Anda atau orang tersayang menderita kencing manis? Jom kami kongsikan petua hilangkan kencing manis menggunakan bahan yang ada di dalam dapur.

petua kencing manis

Sumber: Iluminasi

1. Lidah buaya

Terdapat beberapa kajian awal yang menyarankan pengambilan jus lidah buaya berupaya meningkatkan kadar glukos dalam darah, sekaligus merawat kencing manis. Caranya:

  • Ambil 1 batang lidah buaya
  • Bersihkan dan kupas kulit serta durinya
  • Rendamkan selama 30 minit bersama air garam
  • Ramas dan bilaskan dengan air
  • Rebuskan bersama 3 gelas air sehingga mendidih
  • Setelah itu, biarkan seketika sehingga air sejuk
  • Amalkan minuman ini 3 kali sehari sebanyak ½ gelas
  • Lakukan ia secara konsisten supaya paras gula dapat dipulihkan menjadi normal kembali

2. Jus peria katak & epal hijau

Buah ini mengandungi tiga zat aktif bersifat anti-diabetes termasuklah charatin telah disahkan mempunyai kesan merendahkan kadar glukos dalam darah, vicine dan sebatian insulin yang dikenali sebagai Polipeptida-P. Peria juga mengandungi lektin yang menurunkan kemampuan glukos dalam darah yang bertindak balas dengan tisu utama dan menghilangkan selera makan individu.

Lektin ini menjadi punca utama kepada perkembangan hipoglikemik. Salah satu cara yang boleh diamalkan dengan penggunaan peria katak dalam merawat diabetes ialah membuat jus peria katak bersama epal hijau. Penyediaan jus ini bermanfaat kepada pesakit untuk menurunkan bacaan gula dalam darah. Ia bagi memastikan kadar gula dalam paras normal dan terkawal.

Bahan- bahannya:

  • Sebiji peria katak
  • Sebiji epal hijau
  • 4 cawan air kosong

Cara penyediaannya: Potong halus peria dan buah epal dipotong lalu dibuang bijinya. Kisarkan kedua-dua bahan bersama air kosong sehingga hancur. Sebelum minum jus ini, tapis dahulu bagi membuang hampas buah-buah tersebut. Diingatkan jangan mencampurkan gula kerana hilang khasiat peria tersebut dan kadar gula tidak dapat dikawal dengan baik.

Selain dari mencampurkan dengan epal hijau, ada juga variasi resepi dimana mencampurkan peria katak bersama daun saderi, timun dan cili benggala hijau. Anda disarankan untuk mengamalkan jus ini setiap hari dan secara konsisten bagi mengawal kadar gula dalam darah dan merawat diabetes secara semula jadi.

petua kencing manis

Sumber: Mediamaklumat

3. Kulit kayu manis

Kayu manis mampu mengawal paras glukos dalam darah dan ejen terbaik dalam melawan serangan penyakit diabetes ke atas tubuh badan kita.  Banyak kajian telah menyarankan penggunaan kayu manis dalam meningkatkan paras glukos dalam darah dan juga meningkatkan keupayaan insulin darah.

Selain dari menjadi ejen terbaik untuk antioksidan badan, kayu Manis juga berupaya mencegah gejala diabetis. Ia membantu dalam menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan tahap kepekaan badan kepada insulin dalam darah menjadi lebih baik dan supaya ia mampu menyeimbangkan kadar gula yang diperlukan badan.

Dengan mengamalkan kayu Manis dalam pemakanan, ia akan membantu mengurangkan jumlah glukos dalam darah dan ia sangat berkesan bagi penghidap diabetes. Dengan itu, mereka dapat mengawal paras gula dalam darah sekaligus melawan penyakit tersebut.

Bahan-bahannya:

  • 3 batang kulit kayu manis
  • Sebiji lemon
  • Sadu sudu madu
  • 1 liter air

Caranya, hiris lemon. Masukkan lemon dan kulit kayu manis ke dalam periuk. Masukkan air. Rebus hingga mendidih. Minum satu cawan pagi dan malam.

4. Halia

Petua merawat kencing manis seterusnya adalah dengan menggunakan halia. Ia berupaya membantu pesakit diabetes dalam mengawal kadar glisemik, penghasilan insulin dan mengelakkan masalah katarak pada mata. Sejak berzaman, halia telah dipraktikkan dalam perubatan dan menjadi bahan utama masakan dalam kalangan masyarakat Asia.

Pengkaji dari University of Sydney, Australia telah menemui bahawa ekstrak dari Halia Buderim (minyak Halia Australia) yang diperkaya dengan gingerol menjadi bahan utama yang mampu meningkatkan kadar glukos dalam sel otot tanpa penggunaan insulin sekaligus mengawal paras gula menjadi normal.

Halia juga membantu dalam meningkatkan kepekaan insulin dan melindungi individu daripada penyakit diabetes. Satu kajian berkaitan dengan penyakit kencing manis tahap 2 membuktikan bahawa 2g serbuk halia diperlukan setiap hari dapat menurunkan paras gula dalam salur darah sebanyak 12%.

Ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam tempoh jangka masa panjanga seperti HbA1c (hemoglobin glikasi) sekaligus menyebabkan penurunan sebanyak 10% dalam tempoh 12 minggu. Ada juga kajian mendapati, halia amat berguna dalam menjadi sumber anti-diabetes dan boleh diamalkan setiap hari bagi mengelakkan penyakit ini berlaku.

petua kencing manis

Sumber: Bidadari

5. Ginseng

Terdapat beberapa kajian terdahulu telah membuktikan bahawa ginseng Amerika berupaya membantu dalam penurunan kadar glukos darah ketika berpuasa. Ginseng dikatakan berupaya meningkatkan daya imunisasi dan mampu menurunkan kadar glukos bagi penghidap diabetes.

6. Daun kari

Daun kari membantu menstabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat. Kajian yang diterbitkan dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa tentang kesan kari daun pada jenis diabetes 2 menunjukkan daun kari mengandungi fitokimia. Bahan ini membantu mengawal tahap gula darah pesakit Diabetes jenis 2 dengan mengurangkan paras gula darah pesakit kencing manis. Sifat antioksidan yang menakjubkan dari daun kari dapat meningkatkan pengeluaran sel pankreas, sehingga meningkatkan fungsi insulin.

7. Halba

Melalui kajian sains moden, dan juga dari perkongsian perubatan tradisional biji halba mempunyai manfaat besar sebagai ubat kencing manis alternatif. Biji Halba membantu menurunkan gula darah. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa biji halba membantu menurunkan gula darah dengan memperlahankan proses pencernaan makanan dan memperlahankan penyerapan karbohidrat dalam usus kecil.

8. Bawang putih

Membantu mengurangkan tahap kolesterol tinggi, antara masalah utama yang sering dihadapi oleh pesakit kencing manis. Pengambilan bawang putih secara oral menurunkan serum glukosa , kolesterol, trigliserida dan banyak lagi bahan lain dalam badan penghidap diabetes.

9. Bunga cengkih

Rempah ini mengandungi 30% daripada fenol antioksidan dalam berat kering, bersama dengan antioxidants anthocyanin dan quercetin. Akibatnya, ulas mempunyai antiseptik serta sifat kuman. Ia juga menawarkan faedah kesihatan anti-radang, analgesik dan pencernaan untuk pesakit kencing manis. Dalam kajian yang di lakukan pada masa lalu, cengkih dapat membantu mengawal paras gula, trigliserida dan paras kolesterol LDL dalam darah pesakit kencing manis.

petua kencing manis

Sumber: Edyutomo

Itulah dia 9 petua hilangkan kencing manis yang ingin kami kongsikan. Semoga bermanfaat.Jemput baca artikel petua hilangkan dengkur dan punca penyakit buah pinggang.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.