Kemalangan di tempat kerja memang tidak dapat dielakkan jika kita tidak berhati-hati. Tidak kira di mana kita bekerja sama ada di pejabat atau tempat tapak pembinaan, mesti akan berlaku kemalangan kecil atau besar. Hal ini yang menjadi masalah kerana ia boleh membuat kerja kita tertangguh dan lambat untuk disiapkan.

Kemalangan yang selalu berlaku adalah kaki atau tangan terseliuh semasa melakukan kerja. Bunyi seperti tidak teruk tapi jika tidak dijaga dengan baik, ia akan lambat sembuh. Jenuh kita perlu ulang alik klinik untuk merawat kaki atau tangan terseliuh ini. Adakah cara untuk mengurangkan bengkak terseliuh ini?

Mari kami kongsikan info mengenai petua legakan sakit terseliuh menggunakan halia dan putih telur. Petua ini dikongsikan oleh Puan Diana Said. Puan Diana suka berkongsi tipa dan petua di Facebooknya. Jom kita baca petua yang dikongsikan oleh Puan Diana.

Petua ni untuk bengkak, terseliuh tapi kalau ada luka tak sesuai guna tau. Kalau jatuh lepas main bola ke boleh guna petua ni. Jom kita tengok cara nak ubati bengkak jatuh.

DIY bahan-bahan untuk legakan sakit terseliuh.

Bahan yang diperlukan:

  • Halia
  • 2 biji putih telur
  • minyak masak
  • kapas
  • kain pembalut
  • Kain tuala Good Morning

Cara Sediakanya:

petua hilang sakit terseliuh
Image via Facebook

1) Basuh halia bersih bersih dan tumbuk halia sampai halus.

petua hilang sakit terseliuh
Image via Facebook

2) Pecahkan 2 biji telur dan ambil bahagian putih sahaja

petua hilang sakit terseliuh
Image via Facebook

3) Gaul halia dengan putih telur hingga sebati

petua hilang sakit terseliuh
Image via Facebook

4) Tekan halia dengan sudu untuk keluarkan air halia, buang air halia

dalam bekas yang lain.

petua hilang sakit terseliuh
Image via Facebook

5) Bentangkan kapas dan jadikan tuala sebagai alas.

6) Letakkan halia yang telah disejat tadi ke atas kapas dan ratakan. 

petua hilang sakit terseliuh
Image via Facebook

7) Ambil kapas lain dan tutup semua bahagian atas halia. 

8.) Ambil minyak masak sapu kan di bahagian yang sakit dan ingin dibalut bersama selawat dan niat untuk Allah beri kesembuhan.

petua hilang sakit terseliuh
Image via Facebook

9) Angkat tuala perlahan-lahan dan tekapkan di bahagian sakit, tarik kain tuala dan biarkan kapas melekat di tubuh kemudian balut dengan kain pembalut dengan kemas.

10) Buka balutan apabila ingin mandi keesokan hari. Lakukan selama 3 hari berturut turut insyaallah sakit dan bengkak akan semakin kurang.

Suami Puan Diana kata mula mula dia akan rasa sejuk, kemudian akan rasa panas halia lebih kurang 6 jam juga. Nak sembuh kan tahan lah panas sikit.

Masa rata kan halia tu better pakai sarung tangan takut rasa panas pula nanti. Yang penting halia jangan terus terkena kulit kena ada kapas selapis, baru lah kulit tak merah nanti.

*Jika rajin dan selalu ikut petua ini, Insyaallah sakit kaki atau tangan terseliuh akan berkurangan. Petua ini amat mudah dan boleh digunakan oleh semua golongan masyarakat.

Petua ini sekadar untuk membantu mengurangkan sakit terseliuh. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.