Anda mengalami sakit kulit seperti ekzema, kudis, kurap, kayap, dan bisul? Dah jenuh makan ubat tapi masih tak berkesan? Jom kami kongsikan 18 petua hilangkan penyakit kulit secara tradisional yang dijamin berkesan.

petua penyakit kulit

Sumber: Mdsaude

1. Gambir

Sekiranya ada masalah gatal pada kulit, cuba petua ini. Ambil sekeping gambir, masukkan kedalam piring kecil kemudian basahkan gambir dengan sedikit air supaya ia kembang. Kemudian sapu pada bahagian gatal.

2. Garam kasar

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang gatal. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi.

3. Daun rambutan & limau nipis

Daun rambutan juga boleh mengatasi masalah kulit yang gatal. Caranya masukkan daun rambutan dalam satu bekas yang berisi tiga gelas air, hancurkan daun rambutan , setelah itu perah dua biji limau nipis serta kacau hingga sebati.

4. Aloe vera

Aloe vera semakin mendapat perhatian yang meluas di Malaysia terutamanya apabila pelbagai khasiatnya ditemui. Aloe vera dikatakan kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal. Sekiranya anda mempunyai penyakit kulit dan kegatalan, sapukan gel aloe vera untuk kelegaan.

5. Tepung sagu &cuka

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal hilang dari tubuh anda.

6. Daun kunyit, daun asam jawa & daun semalu

Ambil daun kunyit, daun asam jawa dan daun pokok duri keman (semalu). Tumbuk sehingga lumat dengan campuran sedikit garam. Kemudian disapu pada tempat gatal. Insya Allah.

petua penyakit kulit

Sumber: Bukalapak

7. Baking Soda

Campurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran baking soda itu pada kulit yang gatal untuk kelegaan yang cepat.

8. Minyak zaitun

Minyak zaitun juga merupakan antara minyak semulajadi yang kaya dengan omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan. Cuba sapukan minyak zaitun yang bersuhu agak suam keatas kawasan yang gatal. Sekiranya kegatalan menjangkiti kawasan kulit kepala, cuba sapukan sedikit minyak zaitun semasa mandi untuk membuang sel kulit mati dan melembutkan kulit. Amalkan minyak zaitun dalam diet seharian anda boleh membantu menyembuhkan kulit dari dalam.

9. Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV)

Ramai sudah mengetahui tentang khasiat cuka epal ini. Selain dari antara makanan sunnah dan boleh melegakan ketidakselesaan perut, cupa epal sider ini juga boleh digunakan untuk melegakan kegatalan dan kesan terbakar pada kulit. Anda hanya perlu gunakan bebola kapas untuk menyapu cuka epal pada kawasan kulit yang gatal. Untuk kawasan kulit yang lebih besar, sapukan secara menyeluruh dengan menggunakan kertas tisu yang bersih yang telah dicelup satu bahagian cuka epal dan satu bahagian lagi air biasa.

10. Minyak tea tree & minyak zaitun

Sapukan beberapa titik minyak tea tree yang dicampur dengan sedikit minyak zaitun pada bahagian kulit yang gatal. Di Australia, masyarakat di sana gemar menggunakan cara ini untuk mengurangkan kegatalan dan melembutkan bahagian kulit yang kasar akibat masalah kulit yang dihadapi.

11. Minyak ikan atau fish oil

Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa omega-3 dalam minyak ikan sangat membantu untuk mengurangkan penyakit kulit eczema dan psoriasis terutamanya apabila diambil dengan dos yang agak tinggi iaitu antara 3 hingga 10 gram sehari.

petua penyakit kulit

Sumber: Hellosehat

12. Kunyit

Kajian terbaru mendapati bahawa kunyit mampu memulihkan pelbagai jenis masalah kulit dan salah satunya adalah psoriasis. Curcumin, sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit, didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka & gatal.

Ambil sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian gatal. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

13. Flaxseed

Flaxseed sangat kaya dengan omega-3 yang membantu dalam menghalang arachidonic, sejenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan pada kulit. Kisar kering beberapa sudu kecil flaxseed, dan tambahkannya ke dalam ais krim, jus, salad atau oatmeal. Anda boleh juga menggunakan minyak flaxseed sebagai dressing untuk salad atau sayuran.

14. Minyak sayuran

Campurkan satu cawan minyak sayuran kedalam air mandian untuk melembapkan dan melegakan kulit yang kering untuk menghilangkan gatal.

15. Minyak zaitun & susu

Selain itu, anda juga boleh mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun dan satu cawan susu ke dalam air mandian anda.

16. Mandian oatmeal

Mandian oatmeal juga terkenal untuk melegakan kegatalan pada kulit. Hanya kisar beberapa genggam oatmeal biasa di dalam mesin pengisar dan taburkannya ke dalam air mandian anda.

petua penyakit kulit

Sumber: Povistedemama

17. Garam epsom & lavender

Dengan hanya mencampurkan 1 hingga 3 cawan garam Epsom ke dalam air mandian anda, kegatalan dan sel-sel kulit mati dapat dikurangkan. Tambahkan juga satu sudu kecil minyak lavender ke dalamnya untuk memberi keselesaan, ketenangan dan penyembuhan pada kulit.

18. Vegetable Shortening atau Lemak Sayuran

Vegetable shortening (lemak sayuran) sering digunakan dalam pembuatan kek atau pastri. Apa kata kali ini, gunakan ia untuk melegakan eczema dan psoriasis. Struktur vegetable shortening yang agak tebal dan berminyak ini menyebabkan ia merupakan antara bahan yang sesuai untuk disapu pada kulit yang kering dan merekah, sekaligus membantu dalam proses penyembuhannya.

Hanya lumurkannya pada kawasan yang dijangkiti, balut dengan plastik dan letakkan pelekat. Biarkannya lebih kurang 2 hingga 4 jam untuk memastikan pelembap itu meresap jauh kedalam kulit.

Ulang seberapa banyak yang mungkin sehingga ruam berkurangan.

18 petua hilangkan penyakit kulit secara tradisional yang dijamin berkesan. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga pasti akan sukakan perkongsian kami tentang jenis penyakit kulit, punca ekzema, dan punca batu karang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.