Bila sebut perkataan keputihan, terbayang cecair putih yang keluar dari kemaluan wanita. Keputihan adalah normal sekiranya ianya jernih, tidak berbau dan tidak menyebabkan kegatalan. Tapi awas jika keputihan anda bertukar warna dari putih kepada kekuningan atau pun kehijauan. Anda juga perlu melakukan sesuatu jika keputihan anda menyebabkan kegatalan dan ketidakselesaan serta mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Sumber Gambar: Remaja

Hari ini kami akan berkongsi tentang 20 punca keputihan yang ramai wanita tak tahu.

1. Tidak mencuci kemaluan dengan betul

Ramai wanita tidak mencuci kemaluan dengan cara yang betul selepas ke tandas. Cara yang betul ialah basuh dengan air, bukannya tisu. Dan basuh dari hadapan ke belakang. Jangan sesekali lap kemaluan anda dari  belakang ke hadapan.

Kenapa? Jika anda mengelap dari belakang ke hadapan, bakteria dari lubang dubur akan dibawa ke vagina. Ia adalah antara punca utama berlakunya keputihan.

2. Pencuci vagina

Anda menggunakan pencuci vagina ( feminine wash )? Tahukan anda bahawa pencuci wanita boleh menjadi punca keputihan tanpa anda sedari.  Jika keputihan anda berlaku selepas anda mula memakai pencuci vagina, sila berhenti. Dikhuatiri keputihan anda akan menjadi semakin serius.

Ini kerana pencuci vagina mengubah kadar PH vagina dan mengganggu flora yang ada.

3. Jamu atau insert

Berhati-hati dengan jamu yang membanjiri pasaran Malaysia pada hari ini. Pengambilan jamu boleh menyebabkan masalah keputihan. Lebih-lebih lagi yang jenis insert di mana anda perlu memasukkan jamu tersebut ke dalam vagina. Memasukkan benda asing akan mempengaruhi tahap kebersihan dan PH vagina. Malah boleh menyebabkan berlakunya jangkitan lalu berlakunya keputihan.

Sumber Gambar: Syafierayamin

4. Tidak mengeringkan kemaluan sebelum memakai seluar dalam

Berapa ramai di antara kita yang terus memakai seluar dalam semasa kemaluan masih basah? Tidak mengeringkan kemaluan sebelum memakai seluar dalam akan menyebabkan seluar dalam & vagina berada dalam keadaan lembab.

Persekitaran lembab menggalakkan pentumbuhan bakteria dan kulat lalu menyebabkan berlakunya keputihan.

5. Seluar dalam

Memakai seluar dalam yang sama dalam tempoh yang lama juga boleh menjadi punca keputihan. Bila seluar dalam dipakai dalam tempoh yang lama, ia akan menjadi lembab akibat peluh. Ia bukan sahaja akan menyebabkan keputihan malah menjadi punca kemaluan anda berbau.

6. Tuala wanita

Berapa ramai di antara kita yang tunggu tuala wanita penuh dengan darah sebelum ditukar dengan yang baru? Memakai tuala wanita yang kotor  adalah punca keputihan. Jika anda datang bulan, pastikan anda tukar tuala wanita setiap 4 jam walau pun belum penuh.

Ini kerana tuala wanita yang dibasahi darah haid sarat dengan bakteria & kotoran. Jika tidak ditukar setiap 4 jam, bakteria tersebut akan masuk ke dalam vagina dan menyebabkan keputihan.

7. Tampon

Tampon juga merupakan punca utama berlakunya keputihan yang teruk. Jika anda memilih untuk memakai tampon, bukannya tuala wanita, pastikan tampon yang digunakan adalah betul-betul bersih. Simpan di tempat yang bersih dan jangan lupa tukar setiap 4 jam walau pun belum penuh. Sama seperti tuala wanita.

8. Hubungan seks

Ramai wanita mengalami keputihan akibat tidak mencuci kemaluan selepas melakukan hubungan seks bersama suami. Selesai bersama, terus tidur sampai ke pagi tanpa pergi ke tandas untuk buang air kecil & mencuci kemaluan sehingga bersih.

Akibatnya? Bakteria akan terus masuk ke dalam dan menyebabkan jangkitan lalu berlakunya keputihan.

9. Hubungan seks semasa haid

Pernah tak anda baru suci dari haid, dah mandi wajib, lalu melakukan hubungan seks bersama suami. Selepas bersama, bila anda cuci kemaluan rupanya masih ada darah haid. Belum benar-benar bersih. Jika ianya berlaku, awas, anda mungkin akan mendapat keputihan.

Sumber Gambar: TheHealthSite

10. Hubungan seks sejenis

Hubungan seks bersama kaum sejenis bukan sahaja boleh menyebabkan keputihan malah ia juga boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit kelamin dan AIDS yang membunuh.

11. Bertukar-tukar pasangan

Bertukar-tukar pasangan seks merupakan aktiviti yang menyumbang kepada berlakunya keputihan.

12. Pengambilan gula yang berlebihan

Pemakanan juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada berlakunya keputihan. Pengambilan gula yang berlebihan adalah punca keputihan. Ini kerana gula merupakan makanan bagi bakteria & kulat. Lagi banyak gula masuk ke badan, semakin banyak makanan untuk bakteria  dan kulat membiak & beranak-pinak didalam vagina anda.

Sumber Gambar: SinarHarian

13. Perubahan hormon

Perubahan hormon disebabkan oleh mengandung dan kedatangan haid juga adalah di antara punca keputihan. Jika keputihan anda berlaku disebabkan oleh mengandung, sila pantau supaya ianya tidak menjadi serius kerana keputihan yang serius boleh menyebabkan jangkitan kuman di pundi kencing, uretra, buah pinggang, malah boleh menjejaskan kandungan.

14. Diabetis

Ramai yang tak tahu bahawa penyakit diabetis boleh menjadi punca kenapa anda mengalami keputihan.

Sumber Gambar: Diabetesvoce

15. Pil antibiotik atau steroid

Pengambilan ubatan seperti antibiotik dan steroid juga boleh menyebabkan anda mengalami keputihan.

16. Pil perancang keluarga

Pil perancang keluarga yang anda telan setiap hari boleh menyebabkan keputihan. Ini kerana ianya mempengaruhi hormon didalam tubuh badan.

17. Menopaus

Keputihan juga boleh berlaku disebabkan menopaus. Penipisan dan pengeringan rahim akibat menopaus akan menyebabkan
keluarnya cecair keputihan dari kemaluan anda.

18. Mandi buih

Anda suka berendam dalam bath tub dan mandi buih? Hati-hati. Ia boleh menjadi punca anda mengalami keputihan. Ini kerana semasa anda berendam, vagina akan  berendam sekali dan memberi peluang kepada bakteria serta kulat  untuk masuk ke dalam vagina lalu menyebabkan berlakunya keputihan.

Sumber Gambar: Youtube

19. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim

Jika anda seorang pesakit kanser, keputihan ialah di antara kesan sampingan yang akan anda alami.

20. Radang pelvik

Selain kanser, radang pelvik juga boleh menyebabkan berlakunya keputihan.

Itulah dia 20 punca keputihan yang ingin kami kongsikan untuk hari ini. Semoga ianya bermanfaat buat anda. Insya Allah di masa akan datang, kami akan kongsikan tips dan petua untuk menghilangkan keputihan pula.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.