produk hilangkan parut jerawat
Imej via [lifestyle-people]

Parut jerawat ataupun parut yang timbul akibat jerawat di wajah anda sebenarnya adalah risiko atau kecacatan yang harus anda titikberatnya. Mana tidaknya, wajah anda akan berparut disebabkan oleh parut jerawat yang kelihatan.

Jerawat yang disentuh atau dipicit akan mengeluarkan bisa dan kotoran sekaligus merosakkan sel kulit wajah anda. Ia akan menjadikan kulit anda berparut dan sukar untuk hilang. Sebelum mencari produk hilangkan parut jerawat dengan berkesan, baca tips ini dahulu!

Tips Pilih Produk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Berkesan

  • Ketahui masalah kulit wajah anda (Jika parut jerawat, kenalpasti ciri-ciri kulit anda dan parut jerawat anda)
  • Buat kajian produk yang sesuai digunakan untuk kulit wajah anda yang bermasalah
  • Pilih produk yang lebih serapan ke wajah anda seperti cecair serum, gel dan lain-lain lagi.
  • Pastikan anda memilih produk semulajadi yang tiada bahan kimia atau bahan larangan untuk mengelakkan kulit anda rosak atau breakout.
  • Jangan beli produk berjenama yang tidak diketahui ramai, timbang kilo ataupun produk tiruan. Pastikan produk pilihan anda benar-benar asli.

Pening kepala memikirkan masih adakah produk hilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan? Ya, jangan risau! Jom lihat 10 produk hilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan yang disarankan ramai ini.

1. Bio Oil

produk hilangkan parut jerawat
Imej via [saamionline]

Bio Oil adalah produk utama yang diyakini ramai bagi menghilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan. Ia membantu membaiki penampilan parut, stretch marks dan tona warna kulit yang tidak sekata. Selain merupakan produk penjagaan kulit pakar, Bio Oil mengandungi bahan PurCellin Oil, yang sangat berkesan untuk kulit penuaan dan dehidrasi.

2. T3 Pimple Gel

T3 Pimple Gel sangat mujarab digunakan bagi menghilangkan parut jerawat. Ia mengandungi minyak Pokok Teh Australia semulajadi dan tanpa pewarna. Produk hilangkan parut jerawat ini tidak berminyak dan amat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit muka berjerawat dan berparut. Segala kekotoran wajah akan dihapuskan dengan mudah dan pantas!

3. Acne Bar Soap Sendayu Tinggi

produk hilangkan parut jerawat
Imej via [sendayutinggi]

Siapa tidak kenal jenama ‘Sendayu Tinggi’? Salah satu produk hilangkan parut jerawat yang berkesan adalah Acne Bar Soap Sendayu Tinggi. Ia adalah sabun anti jerawat yang sesuai digunakan untuk kulit jenis berminyak, sensitif, jerawat dan lain-lain lagi. Kaya dengan aloe vera, epilobium angustifolium dan Hydrolize Collagen, ia juga berfungsi sebagai pelembab wajah disamping memudarkan parut jerawat.

4. Mederma

produk hilangkan parut jerawat
Imej via [shopee]

Anda boleh aplikasikan gel Maderma 1 kali setiap hari pada parut jerawat yang lama ataupun baru. Mederma sangat berkesan dalam memulihkan kulit wajah yang rosak kerana jerawat, terbakar, luka dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa pilihan Maderma dengan harga yang berbeza. Luka kecederaan lain juga dapat dipulihkan sekiranya anda kerap menggunakan Mederma.

5. Himalaya Clarina Anti-Acne Face Wash Gel 60ml 

produk hilangkan parut jerawat
Imej via [IndiaMART]

Produk hilangkan parut jerawat yang berkesan tidak lain tidak bukan adalah Himalaya Wash Gel. Himalaya Clarina Anti-Acne Face Wash Gel mempunyai ciri-ciri anti-radang, keratolitik (agen peeling), antioksidan dan sifat antibakteria, yang berfungsi mengawal jerawat.

Ia menyembuhkan luka, menghilangkan propionibacterium acnes, menghilangkan bakteria jerawat, memudarkan parut jerawat, mengatasi ekzema dan menghalang pengeluaran sebum yang berlebihan. Jom cuba produk hilangkan parut jerawat yang berkesan ini!

6. Oxy 10 Acne Treatment 

produk hilangkan parut jerawat
Imej via [amazon]

Jangan risau jika produk lain tidak berkesan, Oxy 10 Acne Treatment merupakan produk hilangkan jerawat yang berkesan dan perlu anda cuba. OXY 10 mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai Benzoyl Peroksida. Ia sesuai digunakan untuk semua lapisan umur dan semua jenis kulit wajah bagi mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat.

Anda boleh menggunakan produk hilangkan parut jerawat ini sejak remaja lagi seawal hormon anda sedang aktif. Ia adalah sebuah rawatan menghilangkan jerawat dan parut jerawat bagi kulit wajah anda.

7. Japan Acne Cream Scar Removal Face Cream Skin Care

produk hilangkan parut jerawat
Imej via [shopee]

Produk hilangkan parut jerawat buatan Jepun ini mengandungi formula anti jerawat dan anti radang. Ia mampu mencegah jerawat baru dan parut jerawat lama hanya dengan sapuan tipis ke kawasan jerawat. Selain itu, Japan Acne Cream Scar Removal Face Cream Skin Care ini juga dapat menutup liang pori-pori wajah dan melicinkan kulit.

8. BIOAQUA Pure Skin Anti-acne Serum

produk hilangkan parut jerawat
Imej via [lelong]

Sekiranya anda inginkan rawatan wajah pada kulit berjerawat dan parut jerawat, pakailah serum Bioaqua anti jerawat ini! Ia dapat memudarkan jerawat, melembutkan kulit kasar, menghapuskan kotoran dan memutihkan wajah. Pasti seronok jika kulit cerah tanpa jerawat.

Minyak kulit wajah yang menyebabkan jerawat juga akan hilang serta kulit menjadi lembab dan selesa. Ia merawat dari dalam dan luar kulit dengan lebih sempurna dan wajah akan bersih semulajadi.

9. T3 Acne Cleansing Bar 100g

produk hilangkan produk jerawat
Imej via [shopee]

T3 Acne Cleansing Bar adalah sabun T3 khas untuk menghilangkan kotoran wajah berminyak dan mencegah pembentukan jerawat disamping menghilangkan jerawat wajah. Doktor dan pakar juga ramai yang mengesyorkan T3 Acne Cleansing Bar ini.

Sabun dan bilas wajah anda dengan langkah mudah, kulit akan lebih bersih dan jerawat dapat dikurangkan. Ia diformulasi dengan agen bakteria yang berkualiti dalam melicinkan kulit dan menghalang pembentukan jerawat.

produk hilangan parut jerawat
Imej via [inglotcosmetics]

Itulah dia cadangan produk hilangkan parut jerawat yang harus anda pilih. Banyak produk yang berkesan tetapi anda perlu memilih berdasarkan kesesuaian dan kemahuan kulit anda. Jom baca Scrub muka terbaik, krim antifungal terbaik dan vitamin c terbaik juga.

Rujukan:

  1. Lazada
  2. Shopee
  3. Amazon

Penulis: zulrina

Avatar

Penulis yang bekerjaya di rumah. Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.