Selsema biasanya ditakrifkan sebagai jangkitan pernafasan bahagian atas yang disebabkan oleh virus yang biasanya menjejaskan hidung tetapi ia juga boleh mempengaruhi tekak, sinus, tiub eustachian, trakea, larynx dan tiub bronkus.

Secara statistik, selsema adalah penyakit yang paling sering berlaku di seluruh dunia.

Selsema adalah penyakit yang akan sembuh secara beransur-ansur yang disebabkan oleh mana-mana satu daripada lebih 250 virus yang ada.

Walaubagaimana pun, penyebab selesema yang paling biasa adalah rhinovirus. Selsema juga boleh dipanggil coryza, nasofaringitis, rhinopharyngitis, dan sniffles. Semua orang boleh terdedah kepada selsema

petua hilangkan selsema

Sumber: Fmdos

Jom kami kongsikan petua hilangkan selsema.

1. Sup ayam panas

2. Teh o panas

Selain sup ayam panas, teh o panas juga membantu menghilangkan selsema. Badan anda juga akan terasa panas dan segar.

3. Madu

Madu ternyata amat berkhasiat dalam menangani pelbagai penyakit kerana bersifat antibakteria dan anti-mikrob. Kajian menunjukkan madu mampu mencair dan mengeringkan kahak juga selesema. Campur madu dalam air limau nipis atau teh herba.

4. Vitamin C

Sistem imun badan anda memerlukan vitamin C untuk menentang jangkitan selesema. Kajian yang diterbitkan oleh Annals of Nutrition and Metabolism menjelaskan vitamin C yang ada dalam limau, oren, lemon, anggur, buah-buahan dan sayur-sayuran lain mampu melegakan jangkitan pada saluran pernafasan.

Malah, ia juga boleh menguatkan sistem imun badan agar anda tidak mudah dijangkiti penyakit. Masukkan buah lemon dan madu dalam teh panas, lalu nikmati minum petang anda dengan tenang. Beri masa selesema mula berkurangan.

5. Halia

Menurut University Health News (UHN), halia adalah tumbuhan herba yang secara semulajadi mampu menangani masalah selesema, muntah dan loya kerana keberkesanannya menghilangkan rasa sejuk dalaman.

Caranya, ketuk halia dan masukkan  ke dalam minuman panas atau air limau atau amalkan minum teh halia.

petua hilangkan selsema

Sumber: Bidadari

6. Air masak

Selesema boleh mengakibatkan badan anda kehilangan air. Air masak boleh menstabilkan kembali suhu badan anda. Minum air masak dengan secukupnya atau gantikannya dengan jus buah-buahan. Elakkan daripada minum kafein atau minuman beralkohol.

7. Garam

American Journal of Preventive Medicine melaporkan amalan berkumur dengan air garam mampu mencegah jangkitan pada saluran pernafasan dan meringankan sakit tekak. Hal ini kerana air garam boleh mencair dan mengurangkan mukus yang mengandungi bakteria dan virus.

Caranya, masukkan ¼ sudu kecil garam dan ¼ sudu kecil baking soda ke dalam air suam, kacau dan kumur atau masukkan air ke dalam rongga hidung. Pastikan air yang ingin diguna telah dimasak.

8. Daun Sirih

Daun sirih terkenal dengan pelbagai khasiat untuk mengubati penyakit. Baru-baru ini, kajian membuktikan daun sirih memiliki minyak yang mengandungi phenol  dan dipanggil sebagai chavicol berupaya untuk bertindak sebagai antiseptik.

Caranya, ramas daun sirih sehingga keluar lendir, lalu sapukan lendir pada batang hidung atau rendam dan lenyekkan daun sirih dalam minyak biji sawi lalu sapukan pada dada.

9. Kawal suhu bilik dan suhu badan

Pengidap selsema perlu memberi perhatian lebih kepada dua perkaran ini, iaitu suhu bilik dan suhu badan. Apabila selsema, badan akan mengalami demam atas tindak balas pertahanan badan terhadap virus. Elakkan tempat yang sejuk dan pakai jaket tebal. Suhu sejuk boleh menambah selsema menjadi lebih teruk.

10. Rehat yang cukup

Selsema boleh dikurangkan dengan mendapat rehat yang secukupnya. Secara umumnya orang dewasa memerlukan masa tidur sebanyak 6 hingga 7 jam sehari.

Bagi kanak-kanak memerlukan 8 hingga 10 jam dalam satu hari. Tergantung dengan aktiviti hidup. Apabila selsema datang, cuba rehat dengan tempoh itu atau lebih.

petua hilangkan selsema

Sumber: Tmb

11. Rendam badan dengan air suam

Mandian dengan air suam boleh membuat tubuh lebih selesa dan santai dan mengurangkan rasa lemah akibat selsema. Air suam juga membantu mengurangkan selsema yang dialami.

12. Minum air lemon

Selain minum teh o panas, air lemon juga boleh melegakan selsema. Perah jus lemon dan campurkan dengan air suam. Tambah sedikit madu. Minuman ini boleh diambil dua kali sehari, pagi dan malam.

13. Hirisan merah bawang

Petua hilangkan selsema ini adalah cara tradisional yang sering digunakan oleh orang lama. Bawang adalah tumbuhan yang mampu menyerap virus sehingga menjadikan ia sesuai sebagai ubat yang menyembuhkan selsema. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan dengan bawang.

Pertama, hiris bawang merah, letakkan di dalam bekas, kemudian letakkan di sudut bilik di mana anda berehat. Cara kedua ialah hiris bawang merah ke dalam saiz yang kecil, gabung dengan minyak eucalyptus, kemudian sapu pada badan seperti perut, dada dan belakang.

14. Bernafas dalam wap air panas

Anda yang berjangkit selsema sudah tentu sering berasa hidung tersumbat. Hiruplah wap air suam untuk melegakan hidung tersumbat. Tambah minyak essencial seperti minyak lemon atau lavender untuk memberi kesan yang merehatkan.

15. Makan dengan kerap

Untuk melawan virus dalam badan, badan perlu diberi pemakanan yang mencukupi. Petua hilangkan selsema ini mungkin agak sukar untuk dilakukan kerana biasanya apabila selsema, selera makan juga berkurangan. Paksa diri untuk makan. Badan anda memerlukan tenaga untuk melawan virus.

petua hilangkan selsema

Sumber: Livestrong

Itulah dia petua hilangkan selsema yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat!

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.