Ramai orang menyangka yang najis berdarah merupakan tanda buasir. Sebenarnya ramai orang tidak tahu yang najis berdarah boleh berpunca daripada penyakit atau masalah yang lain juga.

Ia mungkin berbahaya dan mungkin tidak. Bagaimanakah membezakannya? Apakah simptom dan puncanya? Bolehkah ia dirawati?

punca berak berdarah
Sumber: Dietdietsihat

Berak berdarah bermakna yang ada pendarahan berlaku pada saluran penghadaman. Warna darah menandakan bahagian saluran yang mengalami pendarahan. Darah yang berwarna merah cerah menandakan pendarahan berlaku dari bahagian pembuluh darah arteri. Ia terletak di bahagian yang sangat hampir dengan lubang dubur. Darah yang berwarna merah gelap pula menunjukkan adanya pendarahan pada bahagian yang lebih dalam iaitu bahagian awal usus besar atau bahagian akhir usus kecil. Warna darah yang hitam seperti tar juga adalah satu bentuk pendarahan dalam usus. Warna-warna darah ini berubah disebabkan oleh hasil proses tindak balas kimia.

Berak berdarah mungkin tidak disedari individu yang mengalaminya atau mungkin tidak mengalami apa-apa simptom. Namun, ada juga yang mengalami simptom-simptom berikut:

  • Sakit abdomen
  • Muntah
  • Rasa lemah
  • Sukar bernafas
  • Cirit-birit
  • Jantung berdebar-debar
  • Pengsan atau pitam
  • Kehilangan berat badan

Namun begitu, semua ini bergantung kepada keadaan pendarahan tersebut dan punca berlakunya pendarahan pada najis itu. Jika tidak serius, maka simptom-simptom di atas ini mungkin tidak dirasai oleh pesakit. Tetapi, jika punca pendarahan itu adalah serius, pesakit mungkin mengalami semua yang dinyatakan di atas.

Oleh itu, disenaraikan di sini beberapa punca pendarahan pada najis atau berak berdarah yang mungkin boleh hadir dengan simptom-simptomnya:

  • Penyakit divertikulum

Divertakula ialah yang muncul dari dinding usus besar. Divertakulum jarang menimbulkan masalah kecuali jika ia dijangkiti atau berdarah.

punca berak berdarah
Sumber: Hellosehat
  • Fisur dubur

Luka kecil atau koyakan pada tisu yang melapisi dubur. Ia menyerupai rekahan yang wujud pada bibir yang pecah-pecah atau luka kertas. Fisur biasanya berpunca dari pengeluaran najis yang besar dan keras yang menyakitkan.

  • Kolitis atau radang usus besar

Ini adalah keradangan pada usus besar yang biasanya berpunca dari jangkitan atau penyakit keradangan pada usus.

  • Angiodisplasia

Angiodisplasia ialah satu keadaan di mana pembuluh darah tidak normal yang rapuh menyebabkan berlakunya pendarahan.

  • Ulser peptik

Ulser peptik ialah sakit pada lapisan perut atau duodenum iaitu bahagian akhir lebih atas pada usus kecil. Kebanyakan ulser peptik berpunca daripada jangkitan dari bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter Pylori. Ulser ini juga boleh disebabkan oleh penggunaan ubat anti keradangan pada dos yang tinggi atau pada jangka masa panjang. Contoh ubat berkaitan ialah aspirin, ibuprofen, dan naproxen.

  • Polip atau kanser

Polip ialah tumor yang tidak berbahaya yang boleh tumbuh, berdarah dan menjadi kanser. Contohnya ialah kanser kolorektal di mana boleh menyebabkan pendarahan yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

  • Masalah Esofagus

Vena varikos pada esofagus atau koyakan pada esofagus boleh menyebabkan kehilangan darah yang teruk.

punca berak berdarah
Sumber: Hellosehat

Rawatan kepada berak berdarah adalah bergantung kepada tahap keseriusan penyakit yang menjadi puncanya. Bagi masalah berak berdarah yang bukan serius, ia boleh diselesaikan dengan rawatan ringkas dan mudah yang boleh dilakukan sendiri oleh pesakit. Contohnya, mengamalkan diet berserat tinggi bagi melegakan sembelit yang boleh menyebabkan fisur dubur. Pesakit juga boleh mandi air suam untuk melegakan fisur tersebut.

Bagi berak berdarah yang berpunca daripada masalah yang lebih serius, rawatannya adalah berupa ubat-ubatan dan pembedahan. Penyakit keradangan usus, misalnya, hanya memerlukan pesakit memakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor. Manakala penyakit seperti kanser usus memerlukan pesakit untuk menjalani pembedahan serta rawatan sampingan seperti kemoterapi dan radioterapi.

Ada beberapa jenis ujian yang dilakukan oleh doktor bagi mengenalpasti punca pendarahan atau berak berdarah yang dialami pesakit. Ujian seperti lavaj nasogaster akan membolehkan doktor untuk mengetahui sama ada pendarahan itu berlaku pada bahagian atas atau bahagian bawah saluran penghadaman. EGD pula ialah ujian yang dilakukan dengan memasukkan tiub berkamera menerusi mulut sampai ke esofagus sehingga ke perut dan duodenum. Doktor menggunakan ini untuk melihat sumber berlakunya pendarahan.

Satu lagi kaedah yang menyerupai EGD ialah Kolonoskopi. Bezanya, kolonoskopi dimasukkan ke dalam rektum untuk memeriksa usus besar. Kolonoskopi juga boleh digunakan untuk mengambil sampel tisu bagi tujuan biopsi. Jika kolonoskopi untuk memeriksa usus besar, enteroskopi pula adalah untuk memeriksa usus kecil. Bagi sesetengah kes, pesakit perlu menelan kapsul dengan kamera kecil di dalamnya. Kamera ini akan memancarkan imejke monitor video semasa ia melalui saluran penghadaman.

Satu lagi kaedah yang memerlukan pesakit menelan ialah X-ray Barium. Ia juga boleh dilakukan dengan memasukkannya ke dalam rektum.

Kedah lain termasuk pengimbas radionuklid, angiografi, dan laparotomi.

punca berak berdarah
Sumber: Lifestyle

Berdasarkan maklumat di atas, berak berdarah boleh jadi tidak serius dan membahayakan. Namun, ia juga boleh menandakan adanya masalah yang lebih besar sedang dihadapi oleh pesakit.

Oleh itu, adalah penting untuk seseorang yang mengalami beraj berdarah merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya menyedari ada pendarahan pada najis. Ini membolehkan doktor untuk mengesan penyakit dengan lebih awal jika ada dan mengambil tindakan segera untuk rawatan terbaik sesuai dengan keperluan pesakit.

Jemput juga membaca artikel kami seperti punca bisul punca batu karang dan punca sakit mata

Rujukan

Penulis: Samsiah Ahmad

Samsiah Ahmad

Merupakan salah seorang penulis di Bidadari.My. Berminat dengan ilmu kerohanian dan lukisan.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .