Ketahui 3 Punca Anak Suka Gigit Barang Dan Cara Mengatasinya

Anak kecil cukup sinonim dengan sifat ingin tahu dan  gemar meneroka. Walau bagaimanapun, dalam proses eksplorasi mereka terhadap dunia sekeliling, anak kecil ini juga sering kali menggigit barang atau objek yang bukan makanan.

Perkara ini kadang-kala mendatangkan kebimbangan dalam diri ibu bapa kerana sesetengah objek adalah berbahaya jika dimasukkan ke dalam mulut.

Apakah punca anak suka menggigit barang dan bagaimanakah cara untuk mengatasi perkara ini?

Foto Kredit : youandkids.com

PUNCA ANAK SUKA GIGIT BARANG

Berikut merupakan 3 punca anak suka menggigit objek yang bukan makanan dan tips bagi mengatasi masalah anak suka gigit barang.

1. GIGIT APABILA TIADA AKTIVITI

Apabila tiada aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak, ia akan menyebabkan anak berasa bosan lalu mula menggigit objek yang bukan makanan.

Cara mengatasi :-

  • Ibu bapa perlu mengajar anak untuk ‘mencari’ aktiviti lain bagi mengisi masa terluang mereka.
  • Beri anak permainan manipulatif yang boleh dimain sendiri oleh anak kecil ini agar masa terluang dapat diisi dengan sebaik-baiknya.

Foto Kredit : topsante.com

2. GIGIT KERANA TABIAT (HABIT)

Terdapat kanak-kanak yang tahu bahawa sesuatu itu adalah objek itu bukan makanan dan tidak boleh dimakan, namun masih menggigit objek tersebut.

Perkara ini berlaku kerana ia sudah menjadi tabiat (habit) dan kebiasaan anak dalam kehidupan seharian mereka.

Cara mengatasi :

  • Tegur anak dan ingatkan anak untuk berhenti gigit objek tersebut.

Foto Kredit : tabascohoy.com

3. GIGIT KERANA ‘SENSORY SEEKING’

Anak kecil yang menggigit objek bukan makanan kerana ‘sensory seeking’  pada kebiasaannya dapat diperhatikan pada anak autism.

Cara mengatasi adalah dengan memberi input sensori pada sekitar mulut anak secara berkala :

  • Beri alternatif yang lebih selamat seperti ‘Chewy Tubes’.
  • Lakukan ‘Oral Massage’.
  • Gunakan berus gigi elektrik untuk memberi ‘vibration’ dalam mulut anak.
  • Beri makanan keras, liat dan rasa yang kuat seperti pedas / masam.
  • Hisap dan kunyah kiub ais.
  • Lebihkan aktiviti proprioseptif.
  • Banyakkan aktiviti oral seperti meniup belon, meniup bubbles, meniup wisel, menggunakan straw, melakukan aktiviti ‘straw painting’ dan sebagainya.

BANTU ATASI MASALAH ANAK SUKA GIGIT OBJEK

Adalah normal untuk anak berumur 3 tahun ke bawah memasukkan objek bukan makanan ke dalam mulut. Walau bagaimanapun, ianya perlu diatasi agar tidak menjadi tabiat sehingga terbawa-bawa ke alam persekolahan dan dewasa kelak.

Diharap, perkongsian ini dapat meleraikan kerungsingan ibu bapa berkenaan masalah anak yang gemar menggigit objek bukan makanan.

Semoga dengan tips-tips yang diberikan, ianya dapat membantu ibu bapa bagi mengatasi masalah ini di kalangan anak-anak.

Siti 'Aisyah Rozali

Merupa seorang Occupational Therapist. Bertanggungjawab melakukan penilaian perkembangan bagi mengenal pasti jika anak anda ada kelewatan dalam kefungsian hariannya. Rajin berkongsi tentang perkembangan awal kanak-kanak. Boleh dihubungi Facebooknya.

Pendapat Anda?

comments

error: Content is protected !!