Bagi ibu ibu yang baru lepas melahirkan anak, anda pasti kekok dan tidak pasti cara yang betul untuk menyusukan anak anda. Jangan bimbang lagi!

Dengan membaca artikel ini sepenuhnya, anda akan mendapat garis panduan yang penuh tentang cara menyusukan bayi dengan betul!

Peringkat Awal Kelahiran : Baby Led Attachment (BLA)

tips penyusuan
Mungkin masih ramai yang janggal mengenai kaedah BLA ini. BLA ini sebenarnya adalah apabila anda membiarkan bayi anda menyusu dengan sendirinya. Tidak susah dan membimbangkan. Anda hanya perlu baringkan si kecil di antara payudara anda. Tetapi diingatkan untuk menampung bayi anda untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jadi, anda hanya perlu bersandar ke belakang supaya anak anda boleh baring dengan selesa dan tanpa ditampung. Namun, jika anda mendapati bayi anda menangis anda boleh membiarkan dia untuk menghisap jari anda terlebih dahulu sebelum menyusu.

Apa yang andaperlu lakukan hanyalah tunggu si kecil untuk bergerak ke salah satu payudara anda. Bantulah dia jika dia memerlukan pertolongan. Si kecil perlu mencari tempat yang selesa untuk baring. Atau cara yang paling mudah, anda letakkan kaki dan badannya ke sebelah kiri atau kanan anda. Dengan cara ini, bayi boleh ditampung dengan menggunakan bantal.

Apabila bayi anda beradabetul betul di bawah puting anda, sudah tentu dia akan letakkan dagunya ke payudara anda untuk mencapai ke puting anda. Si kecil akan membuka mulut dan mula menyusu. Proses ini akan berlaku dengan pantas dan serta merta.

Peringkat Seterusnya : Mother Led Attachment (MLA)

tips penyusuan
MLA ini sama seperti BLA. Cuma bezanya adalah si ibu itu sendiri yang meletakkan bayinya di payudara. Pastikan anda memegang dan menampung belakang badan bayi dan bahu supaya lebih mudah untuk dia menyusu.

Diingatkan sekali lagi, tamping bahu si kecil dan bukannya kepalanya kerana kebanyakan orang selalu tersalah tentang perkara ini.

Hidung si kecil akan berada selari dengan payudara anda. Untuk membuka mulutnya, hanya suakan hidung dan bibirnya ke puting anda dan si kecil akan membuka mulutnya dengan pantas.

Ada beberapa cara untuk meletakkan bayi di payudara. Anda perlu mengagak puting anda berada di sekitar kawasan mulutnya. Sekali lagi diingatkan untuk memegang belakang dan bahu anak anda untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Di saat anak anda telah mula menyusu, anda akan mendapati sebahagian besar areola akan berada di dalam mulutnya. Areola sebenarnya adalah kawasan di sekitar puting anda.

Anda akan tahu apabila bayi anda menyusu dengan kaedah yang betul. Apabila dagunya mula bersentuhan dengan payudara anda dan aliran pernafasannya lancar, itu bermakna anda telah berjaya menyusukannya dengan betul.

Bibir bahagian bawahnya juga akan memuncung keluar dan pipinya akan kembung dan penuh dengan susu. Sudah tentunya dia akan mula menyusu dengan cepat dan akan beralih kepada mengeluarkan bunyi ketika menghisap susu dan semestinya dalam tempoh yang lama. Perlahan lahan anda akan dapat mendengar bunyi si kecil anda menelan air susu dengan cepat.

Masalah Menyusukan: Apa Yang Patut Dilakukan

tips penyusuan
Mungkin ada beberapa kali anda mendaati bayi anda tidak menyusu seperti yang diharapkan. Ada beberapa masalah yang sering berlaku kepada ibu yang menyusukan anak.

Masalah yang sering berlaku adalah apabila bayi anda tidak menyusu dengan betul. Apabila tidak menyusu, ini bermakna si kecil hanya menhisap puting dan ini akan menyakitkan si ibu. Tahukah anda, puting boleh tercedera kerana keadaan itu. Bayi anda juga tidak akan mendapat susu yang cukup daripada anda.

Apabila anda menyedari keadaan ini, hentikan dengan serta merta. Anda perlu mula masukkan jari anda ke dalam mulutnya sehingga ke gusi si kecil. Dengan perlahan lahan, anda boleh cuba mengalihkannya daripada payu dara anda.

Salah satu daripada sebab berlakunya masalah ini adalah bayi anda mungkin perlu sendawa selepas menyusu. Mudah sahaja. Anda hanya perlu letakkan bayi anda dalam posisi duduk. Atau pun anda boleh memegangnya dan sandarkan dia ke bahu anda.

Anda boleh menyapu badannya daripada belakang dengan perlahan lahan dan tunggu sehingga ia sendawa.

Diharapkan dengan membaca artikel ini sepenuhnya, sedikit sebanyak anda akan mendapat idea untuk cara penyusuan yang betul. Ada beberapa tips yang disertakan di dalam artikel ini dan selamat mencuba!

Sumber &Imej:raisingchildren,Happybabysleep

 

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.