Kadang-kadang ada yang tidak membuang air selama berhari-hari. Tabiat ini akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu terjadinya sembelit.

Oleh itu jika anda kerap sembelit, sila ubah tabiat buruk tersebut. Pastikan anda membuang air besar setiap hari. Sebaiknya, buang air besar sebaik sahaja anda bangun tidur setiap hari. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan keadaan ini dan menjadi tabiat setiap pagi.

punca kerap sembelit
Sumber: Himedik

Itulah dia punca pedih ulu hati yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca pedih ulu hati, punca bibir kering, dan punca ulser dalam mulut

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.