Teruskan membaca artikel ini untuk mendapatkan info dan cara hilangkan sakit tekak dengan mudah cepat tanpa bahan kimia!

Dengan cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini, ramai yang mengalami sakit tekak dan kebiasaannya sakit tekak akan menyebabkan kita tiada mood untuk berbual dan makan.Malah ada tahap sehingga boleh menyebabkan kita akan demam dan mengalami ketidakselesaan.

Selain merasa tidak selesa pada bahagian tekak, biasanya kita akan mengalami beberapa simptom lain seperti hidung berair, batuk , demam  dan hilang selera makan.

Sakit tekak juga tergolong dalam beberapa kategori antaranya ;

\sakit tekak

mej via IEncikshino

Odynophagia

Odynophagia adalah keadaan dimana kita akan sukar menelan makanan akibat sakit tekak.  Sakit ini akan menyebabkan kita sukar untuk makan dan menjejaskan kecergasan badan .

Tonsilitis

Ataupun dikenali sebagai keradangan tonsil akan menyebabkan tekak berasa tidak selesa.

Punca Sakit Tekak

Sebelum kita bincangkan lebih terperinci mengenai cara untuk hilangkan sakit tekak secara semulajadi, perlu kita ambil tahu apa faktor yang menyebabkan berlakunya sakit tekak.

Ini dapat membantu kita di masa hadapan untuk mengelakkan dari terkena sakit tekak. Sakit tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah;

Jangkitan virus

Virus Epstein-Barr yang boleh menyebabkan bengkak di bahagian leher dan juga demam. Biasanya sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan virus boleh sembuh dengan sendiri andai ia tidak terlalu kritikal.

Alahan

Sistem pertahanan badan akan bertindak balas kepada pencetus alahan seperti debunga dan haiwan. Sistem badan akan mengeluarkan antibodi  yang menyebabkan bersin , sakit tekak dan mata berair.  Lebihan lendir di hidung akan terkumpul di belakang tekak dan menyebabkan tekak tidak selesa.

Asap dan bahan kimia

Asap dari rokok dan tembakau akan menyebabkan kerengsaan pada tekak sekaligus mencemarkan alam sekitar.

Udara kering

Udara kering dan hangat akan menyebabkan mulut dan tekak hilang kelembapan sekaligus menyebabkan tekak berasa gatal. Ini semakin memburukkan keadaan apabila cuaca terlalu panas dan kita tidak mengambil air secara mencukupi.

ubat sakit tekak

Imej via Stevepb

Bila dah sakit, kita seharusnya mencari penyelesaian untuk mengubati sakit tersebut. Dalam artikel ini , kami ingin berkongsi petua atau tips yang mudah dan selamat untuk menyembuhkan sakit tekak.

Bahan-bahan yang digunakan untuk merawat sakit tekak ini boleh didapati di dapur tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.

9  Petua Semulajadi Hilangkan Sakit Tekak!

  • Lemon

Lemon merupakan antara citrus yang sangat disarankan pengambilannya.

Selain membantu dalam proses menurunkan berat badan, lemon terkenal sebagai sumber utama antivirus, antibakteria dan antiradang juga dapat membantu dalam proses rawatan sakit tekak.

Lemon yang kaya dengan vitamin C membantu menguatkan sistem antibodi badan untuk melawan penyakit.

Minum air suam yang sudah dicampurkan dengan perahan sebiji lemon dan satu sudu madu asli. Amalkan sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk hasil yang cepat.

  • Madu

Madu merupakan bahan semulajadi yang mempunyai sifat antibakteria , antivirus dan antikulat.

Madu berupaya untuk membantu  proses penyembuhan sakit tekak akibat keradangan.  Cara terbaik untuk minum madu adalah pada awal pagi.

Madu boleh diambil sama ada secara terus atau dicampur dengan air suam mahupun teh panas. Pastikan madu yang diambil adalah madu asli.

  • Air garam

Kumur dengan air garam dapat meningkatkan tahap kesihatan oral termasuklah kesihatan tekak.  Garam dapat mengurangkan bengkak dan kepedihan yang dialami.

Campurkan  satu sudu air garam dengan air suam dan kumur. Amalkan sekurang-kurangkan tiga kali sehari untuk kesan yang terbaik.

  • Kunyit

Kunyit boleh digunakan dalam rawatan tonsil bengkak.  Seperti yang kita ketahui kunyit memang diguna secara meluas dalam aspek kesihatan disebabkan oleh kandungan antibakteria dan antivirusnya.

Campur susu panas dengan serbuk kunyit semulajadi untuk meredakan rengsa sakit tekak. Amalkan susu kunyit ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.

  • Pudina

Siapa pernah telan ubat gigi? Mesti akan rasa berangin je tekak kan, bahan yang menyebabkan tekak kita berangin apabila menelan ubat gigi dikenali sebagai menthol.

Pudina merupakan tumbuhan yang kaya dengan kandungan menthol dan antibakteria. Menthol akan memberi kelegaan atau ‘freshness’ pada tekak.

Campurkan dengan madu asli sebelum diminum. Amalkan sekerap yang mungkin untuk menghapuskan jangkitan kuman.

  • Cengkih

Cengkih merupakan rempah yang digunakan dalam masakan seharian dan ia juga berupaya untuk merawat sakit tekak.

Caranya mudah sahaja; campurkan 1 sudu teh serbuk cengkih dengan air suam . Kacau sehingga sebati dan kunur selama 3 saat  kemudian buangkan .

Ulang langkah ini sehingga air campuran habis.

  • Teh panas

Sekiranya anda mengalami sakit tekak, cuba ubati sakit tekak dengan air teh panas. Seperti yang kita maklum , teh mempunyai antioksida yang dapat melawan keradangan .

Tekak juga akan berasa selesa selepas kita minum air yang agak panas. Antara teh yang

dicadangkan adalah teh hijau atau teh halia.

  • Air putih

Biasakan mengambil air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.  Minum air putih dapat mengurangkan gatal-gatal dan rengsa pada tekak.

Minum air putih seawal bangun tidur untuk mengurangkan rasa kering pada mulut dan tekak.

  • Aiskrim Vanila

Aiskrim vanila yang sejuk akan membuatkan tekak berasa kebas dan nyaman. Pilih aiskrim vanilla di dalam bekas berbanding aiskrim vanilla ‘stick’.

Tetapi elakkan untuk minum air batu ketika sakit tekak kerana air batu boleh memburukkan lagi sakit tekak yang dialami.

Sekiranya anda sudah mengamalkan semua petua diatas tetapi sakit tekak masih juga tidak baik, terus berjumpa dengan doktor ye. Jangan biarkan sahaja tanpa penyelesaian.

Diharapkan artikel ini bermanfaat untuk setiap yang membaca.

Sumber Rujukan

Jemput juga baca artikel lain seperti petua sakit perut, cara hilangkan gastrik dan petua hilangkan migrain.

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .