Mencari tahu punca hidung berdarah? Teruskan pembacaan anda di artikel ini kerana kita akan sama-sama berbincang bagaimana hidung berdarah terjadi dan apa punca yang menyebabkan gejala ini masih berlaku hingga ke hari ini.

Sebelum kita terus siasat apakah punca hidung berdarah mari kita kenali anatomi hidung dahulu. Hidung adalah salah satu organ dalam sistem pernafasan yang mempunyai banyak saluran darah.

punca hidung ebrdarah

Imej via upmc

Hidung berdarah atau dalam bahasa perubatannya dikenalli sebagai epitaksis adalah situasi dimana kapilari (salur darah kecil) di rongga hidung pecah dan menyebabkan darah keluar dari rongga hidung.

Epitaksis dibahagikan kepada dua iaitu pendarahan dibahagian hadapan hidung (‘nosebleed anterior’)  dan satu lagi dibahagian belakang hidung (“nosebleed posterior”).

Hampir 90 peratus mereka yang mengalami pendarahan hidung adalah pendarahan bahagian hadapan. Pendarahan dibahagian hadapan hidung selalunya melibatkan hanya sebelah rongga hidung dan ia mudah untuk diubati.

Manakala pendarahan dibahagian belakang hidung ia lebih serius dan merbahaya kerana biasanya ia melibatkan saluran darah yang lebih besar seperti arteri.  Pendarahan teruk dibahagian belakang hidung berupaya menyebabkan saluran pernafasan tersumbat dan darah tersebut boleh masuk ke dalam paru-paru.

10 punca Hidung Berdarah Anda Wajib Tahu

#1 Alahan atau jangkitan resdung

Hidung tersumbat akibat jangkitan yang menyebabkan kita menghembus hidung dengan terlalu kuat sehingga menyebabkan saluran darah di rongga hidung pecah dan menyebabkan pendarahan. Mereka yang menghidapi alahan resdung juga mengalami masalah saluran darah di hidung mudah pecah.

#2 Bakteria

Seperti yang kita sedia maklum lapisan kulit dibahagian agak nipis dan mudah terdedah kepada jangkitan bakteria. Selesema yang disebabkan jangkitan bakteria  boleh menyebabkan saluran darah mengembang dan pecah.

#3 Udara kering

Lokasi atau kawasan yang mempunyai udara kering boleh menyebabkan iritasi pada lapisan dalam hidung. Kelembapan yang rendah akan menyebabkan lapisan mukosa dan saluran darah mudah pecah dan terjadinya pendarahan.

#4 Tekanan perasaan atau depress

Apabila seseorang tertekan atau merasa cemas secara berlebihan akan menyebabkan saluran darah disekitar hidung kembang dan pecah.

Apabila seseorang merasa tertekan tekanan darah di dalam sistem badannya akan menjadi tinggi yang boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

#5 Kanser darah (Leukemia)

Kanser darah juga boleh menjadi salah satu penyebab pendarahan hidung.

#6 Trauma

Trauma boleh berlaku apabila seseorang itu suka mengorek hidung yang membawa kepada pembentukan ulser dan menyebabkan pendarahan. Trauma akibat ditumbuk pada bahagian hidung juga boleh menyebabkan pendarahan yang serius dan tidak terkawal.

#7 Pembekuan darah

Perbezaan pembekuan darah atau dalam terminologi perubatan dikenali sebagai hemofilia merupakan satu situasi dimana darah pesakit sukar membeku.

Kebiasaanya apabila seseorang luka selepas beberapa ketika darah akan membeku dan darah akan berhenti.

Tetapi bagi mereka yang menghidapi hemofilia darah mereka lambat membeku dan pendarahan akan terus berlaku.

#8 Kekurangan kalsium

Selain boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh akibat kekurangan kalsium, pendarahan hidung juga boleh berlaku dengan mudah.

#9 Tekanan darah tinggi

Bagi mereka yang menghidapi penyakit tekanan darah tinggi juga mempunyai kebarangkalian untuk menghadapi masalah hidung berdarah. Walaupun ia tidak kerap berlaku namun ia tidak mustahil.

#10 Keturunan

Penyakit von Willebrand merupakan penyakit genetik di mana darah seseorang penghidapnya sukar untuk beku. Sekiranya pesakit von Willebrand mengalami luka pada rongga hidung mereka akan mengalami kesukaran untuk menghentikan pendarahan tersebut.

5 Kaedah Rawatan Segera Menghentikan Pendarahan Hidung

Sekiranya ada diantara ahli keluarga mahupun sahabat yang mengalami pendarahan hidung anda boleh melakukan rawatan segera ini sebelum dirujuk kepada doktor.

  1. Duduk dan tunduk ke hadapan.

Sekiranya berlaku pendarahan hidung elakkan untuk panik sebaliknya tenangkan diri dan duduk di atas kerusi dalam posisi tunduk ke hadapan.

  1. Picit hidung

Picit batang hidung selama 5 hingga 10 minit dan bernafaslah menggunakan mulut. Letakkan pek ais atau ais yang dibaluti dengan tuala di atas hidung.

Letakkan pek ais itu di bahagian hidung antara kedua mata. Suhu rendah (sejuk) akan menyebabkan saluran darah mengecut dan sekaligus menghentikan pendarahan.

  1. Periksa pendarahan

Selepas 10 minit memicit hidung periksa sama ada darah masih keluar atau sudah berhenti.

10 punca hidung berdarah wajib kita tahu.

Imej via Youtube

  1. ‘Nasal Packing’

Sekiranya pendarahan hidung masih juga tidak berhenti selepas rawatan awal digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘nasal packing’.

Kain yang dibasahkan dengan ubat epinephrine dimasukkan ke dalam lubang hidung yang berlaku pendarahan.

Fungsi ubat epinephrine adalah untuk mengecilkan saluran darah supaya pendarahan hidung dapat dihentikan.

  1. Pembakaran saluran darah

Sekiranya pendarahan hidung tidak juga dapat dihentikan selepas anda mengambil inisiatif diatas, segeralah berjumpa dengan doktor dan dapatkan rawatan pembakaran salur darah untuk merawat pendarahan hidung.

Anda perlu berjumpa segera dengan doktor sekiranya anda mengalami situasi di bawah;

Pendarahan hidung berlaku dengan banyak.

Hidung kerap berdarah.

Hidung masih berdarah walaupun sudah memberi tekanan selama 20 minit.

4 Langkah Pencegahan Pendarahan Hidung

  1. Spray hidung terutamanya apabila cuaca sejuk dan kering
  2. Jangan hembus hidung atau bersin terlalu kuat.
  3. Jangan korek hidung terlalu kasar atau kuat. Bersihkan hidung dengan cara yang lebih tertib.
  4. Kurangkan makanan pedas kerana makanan pedas boleh menyebabkan iritasi pada lapisan hidung.

Sebenarnya pendarahan hidung ini merupakan satu situasi yang sering kita lihat dalam kehidupan seharian. Ia bukanlah satu peristiwa yang pelik.

Jadi amat penting untuk kita ambil tahu mengenai punca dan  kaedah rawatan segera bagi mengatasi pendarahan hidung.

Semoga dengan sedikit perkongsian info di dalam artikel ini dapat membantu mereka yang sedang mencari maklumat mengenai pendarahan hidung.

 

Rujukan :

Jemput juga baca tulisan lain kami mengenai kanser. Antara artikel kanser yang ditulis adalah kanser hati, kanser usus dan kanser darah.

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.