Zaman kini, ramai wanita hamil di luar sana yang tidak menjaga kesihatan ketika hamil. Wanita hamil dan wanita tidak hamil, lain cara jaga kesihatannya. Wanita yang tidak hamil, mereka hanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan diet pemakanan piramid. Mereka juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti berenang, berlari, mengangkat barang berat dan lain-lain lagi.

Manakala, wanita hamil pula, mereka perlu menjaga kesihatan mereka dengan lebih terperinci dari segi pemakanan dan gaya hidup mereka. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja menjaga kesihatan badan mereka malah menjaga kandungan yang mereka bawa iaitu bayi. Mereka perlu ubah gaya hidup mereka daripada suka lakukan aktiviti lasak kepada aktiviti yang tidak lasak.

Ia berbunyi agak leceh dan cerewet tetapi ia untuk kebaikan si ibu juga. Kita lihat ibu-ibu yang hamil sekarang. ramai juga antara mereka yang sudah mempunyai darah tinggi sebelum hamil lagi. Jadi, apabila mereka hamil, ia akan menjejaskan kandungan dan masa mereka bersalin nanti.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi darah tinggi ketika hamil?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai petua mengawal darah tinggi ketika hamil. Info ini dikongsikan oleh klinik Dr. Asmah. Klinik Dr. Asmah terletak di Sungai Petani, Kedah. Ia menawarkan pelbagai ‘service’ terutama sekali bagi wanita yang hamil. Ia juga menawarkan ‘service’ untuk pesakit biasa seperti kencing manis, darah tinggi, demam panas dan lain-lain lagi.

Tekanan darah tinggi

petua turunkan darah tinggi ketika hamil
Image via Facebook

Berapakah tekanan darah tinggi normal ? 

  • Tekanan darah yang normal adalah antara 140 ke 90, manakala bagi ibu mengandung tekanan darah yang normal adalah antara 110 ke 70.
  • Jika melebihi 110, ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi. Walaubagaimanapun, ia turut bergantung kepada analisis oleh doktor yang akan turut mengambil kira pelbagai faktor lain.
  • Oleh sebab itu, penting bagi wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka, jelas Dr. S.Silvam, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya menerusi sebuah artikel.

Jenis darah tinggi ketika hamil

Darah tinggi ketika hamil boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya hipertensi gestasional, hipertensi kronik, hipertensi kronik dengan pre-eklampsia.

Gejala darah tinggi jenis gestasional adalah yang paling umum berlaku dan muncul setelah 20 minggu kehamilan. Ia disertai dengan simptom seperti rasa dengan nyeri di beberapa bahagian tubuh. Selain itu, ia dapat dinilai melalui ujian air kencing, di mana tiadanya protein berlebihan dalam urin. Jika tidak dapat dikawal, pesakit mungkin mengalami pre-eklampsia pada minggu-minggu berikutnya.

5 Petua menurunkan darah tinggi ketika hamil

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan seperti biasa dengan pengawasan rapi.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan adalah:

1. MEMATUHI TARIKH TEMUJANJI / PEMERIKSAAN

Paling penting, ibu hamil perlu mematuhi tarikh temujanji untuk memastikan pemeriksaan dapat dijalankan sekerap mungkin.

Sekiranya berlaku perubahan mendadak pada tekanan darah, maka pihak hospital dapat mempreskripsikan ubat dan rawatan yang sepatutnya berdasarkan tempoh kehamilan.

2. MENGAMALKAN DIET SIHAT

Menurut sumber, darah tinggi semasa hamil tidak sama jenisnya dengan darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Maka, sesetengah pakar berpendapat ia tidak berkait secara langsung dengan pemakanan bergaram.

Walaupun begitu, seeloknya ibu hamil perlu mengekalkan diet yang sihat sepanjang kehamilan untuk meminimakan sebarang risiko darah tinggi semasa hamil.

3. KEKAL AKTIF

Antara faktor yang menjadikan seseorang lebih cenderung mengalami darah tinggi semasa hamil adalah berat badan berlebihan, gaya hidup yang kurang aktif, dan umur melebihi 40 tahun.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengamalkan senaman ringan dan mengekalkan gaya hidup aktif. Tak perlu pergi gym, berjalan-jalan di taman pun dapat memberi kesan yang baik. Namun, berbincang dengan doktor sekiranya anda selalu melakukan rejim senaman yang berat.

4. ELAK STRESS

Salah satu faktor pemicu terjadinya peningkatan tekanan darah adalah kerana terlampau stres. Dalam keadaan terlalu letih, risau, atau stres, sistem peredaran darah boleh terjejas hingga berlakunya peningkatan tekanan darah.

Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dan jangan teragak-agak mendapat bantuan apabila perlu.

5. MINUM AIR SECUKUPNYA

Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Elakkan minuman manis dan berkafein dalam kuantiti yang banyak.

*Mudahkan petua yang diberikan oleh klinik Dr. Asmah. Insyaallah jika amalkan 5 petua ini, darah tinggi akan turun dan kandungan juga akan sihat. Bagi ibu yang hamil diluar sana, perlu diingatkan jaga pemakanan dan aktiviti harian juga jangan begitu lasak agar kandungan sihat dan selamat. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel penuh di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

    Tinggalkan Komen!


    Langgan Info Kami

    Berkaitan


    .