Kitaran haid yang lancar dan normal adalah sangat penting bagi seorang wanita. Ini kerana haid yang lancar dan teratur akan memudahkan proses merancang kehamilan di mana lebih mudah untuk menentukan bilakah tarikh subuh dijangka berlaku. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi kitaran haid tidak lancar.

Hari ini kami akan kongsikan punca kitaran haid tidak teratur dan apakah petuamelan carkan haid yang boleh anda cuba.

Apakah yang dimaksudkan dengan kitaran haid yang teratur

Kitaran haid yang teratur adalah kitaran haid yang berlaku dalam kitaran 22 sehingga 36 hari dalam satu kitaran. Wanita yang didatangi haid dalam tempoh tersebut dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang normal. Namun wanita yang mengalami keadaan berikut adalah dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang tidak normal:

  • Kitaran haid yang terlalu panjang dan lebih daripada 36 hari
  • Kitaran haid yang terlalu pendek iaitu kurang daripada 22 hari
  • Darah haid yang terlalu banyak
  • Darah haid yang terlalu sedikit

Apakah punca kitaran haid tidak lancar

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah kitaran haid tidak teratur. Di antara punca yang telah dikenal-pasti dalam dunia perubatan moden ialah seperti berikut:

  • Hormon tidak stabil. Jika seseorang wanita mengalami masalah hormon tidak stabil, ia boleh menjadi faktor penyumbang kenapa kitaran haid wanita tersebut tidak teratur.
  • Menyusukan anak. Wanita yang menyusukan anak juga biasanya akan mengalami masalah kitaran haid tidak lancar. Malah ada wanita yang tidak didatangi haid sehingga satu tahan selepas bersalin kerana menyusukan anak. Hati-hati , tidak didatangi haid tidak bermaksud anda tidak subur dan tidak boleh mengandung.
  • Tekanan perasaan juga boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.\
  • Terlalu penat. Apabila seseorang wanita terlalu penat, secara automatic fungsi tubuh badan juga akan terganggu lalu menyebabkan kitaran haid turut terjejas.
  • Perubahan mendadak pada berat badan. Jika baru-baru ini anda mengalami perubahan berat badan yang mendadak sama ada kenaikan berat badan atau penurunan, ia juga boleh menyebabkan kitaran haid anda berubah. Ini kerana perubahan berat badan ebrkait rapat dengan hormon di dalam badan. Apabila berat badan anda berubah dengan mendadak, hormon dalam badan anda juga akan mengalami perubahan yang mendadak.
  • Wanita yang menghampiri fasa menopos juga akan mengalami beberapa perubahan pada tubuh badan termasuk kitaran haid yang mula menjadi tidak teratur. Ia adalah salah satu persediaan badan untuk memasuki fasa menopos di mana tubuh badan tidak akan mengalami haid lagi.
  • Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) adalah satu lagi punca kitaran haid tidak teratur. Jika anda mempunyai masalah kitaran haid tidak teratur dan dalam masa yang sama mengalami simptom lain PCOS, sila berjumpa dengan doktor untuk menjalani pemeriksaan.
  • Masalah kelenjar tiroid juga boleh mengganggu kitaran haid seorang wanita.
  • Kencing manis yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan kitaran haid menjadi tidak normal.
  • Ketumbuhan yang merembeskan hormon prolaktin juga telah dikenal-pasti sebagai salah satu daripada faktor penyumbang kepada masalah kitaran haid tidak teratur.
  • Masalah lebihan berat badan
  • Kekurangan berat badan
petua melancarkan haid

Sumber: Bidadari

Petua melancarkan haid

Jika anda mempunyai masalah kitaran haid tidak normal, berikut adalah di antara beberapa petua yang boleh anda amalkan agar kitaran haid anda menjadi normal semula.

  1. Kekalkan berat badan unggul

Salah satu daripada punca kitaran haid tidak lancar ialah disebabkan oleh masalah berat badan sama ada berlebihan atau kekurangan. Oleh itu, untuk melancarkan haid perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan mengekalkan berat badan unggul. Pastikan tubuh badan berada dalam paras BMI yang normal. Mengekalkan berat badan yang unggul bukan sahaja akan membantu kitaran haid anda menjadi normal malah ia juga memastikan tubuh badan sihat tanpa sebarang penyakit.

  1. Jangan stress

Mental yang sihat dan perasaan yang gembira akan memberikan kitaran haid yang lancar dan teratur. Elakkan stress. Jika anda mengalami tekanan perasaan sila atasi dengan kadar segera dan jangan dibiarkan melarat.

  1. Amalkan gaya hidup sihat

Satu lagi petua melancarkan haid yang boleh anda amalkan ialah dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bermaksud anda menjaga pemakanan dan rajinkan diri untuk bersenam. Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat dalam menu setiap hari dan kurangkan makanan segera dan makanan yang terlalu tinggi kadar gula serta berminyak. Kita adalah apa yang kita makan. Selain itu, rajinkan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 25 minit sebanyak 3 kali seminggu.

  1. Dapatkan rawatan bagi penyakit yang dialami

Jika kitaran haid anda tidak lancar disebabkan oleh masalah kesihatan seperti yang kami senaraikan di atas, pastikan anda mendapatkan rawatan bagi mengawal penyakit tersebut bagi memastikan kitaran haid anda menjadi normal semula. Dapatkan rawatan mengikut temujanji yang diberikan dan makan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.

  1. Amalkan minum air rebusan manjakani dan sireh

Jika anda tetap mengalami masalah kitaran haid tidak lancar, satu lagi petua melancarkan haid yang boleh anda amalkan ialah dengan mengamalkan minum air rebusan manjakani dan sireh. Cara menyediakan air rebusan ini adalah seperti berikut:

  • Ambil 3 biji manjakani dan sehelai daun sireh
  • Rebus dalam segelas air sehingga mendidih
  • Minum seminggu sekali pada awal pagi
  • Boleh masukkan gula batu atau madu jika inginkan rasa manis
petua melancarkan haid

Sumber: Emy-suriana

Itulah dia perkongsian tentang petua melancarkan haid yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini,anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang haid tidak teratur dan kitaran haid.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.