Mencari tempat menarik di Puau Pangkor? Pulau Pangkor merupakan salah satu tempat pelancongan di negeri Perak. Pulau Pangkor tidaklah sebesar Pulau Langkawi. Kawasannya kecil sahaja, malah anda boleh pusing keseluruhan pulau hanya dengan menaiki motor kapcai.Tetapi merupakan tempat kesukaan ramai.

Bentuk muka buminya berbukit-bukau. Datarannya masih dipenuhi kehijauan hutan. Penduduk di sini juga hidup dalam suasana kampung yang segar. Walaupun keluasannya tidak besar, namun terdapat banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di Pulau Pangkor.

20 Tempat Menarik Pulau Pangkor

1) Pulau Giam

Imej via tempatmenarik

Pulau Giam terletak bersebelahan dengan Pulau Mentagor, dan berhadapan dengan Teluk Nipah. Pantai Pulau Giam kecil sahaja namun dihampari pasir halus berwarna putih yang sangat cantik. Terdapat banyak batu besar terhampar di sekeliling pulau ini.

Untuk ke Pulau Giam ini, daripada Teluk Nipah anda boleh berkayak ataupun menaiki bot. Bagi anda yang sukakan cabaran, bolehlah berkayak untuk ke pulau ini. Air di sekitar pualu ini juga jernih. Jadi anda boleh bersnorkeling di sini.

2) Pulau Mentagor

Imej via papagetup

Anda boleh menaiki bot dari teluk Nipah untuk ke Pulau Mentagor. Anda akan menikmati pemandangan terumbu karang yang cantik di kawasan perairan Pulau Mentagor. Anda boleh bawa bekalan roti untuk memberi ikan makan sambal aktiviti snorkeling.

3) Pantai Teluk Nipah

Imej via pulau-pangkor

Antara kebanyakan pantai di Pulau Pangkor, Teluk Nipah adalah yang paling indah. Pantai ini terletak beberapa kilometer ke utara Pantai Pasir Bogak.

Pantai ini terpencil dan mampu mengekalkan kecantikan alam semulajadi. Pulau. Tidak seperti pantai lain, ia mempunyai batu karang dan gamat. Bagi pencinta burung, anda akan dapat menemui burung Enggang di pantai ini.

4) Pantai Pasir Bogak

Imej via tripadvisor

Pantai Pasi Bogak antara pantai yang menjadi tumpuan di Pulau Pangkor. Merupakan tempat menarik di Pulau Pangkor perlu anda pergi. Di sepanjang pantai ini sudah tersedia meja-meja untuk anda berkelah sambil melihat panorama indah Pantai Pasir Bogak ini. Di sini juga terdapat banyak gerai yang menjual makanan.

Antara aktiviti yang anda boleh buat di pantai ini adalah menaiki bot sambal merasai sendiri pengalaman menjala ikan. Selain itu, anda juga boleh bermandi-manda di pantai ni. Namun, hati-hati kerana dasarnya agak berbatu.

5) Pantai Puteri Dewi

Pantai Puteri Dewi yang juga dikenali sebagai Pantai Emas terletak 2 km dari Jeti Teluk Dalam. Ia juga dikenali sebagai Pantai Emas kerana keunikan pasir pantai yang kelihatan keemasan apabila matahari terbenam.

Pangkor Island Beach Resort yang menguruskan kawasan pantai ini telah membina tempat-tempat penginapan di sepanjang pantai. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti snorkeling, scuba diving, memancing, berkelah, mandi-manda dan aktiviti sukan air.

6) Teluk Ketapang

Imej via caingram

Teluk Ketapang merupakan sebuah pantai eksotik di Pulau Pangkor. Ia terletak di antara dua pantai, Pasir Bogak dan Teluk Nipah. Padang rumput hijau yang besar di sebelah jalan utama memisahkan pantai pasir dari jalan raya. Anda boleh bermandi manda di sini sambil melihat pemandangan Selat Melaka.

7) Teluk Segadas

Imej via pulau-pangkor

Teluk Segadas yang merupakan pantai kecil di sebelah selatan Pangkor. Ia dihubungkan ke seluruh pulau dengan laluan hutan kecil yang bermula di Teluk Gadong.

Ia adalah pantai kecil yang indah yang jarang dilawati pelancong asing. Namun, rakyat tempatan ramai yang berkhemah di sini. Tidak banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di sini sekiranya anda bercuti Bersama keluarga.

Ini kerana di sini, tiada kemudahan awam seperti gerai, tandas dan surau. Namun, sekiranya anda ke sini bersama sekumpulan rakan, anda boleh berkhemah dan melakukan aktiviti jungle tracking.

8) Teluk Gadong

Imej via pulau-pangkor

Teluk Gadong merupakan salah sebuah perkampungan yang terdapat di Pulau Pangkor. Di sini juga terdapat tempat bersejarah Batu Bersurat dan Kota Belanda.

Selain itu, antara yang menarik di Teluk Gadong adalah homestay terapung di atas air. Sekiranya anda rambang mata untuk memilih tempat penginapan di Pulau Pangkor, mungkin homestay terapung di Teluk Gadong ini boleh dipertimbangkan oleh anda.

9) Batu Bersurat

Imej via cuti

Batu bersurat ini terletak di Teluk Gadong dan hanya 100meter daripada Kota Belanda. Lorekan yang terdapat pada batu bersurat ini adalah gambar seorang kanak-kanak yang dilarikan oleh seekor harimau.

Mengikut kepercayaan orang ramai, batu ini digunakan untuk mengingati peristiwa di mana seorang kanak-kanak telah dimakan seekor binatang buas. Sebenarnya banyak versi lain lagi tentang kisah di sebalik gambar ini. Sehingga kini, fakta sebenar di sebalik lukisan pada batu bersurat ini menjadi misteri.

10) Kota Belanda

Imej via hmetro

Pulau Pangkor juga terdapat sebuah lokasi bersejarah peninggalan Belanda. Pihak Belanda yang datang ke sini telah membina gedung atau kubu yang bertujuan untuk menyimpan bijih timah pada tahun 1670. Orang Belanda pada masa itu menamakan kubu ini sebagai Kubu Dinding (Dingdingh) sempena nama Sungai Dinding yang terletak di hadapan Pulau Pangkor.

Tujuan lain pembinaan kubu ini adalah untuk menghalang pihak Inggeris daripada merampas pulau ini. Ini kerana, dalam masa yang sama, pihak Belanda sedang berperang dengan Acheh yang juga menjadikan Pulau Pangkor sebagai negeri di bawah naungan mereka.

11) Coral Bay

Imej via tripadvisor

Coral Bay terletak di Teluk Nipah, iaitu antara kawasan yang menjadi tarikan pelancong asing kerana pemandangannya yang cantik. Di sini, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan melihat pemandangan sewaktu matahari terbenam.

Pemandangan matahari terbenam di sini sangat cantic dan boleh menjadi memori indah bagi anda sepanjang melawat ke Pulau Pangkor.

12) Kuil Fu Lin Kung

Imej via petai

Tokong Fu Lin Kong ialah tokong Taois, agama yang mengikuti ajaran ahli falsafah tersohor Cina, Lao Tze. Tokong ini sangat kaya dengan kesenian arcanya. Saat masuk sahaja, anda pasti terpukau dengan pintu gerbang yang tersergam gagah. Di sekitar kawasan bawahnya terdapat beberapa kedai makanan dan cenderamata.

Di dalam kawasan tokong pula ada taman kecil yang lengkap dengan kolam. Ruang permainan untuk kanak-kanak juga turut disediakan. Berdekatan dengan tokong utama, ada satu laluan yang cukup menjadikan lokasi ini unik daripada kebiasaan.Di sinilah terletaknya Tembok Besar Mini. Anda tak perlu ke Tanah Besar China untuk merasai pengalaman berjalan di Tembok Besar China.

Selain itu, anda juga akan dapat melihat kesenian arca patung dan senibina tokong orang Cina di sekitar kawasan Tokong Fu Lin Kong.

13) Masjid Al-Badr 1000 Selawat

Imej via menarikdi

Kebiasaannya bila kita sebut masjid terapung, pasti akan teringat masjid di Terengganu. Tapi, bukan Terenggangu sahaja yang ada masjid terapung. Di Pulau Pangkor juga ada.

Masjid ini dibina pada 7 Mac 2014, Masjid Terapung Pulau Pangkor juga dikenali sebagai Masjid Al-Badr 1000 Selawat. Ia adalah hasil inspirasi daripada Menteri Besar Perak.

Binaan dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi yang menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid. Kos pembinaan masjid ini adalah RM11.6 juta dan siap pada tahun 2016.

14) Tortoise Hill

Imej via cushtravel

Tortoise Hill menjadi pilihan utama pelancong untuk melakukan aktiviti jungle trekking. Di sini, anda akan dapat melihat flora dan fauna yang eksotik seperti burung enggang dan pelbagai jenis bunga orkid yang jarang dijumpai.

Bagi anda yang gemar aktiviti outdoor, jungle trekking di Tortoise Hill wajib masuk dalam senarai aktiviti anda semasa di Pulau Pangkor. Ini kerana Tortoise Hill antara tempat semulajadi yang tidak disentuh di Pulau Pangkor.

Anda boleh merakam gambar spesies burung dan haiwan serta menyaksikan matahari terbenam di atas bukit. Anda juga boleh membawa makanan dan menikmati buku sambil duduk di bawah pokok yang rendang.

15) Kilang Hai Seng Hin

Imej via petai

Kalau ke Pulau Pinag, tidak lengkap sekiranya tidak memborong jeruk. Tetapi, di Pulau Pangkor, tidak sepurna jika anda tidak memborong hasil laut di sini. Antara kilang hasil laut yang terkenal di Pulau Pangkor adalah Kilang Hai Seng Hin ataupun nama terkenalnya Kilang Satay ini.

Disini anda boleh melihat bermacam hasil laut seperti ikan, sotong dan lain-lain dijual di sini. Yang paling meletup di Pulau Pangkor ni sebenarnya ikan bilis mata biru.Rugi kalau tak datang ke sini alang-alang dah sampai ke Pangkor, banyak sangat pilihan makanan laut di sini, bolehlah anda berkelah dengan keluarga selepas shopping di sini.

16) Kilang Hasil Laut Pak Su

Imej via facebook

Bagi pelancong Muslim, Kilang Hasil Laut Pak Su pasti menjadi pilihan untuk memborong produk makanan hasil laut. Menariknya Kilang Hasil Laut Pak Su, mereka tidak mengeringkan hasil laut dengan menjemurnya di tengah terik matahari.

Tetapi, mereka mengeringkan hasil laut di dalam bilik yang khas. Produk-produk hasil laut Kilang Pak Su terjamin kebersihannya. Selain itu, cara pembungkusan produk Pak Su juga amat bersih dan tidak hairanlah pada setiap bungkusan produk tertera Halalan Toyyiba.

17) Tukang Bot

Imej via tacosandtea

Di kawasan ini, anda akan dapat melihat aktiviti pertukangan dan pembuatan bot. Bot-bot yang diperbuat daripada kayu ini digunakan oleh nelayan untuk menagkap ikan. Anda akan dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana reka bentuk sebuah bot nelayan di sini.

18) Pekan Pangkor

Imej via petai

Pekan Pangkor tidaklah besar sangat. Anda boleh ke sini menaiki van pink comel yang menjadi salah satu benda unik di Pulau Pangkor. Di sini terdpaat kemudahan ATM sekiranya anda ingin mengeluarkan duit daripada akaun bank. Anda juga boleh membeli-belah ole-ole dari Pulau Pangkor di sini.

19) Jambatan Gantung

Imej via pulau-pangkor

Salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor adalah Jambatan Gantung. Jambatan itu terletak beberapa ratus meter di dalam hutan Pasir Bogak.Oleh itu, anda perlu berjalan kaki masuk ke hutan, kemudian baru anda akan menemui jambatan gantung ini.

Sebagai langkah keselamatan, anda tidak boleh berlari atau melompat-lompat di semasa meniti di jambatan ini. Dan perlu dihadkan sekitar 2-3 orang yang meniti jambatan ini dalam satu-satu masa.

20) Lumut Waterfront

Jika anda ingin pergi ke Pulau Pangkor, Lumut Waterfront adalah tempat persinggahan pertama dan terakhir sekali anda akan lalui. Disilah tempat menaiki feri ke Pulau Pangkor. Pemandangan di sini menarik dengan landskapnya.

Kalau anda datang awal pagi ke sini, dapatlah anda sekeluarga menikmati pemandangan matahari naik yang sangat indah. Bukan setakat ada pemandangan yang cantik, malah terdapat juga gerai dan restoran yang menjual hasil laut dan makanan.

Artikel Menarik Tempat Lain

Bagaimana dengan senarai tempat menarik di Pulau Pangkor yang dikongsikan? Anda teruja?

Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel tempat lain untuk di lawati.

Penulis: Aniuna

Penulisan sebagai medium berkongsi info dan ilmu kepada masyarakat. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.