Apabila perut dah buncit memang susah untuk mengempiskan semula, bukan? Masalah perut buncit ini dialami oleh semua orang tidak kira berbadan besar atau berbadan kecil. Dah sedar perut buncit mulalah kelam kabut nak kempiskan semula.

Pelbagai cara kita boleh mengempiskan perut seperti membuat senaman kempiskan perut. Air detox juga boleh mengempiskan perut yang buncit. Air detox ini boleh dibuat dengan pelbagai cara.

Mari kami kongsikan info mengenai petua kempiskan perut dengan air detox pink. Petua ini dikongsikan oleh Puan Diana Said. Puan Diana suka berkongsikan tips dan petua di Facebooknya. Jom kita baca Petua yang dikongsikan oleh Puan Diana.

Boleh guna macam-macam buah untuk kita detoks. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.

Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.

DIY bahan untuk membuat air detox.

Bahan yang diperlukan:

petua kempiskan perut
Image via Facebook
  • 2 biji lemon
  • 3 asam keping
  • 3 biji asam masin
  • 3 inci halia

Cara membuatnya:

petua kempiskan perut
Image via Facebook

1) Rebus 1 liter air

2) Basuh semua bahan dan potong kecil

petua kempiskan perut
Image via Facebook

3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.

4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.

petua kempiskan perut
Image via Facebook

5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.

Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.

Better buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.

*Jika rajin dan selalu ikut petua ini, Insyaallah perut yang buncit itu boleh kempis. Setiap perkara yang dilakukan memerlukan usaha dan kerajinan. Air detox ini sebagai tambahan untuk mengempiskan perut dan semestinya senaman dan gaya hidup sihat juga perlu diamalkan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

Seorang yang rajin dan gemar untuk kongsikan sesuatu yang bermanfaat.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.