Cyst merupakan ketumbuhan dalam badan yang tidak mempunyai sel kanser. Cyst boleh tumbuh di mana-mana bahagian badan manusia, namun bagi kalangan wanita di antara cyst yang paling ditakuti ialah cyst yang tumbuh dalam ovari atau dalam payudara.

Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan punca cyst yang telah dikenal-pasti supaya anda boleh menjauhi perkara-perkara tersebut.

punca cyst
Sumber: Cellcode

1. Pil dan serbuk kolagen

Dewasa ini, pasaran di Malaysia dibanjiri dengan pelbagai produk kolagen dalam pelbagai jenama sama ada dalam bentuk pil atau serbuk. Rakyat Malaysia terutamanya wanita berlumba-lumba mengambil kolagen setiap hari dengan harapan supaya wajah menjadi muda dan kelihatan flawless. Namun tahukah anda bahawa pengambilan kolagen setiap hari adalah di antara punca cyst.

Bagaimana pengambilan kolagen boleh menjadi punca cyst? Apabila anda mengamalkan mengambil kolagen setiap hari, ia akan mengganggu hormon anda lalu menggalakkan pertumbuhan cyst. Inilah puncanya hari ini semakin ramai yang disahkan mempunyai cyst. Kalau anda mengamalkan kolagen setiap hari, tiba masanya untuk anda berfikir semula.

2. Hormon dalam haiwan ternakan yang dimakan setiap hari

Pastinya anda tahu tentang hal ini. Haiwan ternakan seperti ayam, lembu, dan ikan diberikan suntikan hormon supaya cepat membesar dan cepat dijual di pasaran untuk mendapatkan untung yang lebih. Suntikan hormon yang diberikan kepada haiwan ternakan terbabit akan kekal di dalam daging dan isinya dan akan masuk ke dalam tubuh badan manusia apabila dimakan.

Hormon untuk mencepatkan tumbesaran haiwan ternakan telah dikenal-pasti sebagai salah satu punca cyst. Oleh itu, sebagai alternatif anda boleh beli ayam organik atau ikan laut yang tidak diternak.

3. Suntikan antibiotik yang diberikan kepada haiwan ternakan

Selain hormon untuk mencepatkan tumbesaran haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan kambing, pengusaha haiwan ternakan juga biasanya memberikan suntikan antibiotik kepada haiwan ternakan mereka untuk mengelakkan daripada terkena penyakit berjangkit lalu menyebabkan mereka kerugian.

Tahukah anda, suntikan antibiotik yang diberikan kepada haiwan ternakan yang kemudiannya dimakan oleh manusia juga merupakans alah satu punca cyst yang ramai orang tak tahu.

punca cyst
Sumber: Hellosehat

4. Stress dan tekanan perasaan

Punca cyst yang seterusnya ialah stress dan tekanan perasaan. Gaya hidup kita pada hari ini yang penuh dengan kesibukan dan tekanan telah dikenalpasti sebagai salah satu faktor kenapa kes cyst di Malaysia khususnya semakin meningkat. Oleh itu, pastikan anda mampu untuk mengawal tahap tekanan perasaan yang dihadapi bagi mengelakkan risiko mendapat cyst.

5. Ketidak seimbangan hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh badan

Hormon dalam tubuh badan manusia sememangnya memainkan peranan utama dalam menentukan kesihatan individu tersebut. Hormon yang tidak seimbang dan bercelaru akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan termasuk pertumbuhan cyst dalam badan. Salah satu punca cyst yang telah dikenal pasti ialah lebihan hormon estrogen dan kekurangan hormon progesteron dalam tubuh badan.

Ketidak seimbangan di antara dua hormon tersebut yang tidak dirawat dengan segera dan dibiarkan berlarutan sehingga menjadi semakin serius akan menyebabkan cyst tumbuh di dalam badan anda. Jika masih tidak dirawat, ketidak seimbangan hormon tersebut akan menyebabkan cyst anda menjadi semakin besar.

6. Lebihan hormon Xenostogen dalam badan

Punca cyst yang seterusnya ialah lebihan hormon Xenoestrogen dalam tubuh badan. Hormon Xenostrogen adalah estrogen sintetik seperti estrohen palsu yang masuk ke dalam badan melalui makanan, minuman, dan juga persekitaran yang tercemar. Hormon Xenostrogen akan berfungsi seperti hormon estrogen lalu menyebabkan hormon extrogen tidak mampu berfungsi dengan baik.

7. Lambat menimang cahayamata

Menurut rekod, wanita yang lambat mengandung dan melahirkan anak mempunyain risiko yang lebih tinggi untuk mendapat cyst. Oleh itu, jika anda sudah agak berumur dan belum mempunyai anak, anda adalah di antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat cyst.

punca cyst
Sumber: Todaysparent

8. Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan bukan sahaja boleh menyebabkan anda berasa kurang yakin pada diri dan mengundang pelbagai penyakit, malah ia juga merupakan salah satu daripada punca cyst tumbuh dalam tubuh badan. Apabila anda mengalami masalah berat badan berlebihan, secara automatik anda akan mempunyai lebihan lemak di badan.

Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang dipanggil Endocanabinoid system. Apabila sistem ini diaktifkan, ia akan mengganggu fungsi-fungsi hormon dalam tubuh badan. Jika keadaan ini tidak dikawal, lama-kelamaan akan menyebabkan berlakunya radang. Radang akan menyebabkan ketumbuhan cyst malah sel kanser juga.

Oleh itu, jika anda mempunyai berat badan berlebihan, tiba masanya untuk anda mulakan cara hidup yang sihat dan menjaga pemakanan bagi mengurangkan risiko terkena cyst.

9. Merokok

Semua orang tahu bahawa merokok membahayakan kesihatan. Malah bahan kimia merbahaya yang ada dalam rokok juga boleh menjadi punca cyst. Jika anda tidak merokok, jauhi orang yang merokok kerana perokok sekunder juga akan mendapat bahana dari asap rokok yang disebut oleh paru-paru.

10. Genetik

Punca cyst yang terakhir ialah genetik. Sekiranya ibu bapa anda atau nenek moyang mempunyai sejarah cyst, kemungkinan besar anda juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat cyst. Seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis, cyst juga dianggap sebagai penyakit keturunan. Oleh itu, jika anda mengetahui bahawa ada ahli keluarga anda yang disahkan mempunyai cyst, elakkan semua punca cyst yang kami senaraikan di atas dan amalkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko anda mempunyai masalah yang sama.

punca cyst
Sumber: Creativewifeandjoyfulworker

Itulah dia 10 punca cyst yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Smeoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang punca susah dapat anak dan masalah rahim jatuh.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.