Sembelit merupakan salah satu masalah kesihatan yang sangat digeruni walau pun ada yang menganggap bahawa ianya bukanlah sesuatu yang serius. Tahukah anda bahawa yang sebenarnya sembelit yang tidak dirawat dan dibiarkan boleh menjadi semakin serius dan menjejaskan kesihatan?

Ya betul. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan info berkenaan apa yang dimaksudkan dengan sembelit, apakah puncanya serta petua sembelit yang boleh anda amalkan. Semoga bermanfaat!

Apakah yang dimaksudkan dengan sembelit?

Sembelit adalah keadaan di mana najis anda menjadi keras lalu menyebabkan ketidak selesaan kepada perut serta kesukaran untuk membuang air besar. Anda akan meluangkan masa yang lama di tandas kerana najis yang keras tidak dapat keluar seperti keadaan normal. Anda perlu meneran untuk mengeluarkan najis tersebut namun jika anda meneran dengan terlalu kuat ia boleh menyebabkan anda mengalami pendarahan pada usus atau dubur.

Sembelit yang dibiarkan berpanjangan tanpa sebarang rawatan akan menjadi semakin serius malah boleh berubah menjadi buasir. Itulah sebabnya kenapa anda jangan sesekali membiarkan sembelit tanpa dirawat. Jika sembelit dialami oleh seorang anak kecil atau bayi, keadaannya akan menjadi semakin buruk. Anak kecil anda akan menjerit dan menangis setiap kali membuang air besar.

Apakah punca sembelit?

Yang sebenarnya terdapat beberapa punca sembelit yang sudah dikenal-pasti dari segi perubatan moden. Ada di antara puncanya berlaku disebabkan kesalahan diri kita sendiri. Di antara punca sembelit ialah:

  • Tidak minum air yang secukupnya. Setiap hari kita perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air bagi memastikan tubuh badan kita mendapat air yang secukupnya. Kesan kurang minum air ialah badan akan kekeringan akibat kekurangan air dan sebagai kesannya najis kita akan menjadi keras lalu menyebabkan berlakunya sembelit.
  • Suka menahan diri daripada membuang air besar. Keadaan ini biasanya berlaku pada golongan kanak-kanak di mana mereka tidak membuang air besar apabila perut memulas dan sampai masa untuk ke tandas. Akibat selalu menahan dari membuang air besar, najis akan menjadi keras lalu sakit untuk dikeluarkan malah boleh menyebabkan berlakunya pendarahan.
  • Masalah penghadaman. Masalah penghadaman seperti angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut juga boleh menyebabkan anda mengalami sembelit.
  • Tekanan atau stress juga boleh menyebabkan hormon dalam tubuh badan menjadi bercelaru lalu menyebabkan najis menjadi keras.
  • Pemakanan dan minuman juga boleh menjadi punca anda mengalami sembelit. Sebagai contoh ada sesetengah orang akan mendapat sembelit jika minum teh o atau teh o ais.
  • Trauma selepas bersalin. Ibu yang baru bersalin biasanya akan mengalami sembelit.
  • Kekurangan zat besi dalam badan juga adalah di antara punca sembelit.
  • Usia tua juga akan menyebabkan anda selalu sembelit.
petua sembelit

Sumber: Keluarga

Apakah kesan penggunaan julap secara berterusan?

Ramai yang memilih untuk makan julap bagi mengatasi masalah sembelit yang dialami. Julap sememangnya berkesan untuk mangatasi masalah sembelit. Ianya adalah ubat yang selamat jika diambil sekali-sekali dan bukan dengan kekerapan yang tinggi. Kekerapan mengambik julap boleh menjejaskan kesihatan dan memberikan kesan yang buruk kepada tubuh badan. Menurut kajian,  penggunaan julap yang berterusan dalam jangka yang panjang akan menyebabkan berlakunya keadaan seperti berikut:

  • Ketidakseimbangan elektrolit dalam badan
  • Dehidrasi
  • Jangkitan usus
  • Kerosakan buah pinggang dan hati

Apakah petua menghilangkan sembelit yang berkesan untuk anda cuba?

Oleh itu, jika anda mengalami sembelit jangan terus memilih untuk mengambil julap. Sebaliknya anda boleh amalkan petua yang berikut:

  • Minum air dengan banyak. Apabila tubuh badan mendapat air yang secukupnya, masalah najis keras akan hilang maka anda tidak akan mengalami sembelit lagi.
  • Makan banyak serat. Serat yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran akan membantu melembutkan najis.
  • Minum jus prune. Buah prune adalah salah satu bahan semulajadi yang terbukti mampu melembutkan najis. Jika anda boleh mendapatkan buah prune segar dengan mudah, anda boleh makan buah prune. Jika tidak, anda boleh beli jus buah prune yang banyak dijual di pasar raya.
  • Pisang juga merupakan salah satu buah yang membantu melembutkan najis dan menghilangkan sembelit.
  • Selain pisang, buah betik juga adalah buah yang sangat berkesan untuk mengatasi masalah sembelit.
  • Jika anda mengalami sembelit. Mengaktifkan diri dengan melakukan senaman juga merupakan salah satu petua yang wajib anda cuba. Apabila kita bersenam, secara automatik tubuh badan akan banyak bergerak lalu menyebabkan berlakunya pergerakan usus. Ini sangat membantu untuk mengatasi sembelit yang anda alami.
  • Satu lagi petua untuk sembelit yang anda boleh cuba ialah dengan menggunakan tandas jenis cangkung. Apabila anda menggunakan tandas cangkung, pergerakan usus akan menjadi lebih mudah malah najis juga akan lebih mudah keluar berbanding jika anda menggunakan tandas jenis duduk.
  • Akhir sekali elakkan makanan atau minuman yang akan menyebabkan anda mengalami sembelit. Kenal pasti apakah makanan atau minuman tersebut dan elakkan diri daripada mengambil makanan dan minuman tersebut.

Kesimpulan

Itulah dia info tentang petua sembelit  yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang petua kecantikan, petua tegangkan payudara, dan petua kempiskan perut dengan air detox

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.