Jom cuba 14 petua mudah untuk elakkan rambut anda gugur dan semakin menipis.

Rambut ibarat mahkota bukan sahaja bagi yang tidak bertudung malah bagi wanita bertudung, rambut merupakan aset penting.

Bagi wanita tidak bertudung, rambut memainkan peranan penting dalam mewujudkan ‘first impression’ yang mempersonakan.

Manakala bagi wanita bertudung setelah seharian menutup kulit kepala , rambut akan mudah menjadi rosak dan gugur.

Selain wanita, lelaki juga amat sensitif dengan kesihatan rambut mereka. Penampilan seseorang juga mudah dipengaruhi dengan gaya rambut.

Lihat sahaja lelaki-lelaki Korea, siapa yang tidak terpikat dengan penampilan kemas mereka. Menurut seorang penggaya fesyen, gaya rambut memainkan peranan penting untuk menampilkan gaya terbaik seseorang individu.

Siapa yang tak nak rambut cantik dan sihat kan.

Wajib Cuba 14 Petua Elak Rambut Gugur!

Imej RyanMcGuire

Punca Rambut gugur

Sebelum kita bercerita mengenai petua untuk mengelakkan rambut gugur, kita perlu ambil peduli mengenai punca yang menyebabkan rambut kita mudah gugur. Penting untuk mengetahu punca supaya kita dapat mengelakkan  kejadian sama berulang.

  • Hormon tidak stabil

Keguguran yang terjadi kepada wanita yang baru melahirkan atau mengandung adalah disebabkan oleh faktor hormone tidak stabil.

Kebanyakan ibu baru melahirkan mengalami perubahan hormon yang ketara dan membawa kepada keguguran rambut.

  • Penggunaan bahan kimia berlebihan

Bagi mereka yang suka menggayakan pelbagai fesyen rambut pasti mempunyai masalah rambut gugur. Kimia yang digunakan untuk mewarnakan dan meluruskan rambut akan menyebabkan kerosakan pada akar rambut sekaligus menyebabkan rambut gugur.

  • Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi garam dan perasa yang tinggi seperi mee segera dan makanan segera secara tidak langsung akan melemahkan akar rambut.

  • Kebersihan rambut

Rambut yang terdedah kepada habuk dan panas mudah untuk mengalami keguguran. Selain itu, sekiranya anda jarang mencuci rambut ia juga akan menyebabkan rambut mudah gugur.

Apabila kulit kepala berpeluh  dan lembap , rambut akan mudah gugur terutamanya apabila disikat.

 

7  Petua Elak Rambut Gugur!

  1. Guna sikat bergigi jarang

Kalau anda seorang yang suka sikat rambut jalan terbaik adalah dengan mencari sikat yang bergigi jarang.

Sikat bergigi jarang tidak akan menarik rambut secara total kerana mempunyai ruang diantara giginya.

  1. Jangan sikat rambut terlalu kerap

Apabila kita menyikat rambut terlalu kerap, ini akan menyebabkan akar goyah dan rambut mudah gugur.

Cara terbaik untuk menyikat rambut terutamanya rambut panjang , pegang lebih kurang 5-7 cm dari hujung rambut  kemudian baru sikat.

  1. Pastikan rambut tidak kusut sebelum disyampu

Untuk mengelakkan rambut lebih banyak gugur selepas disyampu pastikan rambut disikat terlebih dahulu.  Membasuh rambut yang kusut akan menyebabkan kebarangkalian untuk gugur sangat tinggi.

  1. Kurangkan penggunaan haba pada rambut

Anda seorang yang suka menggunakan pengering rambut atau ‘hair dryer’ .  Haba daripada pengering rambut akan menyebabkan akar rambut lemah dan sekaligus mematahkan rambut.

Seeloknya keringkan rambut menggunakan tuala atau biarkan sahaja terkena pada udara.

  1. Elakkan mewarna rambut

Bahan kimia di dalam pewarna rambut akan menyerap kedalam akar rambut dan melemahkan struktur rambut sekaligus menyebabkan keguguran rambut.

Bagi mereka yang suka menukar warna rambut , tabiat ini akan memburukkan lagi keadaan.  Menukar warna rambut akan menambah penggunaan bahan kimia yang dipanggil sebagai ‘bleach’.

‘Bleach’ digunakan untuk menghilangkan warna yang terdahulu sebelum proses mewarnakan rambut dengan warna baru dijalankan .

  1. Jangan ikat rambut terlalu kuat

Elakkan mengikat rambut dengan terlalu kuat. Ini akan menyebabkan rambut tidak boleh bernafas dan  akar rambut menjadi lemah.  Apabila akar rambut lemah ini akan menyebabkan rambut mudah gugur.

  1. Kuatkan rambut dengan penggunaan minyak semulajadi

Untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat, seeloknya gunakan minyak semulajadi seperti minyak argan , minyak zaitun atau minyak kelapa dara .

Gunakan minyak antara 5-7 titik dan sapu rata ke seluruh kulit kepala. Jadikan ini rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Tadi kita bincang mengenai cara penjagaan rambut secara luaran bagi mengelakkan keguguran rambut. Sekarang kita fokus kepada makanan yang dapat menguatkan dan menyihatkan rambut.

7 Makanan Dapatkan Rambut Yang Sihat Dan Lebat!

  1. Salmon

Salmon merupakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dimana asid lemak omega-3 sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat dan ia sekaligus dapat melembapkan rambut. Rambut akan kelihatan berkilat dan lebih bermaya.

  1. Blueberries

Blueberries kaya dengan vitamin C yang membantu kitaran oksigen disekitar kulit kepala dan akar rambut. Oksigen yang mencukupi akan menghalang rambut daripada gugur.

  1. Air putih

Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari bagi menastikan bekalan cecair di dalam badan mencukupi. Organ akan berfungsi dengan baik apabila badan kita mendapat bekalan air yang mencukupi dan secara tak langsung, kulit kepala kekal lembap serta dapat mengelakkan rambut gugur dan rapuh.

  1. Buah prune

Buah prune dapat meningkatkan kesihatan struktur rambut. Buah prune kaya dengan zat besi yang penting dalam  mengatasi masalah rambut gugur dan rapuh.

  1. Walnut

Kacang walnut merupakan salah satu makanan terbaik untuk menyuburkan rambut kerana kekacang seperti walnut kaya dengan asid lemak omega-3, biotin, vitamin E yang melindungi rambut daripada kerosakan akibat cahaya matahari.

  1. Lobak Merah

Lobak merah kaya dengan biotin dan Vitamin B dimana kedua vitamin ini merupakan nutrient penting untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut.  Nutrien biotin menjadikan rambut lembut dan berkilat.

  1. Lada Benggala

Lada benggala atau dikenali juga sebagai capsicum merupakan sayuran yang kaya dengan vitamin C . Vitamin C membantu membawa oksigen ke folikel rambut dan menggalakkan pembentukan kolagen yang dapat menghasilkan rambut baru.

Sebenarnya tidak sukar untuk kita mengatasi masalah rambut gugur. Cuma kita perlu memilih cara dan makanan yang sesuai untuk mendapatkan rambut yang lembut dan sihat.

Diharapkan perkongsian artikel ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang ingin mengatasi masalah rambut gugur.

Rujukan dan Sumber

  1. Drnurulhuda
  2. Intrend
  3. Suria

Penulis: Noor Hazreen Mohd Mokhtiar

Berkhidmat sebagai seorang guru tuisyen Bahasa Melayu mendatangkan minat dalam bidang penulisan.Suka berkongsi idea dan info dengan rakan-rakan tak kira di alam maya atau realiti . Mengharapkan setiap yang membaca mendapat manfaat yang sebaiknya.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.