Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, autisme adalah sejenis gangguan yang berlaku kepada pertumbuhan dan tumbesar seseorang untuk jangka masa panjang yang memberikan kesan kepada pemikiran kanak-kanak dan dalam memproses informasi. Ia boleh berlaku kepada 1-2 orang dalam 1000 orang kanak-kanak.

punca autisme
Sumber: Raisingchildren

Autisme adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ Satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah ‘Asperger’s Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak yang terlibat dan kemahiran kognitifnya boleh menjadi normal. Untuk maklumat anda, autisme lebih kerap berlaku kepada anak-anak lelaki berbanding anak perempuan, iaitu 4 kali lebih tinggi.

Gejala-gejala autisme selalunya dapat dikesan sebelum kanak- kanak tersebut berumur 3 tahun. Di antara tanda dan simptom yang selalu ditunjukkan oleh anak autisme ialah:

  • Komunikasi. Dari segi komunikasi, anak autisme akan mengalami masalah seperti lambat bercakap, pertuturan yang tidak normal atau tidak boleh bertutur langsung. Selain itu, anak autisme juga biasanya menunjukkan bahasa tanpa lisan ( body language) yang tidak normal seperti berdiri tegak tanpa pergerakan anggota badan yang normal. Anak autisme juga kebiasaannya kurang cerdas semasa bermain berbanding anak yang normal. Mereka juga mengalami kekurangan upaya untuk bergaul atau berbincang dengan orang lain seperti yang sepatutnya.
  • Tindak balas sosial. Dari segi tindak balas sosial, anak autisme kebiasaannya akan mudah hilang tumpuan, kurang mimik muka, kurang atau tidak menunjukkan perasaan terhadap orang lain, suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain, dan suka bermain sendirian.
  • Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti. Anak autisme selalunya sukakan tingkah lau yang berulang. Sebagai contoh, mereka suka menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala. Mereka juga suka menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan. Anak autisme akan berasa sangat tertekan dengan perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran mereka. Lazimnya, anak autisme hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Jadi, apakah punca autisme? Setakat hari ni belum dunia sains masih belum dapat mengenal-pasti apakah punca autisme yang sebenar. Namun kajian mendapati anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di bawah mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi autistik:

1. Genetik atau warisan keturunan

Perkara ini telah diperkatakan sejak dulu lagi. Autisme dikatakan sebagai penyakit keturunan yang boleh diturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya melalui genetik.

Oleh itu, jika ada ahli keluarga anda yang disahkan sebagai autistik, anak lain dalam keluarga juga akan diperiksa kerana dikhuatiri mempunyai masalah yang sama. Begitu juga halnya bagi pasangan kembar.

Jika anda adalah seorang pesakit autisme, kemungkinan besar anak anda nanti juga akan mewarisi autisme melalui genetik daripada anda. Namun begitu usahlah anda bersedih, semua yang berlaku adalah ketentuan illahi. Tidak semestinya anak anda juga akan menjadi autistik seperti anda.

2. Kecelaruan genetik

Selain warisan keturunan, punca autisme yang seterusnya ialah kecelaruan genetik. Kajian menunjukkan bahawa dalam sesetengah kes autisme, berkemungkinan besar ianya adalah berkaitan dengan kecelaruan genetik seperti:

  • Sindrom fragile-X 
  • Sklerosis tuberos
  • Sedikit perubahan kepada genetik yang berfungsi menjaga perkembangan otak atau komunikasi sel otak
punca autisme
Sumber: Bristolautismaupport

3. Demam semasa mengandung

Kajian menunjukkan bahawa sekiranya seorang ibu mengalami demam semasa mengandung terutamanya semasa trimester kedua, ia meningkatkan risiko anak yang dikandung mengalami spektrum autisme.

Ia adalah hasil satu kajian yang diterbit oleh Jurnal Molecular Psychiatry di mana para penyelidik telah mengkaji hampir 100,000 orang ibu dan anak autisme di Norway yang dilahirkan antara tahun 1999 hingga 2009. 

Hasil kajian menunjukkan bahawa hampir 16% daripada ibu yang terbabit dengan kajian tersebut melaporkan bahawa mereka pernah demam sekurang-kurangnya sekali semasa tempoh mengandung. Namun belum diketahui apakah kaitan di antara demam semasa mengandung dengan autisme. Mungkinkah ia berlaku kerana jangkitan kepada janin atau disebabkan oleh ubat yang diambil semasa demam?

4. Pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada botol plastik

Punca autisme yang seterusnya ialah pendedahan ibu mengandung dan bayi kepada botol plastik yang boleh membahayakan kesihatan. Teori ini dibuat oleh Dr. Harvey Karp, iaitu seorang doktor dan penasihat kesihatan kanak-kanak. Menurut beliau, pendedahan ibu hamil kepada sesetengah kimia, seperti kimia endoktrin (EDC) adalah di antara punca berlakunya autisme.

Di antara contoh botol yang mempunyai kimia endktrin ialah:

  • Botol air plastik, botol susu, dan makanan dalam tin yang mengandungi BPA
  • Botol air plastik, botol susu, dan makanan dalam tin yang mengandungi phthalates

Menurut Doktor Harp, salah satu daripada fungsi hormon ialah untuk mengawal isyarat otak. Namun, EDC boleh memasuki otak bayi yang kecil, atau bayi dalam kandungan dan mengubah perkembangan otak mereka lalu menyebabkan berlaku kelainan kepada perkembangan otak bayi.

5. Ubat-ubatan

Sesetengah ubat yang diperskripsi oleh doktor kepada seorang kanak-kanak juga dikatakan boleh menjadi punca autisme. Di antara ubat yang telah dikenal-pasti ialah:

  • Thalidomide
  • Valproic asid 
punca autisme
Sumber: 3Dprint

6. Masalah biologi yang lain

Punca autisme yang tarakhir ialah masalah bilogi yang lain seperti:

  • Sindrom Down yang berlaku kerana kecelaruan genetik lalu menyebabkan kelewatan dalam perkembangan, keupayaan untuk belajar dan ciri-ciri fizikal yang tidak normal seperti tona otot yang berkurangan, hidung penyet, mulut kecil, dan tangan yang pendek.
  • Distrofi otot iaitu satu keadaan gangguan genetik yang mampu mengakibatkan otot menjadi lemah secara progresif dan kehilangan jisim otot. Genetik yang tidak normal tadi juga boleh mengganggu penghasilan protein, mengakibatkan masalah kesihatan otot.
  • Palsi serebrum merupakan satu penyakit kronik yang menjejaskan otak dan sistem saraf lalu menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan koordinasi.
  • Spasma infantil
  • Masalah metabolisme
  • Masalah sistem imuniti

Itulah dia punca autisme yang ingin kami kongsikan pada hari ini.
Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara mengajar anak membaca dan tanda anak lambat bercakap

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.