Demam denggi sememangnya sangat menakutkan. Lebih-lebih lagi demam denggi berdarah. Malah, doktor selalu memberi amaran bahawa jika anda mengalami demam denggi sebanyak dua kali dalam tempoh setahun, kemungkinan untuk anda meninggal adalah sangat tinggi.

Menakutkan, bukan? Oleh itu adalah sangat penting untuk anda tahu apakah punca demam denggi supaya ianya boleh dijauhkan.

punca demam denggi
Sumber: Nbcnews

Apakah yang dimaksudkan dengan demam denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti oleh virus tersebut. Anda akan mendapat demam denggi sekiranya digigit oleh nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Apakah punca demam denggi?

Setakat hari ini, cuma terdapat satu cara untuk anda dijangkiti oleh demam denggi iaitu dengan cara gigitan oleh nyamuk Aedes yang telah dijangkiti oleh virus demam denggi. Selagi nyamuk yang dijangkiti tersebut hidup dan terus menggigit manusia, semua manusia yang digigit oleh nyamuk tersebut akan mendapat demam denggi.

Terdapat empat jenis virus yang telah dikenal-pasti boleh menyebabkan jangkitan demam denggi iaitu:

  • Virus DEN 1
  • Virus DEN 2
  • Virus DEN 3
  • Virus DEN 4

Anda akan mengalami demam denggi sekiranya dijangkiti oleh salah satu daripada virus yang disebutkan diatas. Apa yang menakutkan, jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Jadi, jika individu tersebut tinggal di kawasan jangkitan demam denggi, dia boleh dijangkiti oleh virus yang lain pula selepas sembuh daripada demam denggi yang dialami.

Sehingga hari ini, tiada ubat khusus yang dapat merawat demam denggi. Oleh itu, sangat penting untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan sekiranya anda telah dijangkiti oleh demam denggi. Semua peringkat umur berisiko untuk mendapat demam denggi.

Bagaimanakah cara untuk mengenali nyamuk Aedes?

Nyamuk Aedes boleh dikenali dengan melihat pada badannya. Nyamuk Aedes mempunyai belang hitam putih pada kakinya. Nyamuk Aedes sangat aktif dan biasanya menggigit mangsa pada awal pagi dan waktu senja.

Ia membiak dalam air jernih yang bertakung sama ada di dalam atau pun di luar rumah. Apa yang paling menakutkan, kitaran hidup Aedes dari peringkat telur, jentik-jentik, kepompong hingga nyamuk dewasa hanya mengambil masa selama satu minggu sahaja.

punca demam denggi
Sumber: Increasebloodplatelets

Apakah tanda-tanda demam denggi?

Kira-kira 7 hari selepas anda dijangkiti oleh virus demam denggi, badan anda akan mula menunjukkan simptom-simptom berikut:

  • Demam kuat secara mengejut dan berterusan. Suhu badan anda akan menjadi sangat tinggi
  • Ruam merah pada kulit. Sekiranya anda mendapat denggi berdarah, akan ada darah yang keluar dari liang kulit anda
  • Sakit teruk pada tulang, otot, dan sendi. Anda akan rasa lenguh dan sakit badan yang teramat sangat
  • Sakit pada bebola mata
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Cirit-birit
  • Pendarahan pada badan, hidung dan mulut

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas, jangan berlengah lagi. Segera ke klinik untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Jika anda disahkan dijangkiti demam denggi, anda akan dikuarantin. Kawasan kejiranan anda akan disembur dengan kabus dan diwartakan sebagai kawasan jangkitan demam denggi.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes di kawasan anda?

Bagi kes demam denggi, mencegah adalah cara yang terbaik memandangkan masih belum ada ubat yang boleh mengubati demam tersebut. Mencegah bermaksud dengan cara mencegah nyamuk Aedes daripada membiak dan menjadi semakin banyak di kawasan kejiranan anda. Untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes, apa yang boleh anda lakukan ialah:

  • Pastikan semua bekas menyimpan air yang berada di dalam dan di luar rumah anda berada dalam keadaan bertutup supaya tiada peluang untuk nyamuk Aedes bertelur di dalamnya.
  • Seminggu sekali, cuci dan salin air yang terdapat dalam pasu bunga, alas pasu, kolah mandi, dan semua takungan air yang ada di rumah anda.
  • Pastikan saluran air hujan yang ada di bumbung rumah anda adalah bersih tanpa sebarang sampah, dan tidak menakung air.
  • Buang semua benda yang berpotensi untuk menjadi tempat metakung air seperti tayar, kaca, tin kosong, dan bekas plastik yang terdapat di kawasan rumah anda.
  • Seeloknya tanam semua benda yang berpotensi untuk menakung air.
  • Jangan lupa masukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas takungan air yang ada di rumah anda setiap 3 bulan. Di antara ubat pembunuh jentik-jentik yang biasa digunakan di Malaysia ialah Abate, Azai, Creek, dan Lavette. Ikut sukatan yang diberikan.
punca demam denggi
Sumber: Newsbeezer

Bagaimana cara untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa?

Nyamuk Aedes dewasa cuma boleh dibunuh dengan cara yang berikut:

  • Racun serangga (aerosol)
  • Semburan kabus (fogging)

Apakah petua untuk merawat demam denggi dengan cepat?

Memandangkan belum ada ubat untuk merawat demam denggi, tak salah kalau anda berusaha dengan petua orang lama. Di antara petua yang boleh anda amalkan ialah:

  • Minum air 100plus. Minuman isotonik ini akan membantu mengembalikan mineral dan elektrolit yang hilang dari badan anda akibat muntah-muntah dan cirit-birit.
  • Sup ketam. Sup ketam telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai petua untuk menyembuhkan demam denggi.
  • Jus daun betik. Rasanya sangat pahit namun bak kata orang tua, yang pahit itu adalah ubat. Ambil pucuk daun betik, rebus, dan kisar sehingga halus. Tapis dan ambil jusnya. Minum sehingga sembuh.

Itulah dia info tentang punca demam denggi yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang tanda gout dan tanda bisul

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.