power bank terbaik
Imej via [sepulsa]

Sudah menjadi lumrah apabila kita hidup di dunia moden, semua serba canggih dengan adanya telefon pintar, komputer, sistem teknologi dan lain-lain lagi. Begitu juga situasinya kita memerlukan power bank untuk menghidupkan telefon dan mengekalkan volume bateri untuk kegunaan.

Selain dari telefon bimbit, anda mungkin juga ingin gunakan power bank untuk menambah bateri pada gadget anda yang lain. Tahukah anda, terdapat banyak jenis power bank yang berbeza di luar sana? Walaupun fungsi kegunaannya sama sahaja, tetapi kuasa dan kualitinya mungkin berbeza.

Faktor Pemilihan Power Bank [PENTING Sebelum Beli Power Bank]

power bank terbaik
Imej via [ProductNation]
  • Pastikan kualiti power bank yang anda pilih benar-benar bagus dan tidak bermasalah.
  • Dengar pengalaman dan tanya pendapat mereka yang lebih berpengalaman dan pernah menggunakannya.
  • Lihat jenama power bank, elak dari menggunakan power bank yang anda sendiri tidak pasti jenamanya.
  • Ketahui ciri-ciri dan spesifikasi power nk yang anda pilih. Pastikan semua kelengkapan power bank yang anda mahukan dapat anda nikmati.
  • Semak kapasiti power bank pilihan anda supaya anda lebih berbaloi menggunakannya.
  • Pastikan power bank yang anda beli mempunyai jaminan dan waranti pada masa akan datang.
  • Mendapat aksesori power bank seperti indicator charging, bateri, kabel dan lain-lain.
power bank terbaik
Imej via [bukalapak]

Banyak power bank terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia. Power bank buatan Malaysia dan luar negara masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Anda boleh memilih power bank terbaik berdasarkan kualiti, kesesuaian dan juga citarasa anda. Jom lihat senarai power bank terbaik untuk kegunaan anda dan berbaloi beli.

1. Pineng

power bank terbaik
Imej via [youbeli]

Terdapat banyak jenis power bank yang berjenama Pineng ini. Ia berbeza dari kuasanya dan juga kapasiti. Salah satunya adalah PINENG PN-969 20000mAh Lithium Polymer Power Bank yang bewarna putih dan hitam. Ia mempunyai kapasiti sebanyak 20000mAh dan lengkap dengan semua sistem kawalan mikro dan pintar.

Kini, ramai pengguna memilih power bank Pineng sebagai power bank terbaik kegunaan mereka. Anda boleh memilih pelbagai warna dan kapasiti mengikut citarasa dan kesesuaian penggunaan anda.

2. Super Slim Digital

power bank terbaik
Imej via [11Street]

Super Slim Digital adalah salah satu jenama power bank terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran. Kapasitinya sebesar 20000mAh serta kuasa bateri luar dwi USB Port, ia juga lengkap dengan skrin kuasa LCD Ultra Slim Powerbank dan bewarna pink.

Terdapat 7 perlindungan keselamatan pintar power bank terbaik ini iaitu pengisian kuasanya adalah cepat dan selamat, Bateri yang mendapat kelulusan MSDS (Lembaran Data Keselamatan Bahan), mod mengecas tidur dan banyak lagi. Skrin juga akan mati apabila anda mengecas telefon bertujuan untuk menjimatkan bateri dan anda boleh menekan butang ON untuk melihat hayat peratusan telefon anda.


3. Yoobao

power bank terbaik
Imej via [lelong]

Inginkan kuasa power bank terbaik yang lebih besar? Yoobao YB-PL12 Polymer Power bank mempunyai kuasa 12000mAh dan dual input micro usb. Anda boleh menggunakan power bank terbaik ini dalam jangka masa yang lama. Menariknya, ia sangat ringan dan slim walaupun original, mudahlah untuk anda bawa ke mana sahaja!


4. iWalk Chic

power bank terbaik
Imej via [banleong]

iWALK Chic yang merupakan power bank terbaik ini mempunyai 3 port USB dengan designnya yang sangat slim ini. Kuasa power bank sebanyak 20000mAh ini memudahkan anda menggunakannya dengan kelajuan kuasa yang optimum.

iWalk Chic mempunyai kualiti premium yang tinggi dimana ia lengkap dengan dengan Insurans Liabiliti Kualiti dan Jaminan Produk MFi Apple MFi sebanyak USD 2 juta. Ia juga dijamin boleh mengecas iPad Pro (1.4 kali), iPhone 7 (6.7 kali), 12 “Macbook (1.2 kali) dan Galaxy S7 (4.5 kali).

5. Xiomi

power bank terbaik
Imej via [geekbuying]

Power bank Xiomi yang diperbuat dari China ini sangat berkualiti dan amat laju mengecas. Anda boleh mengecas dengan laju secara dua hala. Terdapat Sokongan Quick Charge 3.0 (output port tunggal) serta Sembilan lapisan perlindungan cip litar bagi power bank terbaik ini. Anda boleh menekan 2 kali untuk mengecas dengan kuasa rendah.

6. Vivis

power bank terbaik
Imej via [MRuncit]

Power bank terbaik pilihan ramai pastinya adalah yang berkualiti dan mempunyai kuasa berganda. Dengan reka bentuk humanised serta USB Port dual yang mudah, Power Bank Vivis sesuai digunakan untuk anda mengecas dengan kuasa besar. Kapasiti polimer tinggi iaitu 17000mAh tidak menjadi masalah untuk kegunaan anda.

7. Samsung

power bank terbaik
Imej via [mytrendyphone]

Terdapat banyak jenis power bank berjenama Samsung yang terdiri daripada kapasiti, kuasa dan kualiti yang berbeza. Pastinya harga juga berbeza mengikut spesifikasi power bank yang anda inginkan. Power bank terbaik boleh anda gunakana adalah Samsung Power Bank 10000 MAH DUAL USB. Sudah pasti ia merupakan FAST CHARGE power bank!

8. Oppo

power bank terbaik
Imej via [offeroncall]

Tak semestinya beli power bank yang mahal, ada juga power bank murah yang sebenarnya power bank terbaik untuk anda. Oppo Power Bank berkapasiti sebanyak 10000 MAh ini amat murah dan berpatutan. Jangan risau akan kualitinya, ia memakan masa yang cepat untuk anda cas.

Power bank terbaik ini amat serasi dan sesuai dengan semua telefon mudah alih, iPhone, BlackberryTM, NokiaTM, iPad, Kamera Digital, PSP, ND, PDA, Mp3 / Mp 4 pemain, GPS, E-Lites dan juga rokok elektrik.

9. Sony

power bank terbaik
Imej via [lelong]

Sony ORIGINAL CP-V10B Portable USB Charger Power Bank mempunyai kapasiti 10,000mAh menjadi pilihan power bank terbaik rakyat Malaysia bagi jenama Sony. Ia didatangkan dengan pelbagai warna seperti hitam, putih dan biru.

Itulah dia 9 jenis power bank terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran. Walau bagaimanapun, buatlah pilihan yang sesuai mengikut citarasa, kualiti, kesesuaian telefon serta kegunaan anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kedai-kedai power bank yang terdapat di tempat anda.

Selain power bank terbaik, jom baca pula senarai Water Heater terbaik, Krim antifungal terbaik dan senarai sunblock Terbaik. Semoga bermanfaat untuk anda!

Rujukan:

  1. sifupowerbank
  2. monaliza
  3. Lazada

Penulis: zulrina

Meminati dunia perniagaan, travel dan makanan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.