Ada ibu yang sanggup bekerja saban hari sambil mengendong anak.
Ada ibu yang sanggup berhutang di kedai untuk memberi makan anak.
Ada ibu yang sanggup menebal muka pada jiran meminta secupak beras demi menyuap anak.
Ada ibu yang sanggup bergadai harta untuk membiayai pembelajaran anak.
Ada ibu sanggup bergadai nyawa demi kesihatan anak.

IBU

Imej via wajibbaca.com

Tapi kenapa anak-anak sekarang mudah sungguh lupa akan jasa dan pergorbanan seorang ibu? Sedangkan masa kecilnya sering menangis memanggil mahukan ibu sahaja? Tidak ingat langsungkah wahai anak suatu tika dulu akan jerih perih, penat lelah dan bertapa banyaknya air mata ibu yang tumpah dalam membesarkanmu?

Suatu ketika dulu…

Dialah anak kecil yang tidur disisi ibu.
Dialah anak kecil yang menyusu bersama ibu.
Dialah anak kecil yang makan disuap ibu.
Dialah anak kecil yang ketawa diagah ibu.
Dialah anak kecil yang sakit ditemani ibu.
Dialah anak kecil yang sekolah dihantar ibu.
Dan, kini bila dia sudah dewasa, hidupnya masih diiringi doa ibu.

IBU

Imej via utaranews.com

Namun, dia terus leka…

Dia leka dengan cantiknya bidadari baru disisinya.
Dia leka dengan comelnya anak kecil dimatanya.
Dia leka dengan besarnya kereta yang dipandunya.
Dia leka dengan indahnya rumah yang didiaminya.
Dia leka dengan tingginya pangkat yang disandangnya.

ANAK

Imej via global.liputan6

Sehingga kini, dia terus lupa…

Tak guna ilmu yang tinggi jika kita tidak mampu tunduk hormat kepada ibu.
Tak guna pangkat yang besar jika kita tidak mampu mencium tangan ibu.
Tak guna rumah yang indah jika kaki ibu pun tidak dibenarkan jejak.
Tak guna kereta yang mewah jika jasad ibu pun tak pernah dikunjungi.

Jangan dilupa akan ibu yang terlalu merinduimu, walau kita sudah punya keluarga sendiri. Rumah ibumu sudah bersawang menanti kunjungan anaknya. Teringin benar dia melihat dan memeluk tubuh anaknya yang mungkin sudah beruban kini. Sungguh hati ibu mentua pasti mahu menatap wajah suri hati yang menjadi peneman hidup anak kesayangannya kini. Sudah bertahun dapurnya tidak berasap memasak lauk-pauk penuh semeja buat cucu-cucunya yang mungkin sudah dewasa kini.

"
nenek dan cucu

Imej via thevocket

Walau siapa pun dia, dia tetap ibumu. Pulanglah kepangkuan ibumu selagi nyawa dikandung badan.

Jangan sampai matanya sudah tertutup rapat buat selama-lamanya, baru kita meratap sendu disisi tanah yang tiada ertinya lagi. Jika dia tiada nilai di dunia ini mana mungkin syurga itu di bawah telapak kakinya!

kubur

Imej via alkisahnabi

Penulis: Faz

Faz

Merupakan graduan Psikologi dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan sekarang memilih untuk menjadi surirumahtangga sepenuh masa demi keluarga. Seorang ibu yang sangat mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan kekeluargaan. Diharapkan dapat berkongsi ilmu seluas-luasnya dengan masyarakat melalui setiap penulisan yang ditulis. Klik sini untuk Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


error: Content is protected !!
.