Kenali punca batu karang dan tanda tanda awal batu karang yang boleh kita perhatikan.

Batu karang membawa maksud batu yang terbentuk di dalam saluran pembuangan air kencing iaitu daripada buah pinggang hinggalah ke bahagian pundi kencing.

Tetapi dalam istilah perubatan, nama penyakit tersebut berbeza-beza dan mempunyai simptom dan tempat kesakitan yang berbeza bergantung kepada lokasi batu tersebut.

batu karang

Sumber: Doktorvitamin

Jika batu itu berada di buah pinggang, istilah perubatan untuk penyakit tersebut adalah nephrolithiasis. Jika ia berada di dalam saluran ureter iaitu saluran yang menghubungkan buah pinggang dan pundi kencing, ia dinamakan sebagai ureterolithiasis. Tetapi semua istilah ini boleh di umumkan dengan menamakan penyakit tersebut sebagai urolithiasis. Iaitu batu di dalam saluran pembuangan air kencing.

Terdapat 4 jenis batu karang iaitu:

  • Calcium oxalate – merupakan 80 peratus batu karang yang terjadi hasil campuran dengan bahan kalsium. Bentuknya bercabang dan tajam.
  • Calcium phospate – 10 peartus batu karang yang terjadi akibta jangkitan kuman dalam air kencing yang bersifat alkali.
  • Asid urik – akibat dari serangan gout.
  • Cystin atau systine.

Terdapat pelbagai punca berlakunya penyakit batu karang. Di antara punca yang telah dikenal-pasti ialah:

1. Kurang minum air

Kurang minum air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu ini. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing. Perkara ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik

2. Pengambilan garam yang tinggi

Garam dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang. Natrium yang tinggi akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menjadi punca pembentukan batu karang.

batu karang

Sumber: Tribunenews

3. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan

Apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan melalui proses perkumuhan. Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.

4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6

Makanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang. Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing.

5. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan

Hypercalciuria adalah salah satu punca lain yang menyebabkan pembentukan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing. Ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah, dan sebagainya.

Anda dah tahu apakah punca penyakit batu karang. Sekarang kami akan kongsikan pula tanda-tanda batu karang yang mungkin anda tidak sedari. Di antara tanda batu karang ialah:

1. Sakit belakang

Batu karang yang bergerak melalui ureter dan tersekat akan menyebabkan saluran ureter mengembang dan menjadi punca sakit belakang yang teruk. Pesakit akan merasa sakit belakang di bahagian kiri atau kanan badan. Rasa sakit tersebut bergantung kepada tempat di mana batu karang itu berada.

batu karang

Sumber: Kipen

2. Sakit di sisi, dibawah tulang rusuk

Biasanya terjadi apabila batu dah besar dan menyekat aliran air kencing. Sakitnya boleh sampai ke telur zakar bagi lelaki. Kadang-kadang boleh rasa sakit itu bergerak ke depan apabila batu ditolak oleh air kencing. Ramai orang yang menghidap batu karang mengatakan sakit yang teramat sakit.

3. Kencing kotor

Kencing kotor juga merupakan salah satu daripada petanda anda mempunyai masalah batu karang. Kencing kotor datang dalam pelbagai simptom seperti kencing tak lawas, kencing yang terlalu kerap, air kencing menjadi keruh, air kencing berbuih, air kencing berbau busuk, dan kegagalan untuk mengawal aliran air kencing.

4. Sakit ketika buang air kecil

Selain daripada 3 tanda di atas, tanda lain bagi penyakit batu karang ialah sakit ketika membuang air kecil. Anda akan merasa pedih dan terbakar setiap kali air kencing keluar.

5. Kencing berdarah

Kencing berdarah bukanlah sesuatu yang patut dipandang ringan. Kencing berdarah boleh menjadi petanda pelbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya ialah batu karang.

6.  Loya dan muntah

Loya dan muntah juga merupakan tanda anda mengidap batu karang.

batu karang

Sumber: Salamati

7. kencing bernanah

Selain kencing kotor dan kencing berdarah, kencing bernanah juga merupakan tanda anda mempunyai masalah batu karang.

8. Sukar untuk kencing

Kesukaran untuk membuang air kecil bukanlah sesuatu yang normal dan ia boleh menjadi petanda anda mempunyai batu karang.

9. Demam menggigil

Demam menggigil juga merupakan antara tanda anda mengalami masalah batu karang. Anda akan demam secara tiba-tiba dan menggigil dengan kuat.

10. Tubuh badan menjadi lemah

Kehadiran batu karang dalam tubuh badan akan menyebabkan badan menjadi lemah, muka kelihatan pucat dan kulit menjadi kering. Adakalanya badan anda juga akan bengkak-bengkak terutama pada bahagian muka.

Batu karang yang tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan berlakunya komplikasi seperti

  • Boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan buah pinggang.
  • Jangkitan kuman  dan nanah dalam buah pinggang boleh menyebabkan terjadinya bisul. Jika tidak dirawat, pesakit aan mendapat ‘septicimea’ yang mana kuman tersebut merbak ke seluruh tubuh dan boleh menyebabkan kematian.
  • Kesakitan yang datang secara tiba-tiba boleh mengakibatkan seseorang itu hilang pertimbangan.
batu karang

Sumber: The fix

Itulah dia punca berlakunya batu karang dan tanda-tanda yang perlu anda perhatikan. Semoga perkongsian kami pada kali ini bermanfaat buat anda.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.