Kehamilan berlaku apabila sel sperma lelaki bertemu dengan sel telur wanita. Ramai yang tahu mengenai proses ini kerana telah belajar ketika sekolah menengah di subjek sains. Ilmu ini adalah pengetahuan am dan semua orang perlu tahu.

Kehamilan bukanlah satu perkara yang bahaya tetapi ia bahaya apabila berlakunya kandungan luar rahim. Kandungan luar rahim amat merbahaya bagi ibu hamil kerana ia boleh mengakibatkan kematian kandungan atau ibu hamil itu sendiri jika tidak dirawat awal. Kandungan tersebut semestinya tidak dapat diselamatkan dan perlu dibedah keluar ibu hamil.

Hal ini amat menyedihkan tetapi begitulah yang terjadi. Sebelum berlaku apa-apa, lebih baik kita tahu punca mengapa berlakunya kandungan luar rahim.

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai punca-punca kandungan luar rahim. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

punca kandungan luar rahim

Imej via story.motherhood

Punca Kandungan Luar Rahim

Punca kepada masalah ini masih tidak jelas. Tetapi terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk seseorang mengalami masalah ini. Ia adalah:

👉Sejarah mengandung luar rahim sebelum ini

"

👉Jangkitan kuman di kawasan reproduktif

👉Rawatan kesuburan: Terdapat kajian menunjukkan mereka yang membuat rawatan kesuburan lebih berisiko untuk mendapat kandungan luar rahim

👉Merokok

👉Sejarah pembedahan bahagian perut

👉Masalah endometriosis

👉Masalah fibroid

Tanda-tanda kandungan luar rahim

Terdapat beberapa tanda kandungan luar rahim iaitu :

👉Sakit yang teruk dibahagian abdomen, bahu dan leher

👉Mempunyai pendarahan daripada vagina

👉Rasa pening kepala ataupun pengsang

👉Dada berdebar-debar

*Ibu hamil perlu pergi ke klinik dan berjumpa dengan doktor mengikut jadual yang diaturkan. Pentingnya ibu hamil untuk periksa kandungan mereka setiap bulan bagi memastikan kandungan selamat dan sihat. Jika berlaku tanda-tanda kandungan luar rahim, cepat-cepat pergi berjumpa doktor. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.