Shopping Online sudah menjadi perkara biasa untuk masyarakat kita.
Hanya perlu pilih produk dan setelah selesai fasa pembayaran, bungkusan barangan tersebut akan tiba sehingga ke depan pintu rumah. Selalunya urusan penghantaran akan dilakukan oleh pihak Poslaju parcel hub.
Semua barang boleh di beli dengan menggunakan hujung jari.

Sejujurnya urusan membeli belah secara atas talian ini ternyata sangat mudah. Sebut saja apa jenis barangan yang diinginkan, semuanya ada untuk dibeli dengan harga yang amat berpatutan. Senang, cepat, tidak buang tenaga dan amat menjimatkan masa. 

Pembeli Perlu Sabar Tunggu Bungkusan Dari Poslaju Parcel Hub

Setiap bungkusan akan melalui pelbagai fasa sebelum selamat tiba di tangan pembeli. Untuk pihak Poslaju Malaysia, setiap bungkusan akan diasingkan sebelum di hantar ke Poslaju parcel hub mengikut lokasi si penerima. Poslaju parcel hub merupakan pusat agihan yang akan menghantar bungkusan itu mengikut alamat yang ada.

da juga kes di mana parcel yang dihantar lambat tiba. Perasaan resah si pembeli mula muncul bila parcel belum sampai. Pihak penjual yang telah menguruskan segalanya ikut merasa bimbang. Isu ini memang boleh berlaku.

Apakah Cara Untuk Mengesan Bungkusan Yang Belum Diterima?

parcel hub

Cara untuk mengetahui status untuk parcel yang belum diterima mudah saja. Anda hanya perlu pergi ke website utama milik Poslaju Malaysia dan masukkan nombor tracking. Setelah itu akan muncul ayat yang akan memberitahu status terkini berkaitan parcel anda tersebut.

Di sini akan disenaraikan maksud ayat untuk setiap status yang digunakan oleh pusat agihan Poslaju parcel hub ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam memahami tugas Poslaju parcel hub dengan lebih dekat lagi.

Maksud Untuk Semua Status Yang Digunakan Oleh Pihak Poslaju

1. Item posted over the counter

Bungkusan barang baru saja tiba di pejabat Poslaju. Pihak yang bertugas baru saja scan kod bar yang ada pada bungkusan untuk masuk ke dalam sistem.

2. Consignment received and processed from posting at Post Offices

Bungkusan telah diterima oleh pihak pejabat pos utama. Kini bungkusan sedang diproses mengikut poskod alamat si penerima.

3. Item dispatched out

Bungkusan telah mula di bawa keluar dari pejabat pos untuk dihantar ke pusat agihan utama mengikut poskod negeri yang ditulis oleh si pengirim.

4. Item processed

Bungkusan selamat tiba di pusat agihan mengikut poskod negeri dan sedang di proses.

5. Consignment dispatch out from Transit Office

Bungkusan keluar dari pusat agihan dan sedang dihantar ke Poslaju parcel hub terdekat sebelum dihantar kepada penerima.

6. Arrive at delivery facility at

Bungkusan baru tiba di Poslaju parcel hub terdekat.

7. Item out for delivery

Bungkusan telah di bawa keluar oleh posmen untuk proses penghantaran ke alamat penerima.

8. Item can be collected at

Bungkusan telah sedia untuk diambil dari kaunter pejabat pos yang berkaitan.

9. Item delivered to

Bungkusan telah berjaya diserahkan kepada penerima mengikut alamat yang tertera. Nama dan no IC penerima bungkusan turut di ambil untuk dimasukkan ke dalam sistem.

10. Item posted after cut off time

Bungkusan akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

11. Item delivered to mail drop

Bungkusan telah dimasukkan ke dalam peti surat.

12. Unsuccessful delivery. Please contact 1 300 300 300. Address not available

Bungkusan tidak berjaya dihantar ke alamat penerima. Ini mungkin disebabkan ketiadaan penerima di alamat penerima. Sila hubungi 1-300-300-300 untuk penghantaran yang kedua pada hari berikutnya. Untuk lebih mudah, boleh terus di ambil dari pejabat pos yang terlibat.

Jangan Lupa Periksa Isi Kandungan Bungkusan Yang Diterima


Jika ditakdirkan bungkusan anda lambat tiba, harap bersabar. Sila berikan sedikit masa dan jika masih juga belum selamat sampai, anda boleh terus ke pejabat Poslaju Parcel Hub terdekat untuk diambil sendiri.

Paling penting jangan cepat melatah dan sila pastikan nombor tracking anda sentiasa ada untuk mudah diperiksa dengan betul pada bila-bila masa yang diperlukan.

Anda juga seharusnya buka dulu bungkusan dan periksa isi dalamnya samada rosak ataupun tidak. Jika rosak bolehlah diberikan semula pada pihak Poslaju parcel hub untuk dihantar semula kepada si pengirim.

Penulis: Siti Awadah

Isteri dan ibu kepada 6 cahayamata. Berpendidikan di dalam bidang bisnes dengan kerjaya tetap sebagai penulis bebas. Gemar berkongsi mengenai sirah Islam, isu rumahtangga dan keibubapaan berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.