Setiap ibu pasti menginginkan yang terbaik untuk anak mereka lebih lebih lagi ibu yang melahirkan anak pertama. Sudah tentu ibu ibu mahukan anak mereka untuk lebih rapat dengan mereka.

Tahukah anda, dengan cara menyusukan anak, si ibu akan merasa lebih rapat dan dekat dengan anak. Wah, mudah sungguh bukan. Sambil menyusukan sekali sambil berbonding dengan anak. Tambahan pula, bukankah menyusukan bayi sendiri lebih baik daripada menggunakan susu formula. Semestinya, tidak ada susu formula yang mampu menandingi khasiat susu ibu sendiri.

Bagi ibu ibu yang dalam proses belajar untuk menyusukan anak, artikel ini sangat sesuai dengan anda. Artikel ini akan membantu anda untuk mengenal pasti posisi yang sesuai dan selesa untuk menyusukan anak.

 

Cara Menyusukan Anak Dengan Selesa dan Mudah

posisi menyusu

 

Jika anda masih belajar untuk menyusukan bayi, adalah lebih digalakkan untuk mula menyusukan bayi dengan baby-led attachment (BLA). BLA ini adalah istilah yang biasa digunakan untuk menggambarkan proses bayi mencari susu ibunya.

Cara ini adalah cara yang paling neutral sekali untuk menyusukan bayi. apabila anda duduk, cubalah duduk dengan keadaan yang selesa dan sangat digalakkan untuk meletakkan bantal di belakang untuk menyokong tulang belakang anda.

Letakkan si kecil anda antara payu dara anda sambil disokong oleh tangan anda. Anda pasti akan mendapati si kecil akan mula beralih dan mula menyusu.

Lebih mudah proses menyusukan bayi ini lebih mudah jika anda duduk dengan selesa dan bersandar. Pastikan anda duduk dalam keadaan yang tenang dengan bantal di sekeliling anda. Dan kalau boleh naikkan kaki anda ke bangku untuk memastikan anda benar benar selesa.

Bagi ibu ibu yang melahirkan anak dengan kaedah pembedahan, jangan risau. Anda masih boleh mencuba kaedah menyusukan anak secara BLA. Cuma pastikan anak anda tidak berada berdekatan dengan luka anda.

Anda boleh meletakkan bayi anda di sebelah kanan atau kiri anda dan jangan lupa untuk berada dalam keadaan yang selesa. Selain itu, memandangkan bayi anda masih kecil, pastikan anda menampung kaki si kecil anda.

 

Posisi Menyusukan Anak Yang Berbeza Untuk Dicuba!

posisi menyusu

 

Apabila anda sudah terbiasa dengan rutin seharian anda iaitu menyusukan anak, anda boleh mencuba beberapa cara yang berbeza untuk menyusukan mereka.

Cara yang pertama adalah cara yang paling biasa digunakan iaitu dengan cara memangku bayi dan menyusukan daripada hadapan. Sudah tentu, ia memerlukan sokongan tangan daripada si ibu untuk menampung bayi. cara ini adalah yang paling mudah untuk diamalkan.

Seterusnya, anda boleh mencuba untuk menyusukan mereka dari bawah ketiak anda. Hanya dekatkan bayi dengan payu dara anda. Cara ini amat disyorkan bagi mereka yang mempunyai anak kermbar kerana dengan cara ini, anda boleh menyusukan kedua duanya sekali gus!

Menjimatkan masa, bukan. Bagi ibu ibu yang mempunyai puting yang bengkak, anda juga sangat digalakkan untuk mencuba cara ini.

Cara yang ketiga adalah dengan baringkan bayi anda dan menyusukan dari sebelah kiri atau kanan anda. Cara ini amat sesuai untuk menidurkan bayi pada waktu malam. Sudah tentu si ibu akan merasa lebih selesa menyusukan anak dengan cara ini.

Tetapi diingatkan, hati hati untuk tidak tertidur dengan cara begini kerana ianya membahayakan bayi anda.

 

Lebih Banyak Cara Untuk Menyusukan Anak

posisi menyusu

 

Setelah beberapa minggu, pasti anda telah dapat menyesuaikan diri untuk menyusukan anak bukan. Bagi yang mempunyai anak kembar, sudah pasti lebih mudah apabila mengetahui anda boleh menyusukan kedua duanya serentak.

Lambat laun pasti anda boleh menyesuaikan diri untuk mendukung kedua duanya sekali sambil menyusukan anak. Mungkin pada peringkat awal anda berasa kekok tetapi tidak salah untuk mencuba.

Apabila anda membawa si kecil berjalan jalan dan mahu menyusukan mereka, sudah pasti anda merasa tidak selesa untuk kali pertama. Ibu boleh cuba mempraktikkan untuk menyusukan bayi dengan kumpulan ibu atau mungkin dengan keluarga and rakan untuk peringkat awal. Tetapi adalah digalakkan untuk anda menyusukan mereka di tempat yang lebih tersorok untuk mengelakkan bayi anda kurang selesa dan ter ganggu.

Kadang kala, akan timbul rasa malu untuk menyusukan bayi di khalayak ramai. Adalah digalakkan untuk anda menggunakan kain apabila menyusukan bayi. bukankah sekarang banyak Baby Cover yang terapat di pasaran? Jadi apa tunggu lagi.

Kesimpulan

Diharapkan artikel ini sedikit sebanyak mampu memberikan idea kepada ibu ibu yang baru melahirkan anak pertama untuk mencuba kaedah menyusukan anak yang mudah ini.

Sumber,Imej:raisingchildren

Penulis: Tasneem Haneem

Tasneem Haneem merupakan penulis di Bidadari.My. Minat dengan tulisan kekeluargaan.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.